"Ahh penatnya." Yoongi menghempaskan tubuhnya ke atas katil.
Ting! Ting!
Bunyi notification yang masuk membuatkan Yoongi cepat-cepat mengambil Iphone. Dia membuka satu apps iaitu apps untuk menjejaki orang.
Ya, Yoongi sedang mengawasi Cha Eun Sung.
Yoongi meletakkan tracker di dalam beg sandang Eun Sung tanpa Eun Sung sedar bagi memudahkannya mengesan keberadaan gadis itu.
Yoongi terus mencapai jaket yang tersangkut di belakang pintu sebelum keluar untuk mengekori Eun Sung.
♥♥♥
"Bye Seul Bi, aku balik dulu." Pamit Eun Sung. Dia berada di rumah Seul Bi sejak dari pagi kerana perlu menyiapkan tugasan berkumpulan yang diberi oleh guru mereka.
"Bye Eun. Hati-hati tau." Pesan Seul Bi sambil melambaikan tangan dari muka pintu rumah.
Eun Sung hanya berjalan kaki ke rumahnya memandangkan kawasan perumahannya dengan Seul Bi bersebelahan.
Eun Sung tiba di rumah sepuluh minit kemudian. Dia lihat kereta appanya tiada di dalam garaj menandakan ibu bapanya tiada di rumah. Eun Sung masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Selesai mandi Eun Sung ingin turun ke bawah untuk memasak ramen kerana perutnya sedang berkeroncong hebat. Namun, sebaik sahaja Eun Sung membuka pintu dia disapa oleh seorang namja.
"Sae Jung oppa?"
"Haii chagi." Tegur Sae Jung ceria.
"Macam mana oppa boleh masuk sini?" Soal Eun Sung pelik.
"Lain kali kuncilah pintu rumah chagi. Kalau perompak masuk kan susah." Kata Seo Jung sambil matanya tak lepas memandang Eun Sung yang hanya memakai bathrobe.
'Aihh pabo Eun Sung. Apasal lah kau boleh terlupa kunci pintu.' Eun Sung mengetuk perlahan kepalanya.
"Err btw oppa nak apa datang sini?" Soal Eun Sung.
"Oppa nak chagi." Sae Jung senyum penuh makna.
"Oppa, kan Eun dah cakap yang Eun takkan terima pinangan oppa tu." Keluh Eun Sung. Sudah berbuih mulutnya memberitahu perkara itu kepada Sae Jung namun namja itu tetap juga datang untuk memujuk rayu.
"I know Eun Sung. Kali ni oppa takkan pujuk Eun lagi tapi oppa akan paksa Eun." Sae Jung berjalan perlahan mendekati Eun Sung membuatkan gadis itu mengundur.
"Oppa, jangan dekat." Kata Eun Sung takut-takut. Dia tahu dirinya dalam keadaan bahaya ketika itu.
Sae Jung yang melihat Eun Sung sudah hampir dekat katil terus menolak gadis itu ke atas katil. Dia lalu mengunci pergerakan Eun Sung.
"Bagi aku rasa kau dulu sebelum kau mati." Bisik Sae Jung.
"Ma..mati?"
"Untuk pengetahuan kau aku dh upah orang untuk bunuh kau." Selamba sahaja ayat itu keluar dari mulut Sae Jung.
Eun Sung terkesima mendengarkan hal itu. Jadi betullah apa yang diberitahu Yoongi bahawa nyawanya dalam bahaya.
"Sekarang kau diam dan layan aku." Bisik Sae Jung lagi.
"Tak tak. Jangan oppa." Eun Sung menggelengkan kepala bersama air mata yang mengalir laju.
Sae Jung baru sahaja ingin membuka bathrobe yang menutupi tubuh Eun Sung tetapi tanpa diduga belakang tubuhnya ditendang oleh seseorang menyebabkannya tersungkur ke lantai.
Eun Sung mengangkat wajah untuk memandang siapa yang menendang Sae Jung. Berdiri di situ seorang namja berpakaian serba hitam dengan wajah yang dilindungi mask, hanya matanya sahaja kelihatan.
"Yoongi." Nama itu meniti perlahan di bibir Eun Sung.
"Kau siapa haa?" Tengking Sae Jung bengang apabila kerjanya diganggu.
"Banyak bunyi lagi kau eh." Kata Yoongi sebelum dia menembak Sae Jung.
Eun Sung yang melihat terkejut dengan tindakan Yoongi. Insiden ngeri suatu ketika dahulu yang cuba dilupakannya kembali bermain di minda.
Yoongi menyimpan semula pistolnya. Dia memandang Eun Sung seketika dan ketika itu wajah gadis itu nampak betul-betul takut.
Yoongi membuka masknya sebelum berkata kepada Eun Sung, "jangan risau aku tembak dia dengan ubat tidur je dan kau siap cepat, aku tunggu dekat bawah."
Sebaik berkata begitu Yoongi terus keluar dari bilik Eun Sung. Risau dia pula yang tergoda dengan Eun Sung yang kelihatan seksi itu. Erk Yoongi. -_-
YOU ARE READING
[H] Evil Mate •bts•
Mystery / ThrillerEvil Mate, Mereka mempunyai kisah silam masing-masing. Kisah silam yang mendorong mereka melakukan kerja yang tidak pernah dibayangkan mereka selama ini. Kerja apa? Siapa mereka sebenarnya?