Part 15

100 5 0
                                    

Min Yoongi's story

"Omma, Yoongi pergi sekolah dulu." Jerit Yoongi dari muka pintu rumah.

Puan Min terkocoh-kocoh mendapatkan anaknya.

"Nah ni bekal." Puan Min menghulurkan plastik yang berisi makanan kepada Yoongi.

"Gomawo omma." Yoongi menerima bekal yang diberi ommanya dengan senang hati.

"Hati-hati naik basikal tu." Pesan Puan Min.

"Nae omma." Yoongi melambai-lambaikan tangannya sebelum mengayuh basikal menuju ke sekolahnya.

♥♥♥

Kring~

Loceng berbunyi nyaring menandakan waktu rehat telah tiba. Semua pelajar berpusu-pusu ke kantin namun seorang sahaja yang masih kekal di dalam kelas iaitu Yoongi kerana dia sudah mempunyai makanan.

Yoongi mengeluarkan bekal dari laci meja. Baru sahaja dia mahu menjamah makanan tiba-tiba muncul tiga orang pelajar lelaki.

"Heyy gaiss, tengok siapa ada dekat sini." Kata salah seorang dari tiga orang pelajar lelaki itu.

Yoongi pantas berdiri dan ingin berlalu dari kelas namun pelajar lelaki yang memakai tag nama Kang Daniel menahannya.

"Heyy budak, kau nak ke mana?" Soal Kang Daniel yang telah menolak tubuh Yoongi ke dinding.

"Sa..saya nak pergi tandas sunbae." Gagap Yoongi berkata.

"Sebelum kau pergi tandas aku nak duit." Pinta Kang Daniel.

"Saya takda duit sunbae." Dalih Yoongi.

"Jinjja? Hmm lets see." Kang Daniel mengambil purse Yoongi dari dalam poket seluar lalu membukanya.

"So ni apa?" Soal Kang Daniel menayangkan beberapa keping wang di hadapan mata Yoongi.

"Jangan sunbae, itu duit gaji saya. Saya nak bagi dekat omma." Rayu Yoongi sambil dia cuba merampas semula duitnya.

"Berani kau tipu aku sekarang." Kang Daniel menunjal-nunjal dahi Yoongi.

"Mianhae sunbae mianhae." Yoongi melutut di hadapan Kang Daniel.

"Dah terlambat Min Yoongi. Jihoon, Jaehwan belasah mamat ni." Arah Kang Daniel sebelum dia berlalu keluar dari kelas bersama duit Yoongi.

Dan Yoongi dibelasah teruk oleh Jihoon dan Jaehwan.

♥♥♥

Taman permainan

"Yoongi ah." Seorang gadis berlari-lari anak mendapatkan Yoongi yang sedang duduk termenung di atas bangku yang tersedia di taman tersebut.

"Hai Eun Sung." Yoongi tersenyum kelat ke arah Eun Sung.

"Kau buat apa dekat...omo, kenapa dengan muka kau ni?" Eun Sung membelek-belek wajah Yoongi yang lebam di sana sini.

"Macam biasalah." Keluh Yoongi.

"Geng Daniel belasah kau lagi?" Soal Eun Sung sambil memandang simpati ke arah Yoongi.

Yoongi mengangguk perlahan.

"Yah Min Yoongi, sampai bila kau nak jadi lembik macam ni? Sampai bila kau nak biarkan diri kau kena buli haa?" Eun Sung mula membebel geram, sudah acapkali dia melihat Yoongi dibelasah oleh Kang Daniel dan rakan-rakannya namun namja di hadapannya ini hanya berdiam diri.

"Eun Sung ah."

"Nae?"

"Mulai hari ini aku akan pastikan yang Kang Daniel dan kawan dia yang dua orang tu takkan dapat buli aku lagi." Tekad Yoongi.

"Bagus Yoongi but ottokhae? Kau nak buat apa?" Eun Sung curious.

"Just wait and see." Yoongi tersenyum penuh makna.

