Part 11

100 6 0
                                    

"Masuk."

Namjoon menolak kasar Daehwi untuk masuk ke dalam sebuah bilik. Sudah sedia menunggu di dalam bilik itu ialah Hyorin dan Yoongi.

"Good RM." Yoongi menganggukkan kepala kepada Namjoon.

Namjoon membalas anggukan itu sebelum keluar dari bilik tersebut.

"Si..si..apa korang?" Soal Daehwi tergagap sambil memandang Yoongi dan Hyorin silih berganti.

"Han Daehwi, 12 tahun, satu-satunya anak lelaki Han Tae Jun. Annyeong, akhirnya kita dapat bertemu." Hyorin tersenyum ke arah Daehwi.

"Siapa kau?!" Daehwi menjerit bengang. Heh tak padan dengan kecik.

Hyorin menghampiri Daehwi yang sedang berdiri di tengah bilik.

"Ja..jangan dekat." Daehwi mengundur setapak ke belakang.
Hyorin tetap meneruskan langkahnya dengan tenang. Daehwi yang sudah ketakutan berlari laju ke pintu namun malangnya pintu itu dikunci dari luar.

"Anyone, tolong saya." Daehwi mengetuk ngetuk pintu dengan kuat dan berharap seseorang datang membantunya.

"Kau nak pergi mana budak?" Soal Yoongi yang sedang duduk di kerusi yang terletak di penjuru bilik.

Daehwi berpaling menghadap ke arah Yoongi dan bulat matanya apabila melihat Yoongi sedang memusing musingkan pisau di tangan.

"Suga, janganlah takutkan budak-budak." Hyorin menegur Yoongi.

"Opss mianhae Ash." Yoongi tersengih sebelum menyimpan semula pisaunya. Ash merupakan nama gelaran Hyorin.

"Heyy kiddo." Hyorin yang sudah pun berada betul-betul di hadapan Daehwi mengusap perlahan kepala Daehwi.

"Disebabkan appa kau, kau yang kena tanggung semua ni. Mianhae kiddo." Hyorin berkata perlahan.

"Mwo? Sa..saya tak faham." Daehwi bingung mendengar bicara yeoja di hadapannya itu.

"Kau tak perlu faham kiddo." Hyorin berhenti mengusap kepala Daehwi.

Renungan mata Hyorin yang tadinya lembut kini bertukar garang. Renungan mata yang penuh api dendam. Daehwi menelan air liur melihat perubahan Hyorin. Hyorin bila sudah marah dia boleh jadi lagi bahaya dari Yoongi.

Hyorin mengeluarkan sesuatu daripada poket cardigan labuhnya, ia merupakan sebuah picagari yang sudah terisi dengan satu cecair kekuningan.

"Aku akan buat anak kau merana Han Tae Jun." Gumam Hyorin perlahan namun masih boleh didengari oleh Daehwi.

"Je..bal le..lepaskan sa..saya." Rayu Daehwi sambil teresak esak, dia mula melutut meminta belas kasihan Hyorin.

"Kiddo, kau..." Kata-kata Hyorin terhenti apabila bunyi suara-suara yang bertelingkah di luar menarik perhatiannya.

"Bagi Tae masuk." Rayu seorang namja.

"Sorry Tae tapi Rin tak bagi sesiapa masuk dalam." Balas seorang yeoja.

"Suga, ikat dia. Aku keluar kejap." Arah Hyorin kepada Yoongi yang sudah terlelap.

"Haihh kacau lah." Yoongi bangun dengan gaya malas. Dia menarik Daehwi dan mengikat remaja itu di kerusi.

"Iris, buka pintu ni." Hyorin berkata kepada Hyera di luar.

Pintu yang tadinya dimangga dibuka oleh Hyera. Hyorin keluar dari bilik tersebut dan memandang adiknya, "wae Taehyungie?"

"Tae nak cakap sikit dengan noona." Pinta Taehyung.

Hyorin memberi isyarat mata supaya Hyera meninggalkan mereka berdua.

"Now talk." Kata Hyorin sambil berpeluk tubuh.

"Apa yang noona nak buat dekat Daehwi?" Soal Taehyung.

Taehyung yang sedang berbual dengan Seokjin terdengar pintu diketuk kuat sambil seorang namja merayu agar diselamatkan. Itu membuatkan Taehyung cepat-cepat ke bilik itu untuk melihat keadaan Daehwi.

"Buat apa yang patut." Balas Hyorin dengan suara yang mendatar.

"Mwo? Noona, ini bukan apa yang kita rancang." Bantah Taehyung.

"Memang bukan apa yang kita rancang tapi apa yang noona rancang." Hyorin menjawab selamba.

Taehyung terkejut dengan kata-kata Hyorin. Perancangan awal mereka hanyalah untuk menculik Daehwi sebagai umpan kepada Han Tae Jun.

"Noona apa ni?!" Taehyung membentak.

"Jangan halang noona." Hyorin ingin masuk semula ke dalam bilik.

Taehyung cepat-cepat menyambar pergelangan tangan Hyorin, "noona jebal. Daehwi tak salah apa-apa. Yang salah hanyalah appa dia, Han Tae Jun. Kalau noona nak balas dendam orang yang sepatutnya adalah Han Tae Jun. Bukannya Daehwi."

Hyorin menjadi serba salah dengan Taehyung yang bersungguh-sungguh merayu agar Daehwi tidak diapa-apakan.

"Haihh yelah." Hyorin akhirnya mengalah. Dia kalah dengan pujukan Taehyung.

"Gomawo noona." Taehyung tersenyum lebar.

"Jangan senyum." Marah Hyorin walaupun bukan marah betul pun. Tak mungkin dia akan memarahi satu-satunya adik yang dia ada itu.

"Sayang noona." Taehyung memeluk pinggang Hyorin.

"Aigoo this boy." Hyorin menggosok kepala Taehyung penuh kasih sayang.

Taehyung mengangkat wajah memandang Hyorin, "noona, boleh tak Tae nak jumpa Daehwi kejap."

"Nak buat apa?" Hyorin mengerutkan dahinya.

"Adalah." Taehyung tersengih menampakkan giginya yang tersusun rapi.

"Yelah yelah." Sekali lagi Hyorin kalah dengan Taehyung.

Hyorin menolak kerusi roda Taehyung masuk ke dalam bilik.

"Daehwi." Taehyung memanggil Daehwi yang sedang menunduk, mungkin takut dengan Yoongi walaupun hakikatnya Yoongi hanya tidur dan tidak berbuat apa-apa.

Daehwi mengangkat wajah sebelum dia terkejut melihat namja di hadapannya yang sangat dikenali.

"Bwi hyung?" Tanyanya seolah tidak percaya.

"Yes ini hyung." Taehyung melemparkan senyuman manisnya.

"Hyung." Tanpa dapat ditahan air mata Daehwi mengalir.

"Yah Suga! Ireona." Hyorin memaksa Yoongi bangun sebelum mengheret namja itu keluar dari bilik. Dia mahu memberikan sedikit ruang kepada Taehyung dan Daehwi.

"Apa jadi?" Soal Yoongi terpinga pinga.

"Kita kena tukar plan."

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now