♥♥♥

Yoongi menolak perlahan pintu bilik, kelihatan appa dan ommanya sedang nyenyak tidur di dalam. Yoongi berjalan terjengket-jengket ke arah almari baju. Pintu almari dibuka dengan berhati-hati agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Mata Yoongi bersinar melihat pistol milik appanya berada di situ. Appa Yoongi merupakan seorang pegawai polis. Yoongi mengambil pistol tersebut dan cepat-cepat berlalu keluar.

Selepas bersiap Yoongi terus keluar dari rumah dengan membawa pistol yang sudah terisi dengan peluru. Yoongi menyorokkan pistol itu di dalam sweater tebalnya.

Eun Sung yang duduk di rumah berhadapan dengan Yoongi ternampak kelibat namja itu.

"Yoongi nak pergi mana malam-malam macamni?" Eun Sung menggumam seorang diri sambil dia memerhatikan Yoongi dari tingkap bilik.

Yoongi berjalan laju menuju ke gelanggang futsal dan Eun Sung mengekorinya.

"Gotcha." Yoongi tersenyum melihat Kang Daniel, Jihoon dan Jaehwan sedang bermain futsal di situ, tepat tekaannya.

Yoongi tanpa berlengah menghampiri mereka bertiga dengan tenang.

"Daniel, tengok siapa datang." Kata Jaehwan yang ternampak Yoongi menghampiri mereka.

"Woahhh. Apa budak baik buat kat sini malam-malam?" Perli Kang Daniel.

Yoongi berhenti betul-betul di hadapan mereka.

"Kang Daniel, Jihoon, Jaehwan. Korang akan mati malam ni." Kata Yoongi perlahan.

"Mwo?"

Yoongi mengeluarkan pistol dan bang! bang! bang!

Kepala mereka bersepai ditembak Yoongi.

"Annyeong." Yoongi tersenyum puas.

Yoongi berpaling ke belakang sebelum berkata dengan kuat, "sekarang aku takkan dibuli lagi Cha Eun Sung."

Ya, Yoongi tahu bahawa Eun Sung mengekorinya dan gadis itu sedang bersembunyi di belakang pokok ketika itu.

Eun Sung tanpa membuang masa berlari laju meninggalkan gelanggang futsal itu sambil tangannya mendail nombor polis.

Yoongi dimasukkan ke dalam sekolah Juvana kerana dia dibawah umur. Appa dan omma Yoongi tidak menyangka bahawa anak mereka yang baik boleh menjadi seorang pembunuh.

♥♥♥

Setahun kemudian

"Min Yoongi." Seorang pegawai polis mengetuk pintu bilik Yoongi.

"Hishh pagi-pagi dah bising." Rungut Yoongi apabila tidurnya diganggu.

"Kau nak apa?" Tanya Yoongi kasar kepada pegawai polis itu.

"Kamu ada tetamu."

"Tetamu?" Soal Yoongi seperti tidak mempercayainya kerana sepanjang setahun dia ditahan di situ tiada seorang pun datang untuk melawatnya hatta ibu bapanya sendiri, mereka telah membuang Yoongi setelah remaja itu bergelar pembunuh.

"Nae ikut saya." Pegawai polis itu membawa Yoongi ke bilik perjumpaan.

Kelihatan di situ seorang lelaki yang tidak dikenali Yoongi.

"Encik ke yang nak jumpa saya?" Soal Yoongi kepada lelaki itu.

"Yes. Saya Lee Yeojung." Lelaki itu memperkenalkan dirinya.

"Kenapa encik nak jumpa saya?" Soal Yoongi pelik.

"Saya nak bawa kamu keluar dari sini Min Yoongi." Kata Lee Yeojung sambil tersenyum nipis.

"Mwo?"

Bermula dari saat itu kehidupan Yoongi berubah sepenuhnya. Dari seorang yang dibuli kini dia menjadi seorang yang amat menakutkan.

[H] Evil Mate •bts•Where stories live. Discover now