Hyorin memandang Taehyung yang masih terlantar tidak sedarkan diri di dalam ICU. (Makmal ni peralatannya lengkap macam hospital.) Sudah dua minggu berlalu sejak Taehyung diberikan rawatan namun tiada tanda-tanda bahawa namja itu akan sedarkan diri. Tetapi mujurlah virus di dalam badan Taehyung hanya baru merebak di bahagian kakinya. Kata Namjoon kemungkinan kaki Taehyung lumpuh untuk sementara waktu atau selamanya. Berkat dari pertolongan appa Namjoon, mereka berjaya mendapatkan penawar kepada virus tersebut.
"Rin."
"Eo Mirae, kenapa?"
"Ingat tak kau minta tolong aku cari maklumat pasal ibu bapa angkat Tae?" Soal Mirae.
"Haaa ingat. Kenapa?" Hyorin mengerutkan dahinya.
"Aku dah tau diaorang kat mana." Kata Mirae sambil menghulurkan sehelai kertas kepada Hyorin.
"Diaorang sekarang ni tinggal dekat Gangnam." Jelas Mirae.
"Kau tau tak macam mana Tae boleh ada dekat Korea Utara?" Soal Hyorin lagi.
"Appa angkat adik kau tu berasal dari sana tapi aku tak tau macam mana pula Taehyung boleh kena tangkap dan dikurung." Jelas Mirae mengenai info yang diperolehnya sepanjang dia menyiasat tentang ibu bapa angkat Taehyung.
"Ohh alright. Thanks Mirae." Hyorin melemparkan senyuman kepada temannya itu.
Hyorin dan Taehyung kehilangan kedua ibu bapa mereka yang maut akibat kemalangan jalan raya menyebabkan Hyorin menjadi anak yatim piatu seawal umur 7 tahun manakala Taehyung berumur 6 tahun. Disebabkan tiada sedara yang mahu menjaga Hyorin dan Taehyung, mereka ditempatkan di sebuah rumah anak yatim di Busan. Setahun kemudian, sepasang suami isteri telah datang untuk mengambil Taehyung menjadi anak angkat mereka. Berkali kali Hyorin merayu agar Taehyung tidak diambil namun pihak rumah anak yatim itu mengabaikan rayuannya. Kata mereka itu demi masa hadapan Taehyung. Semenjak dari hari itu Hyorin kehilangan jejak Taehyung, satu-satunya keluarga yang dia ada. Hyorin pula diambil oleh Lee Yeojung, appa kepada Yein Ae untuk menjadi anak angkatnya.
♥♥♥
"Jangan tinggalkan Bwi appa." Rayu seorang namja yang berumur 12 tahun.
"Siapa appa kau?!" Lelaki yang dipanggil appa menolak kasar Bwi yang sedang memeluk kakinya.
"Bwi takut appa. Bwi taknak duduk sini." Bwi menggeleng gelengkan kepalanya.
"Tempat ni layak untuk kau. Lagipun aku dah jual kau." Appa berkata bongkak.
"Bawa dia masuk." Arah seorang namja berpakaian seragam askar mengarahkan anak buahnya.
Bwi meronta ronta ingin melepaskan diri sambil meraung menyebut nama appanya.
"Ini duit kau." Askar itu memberi appa sejumlah wang.
Appa menerima wang tersebut lalu memimpin seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 9 tahun untuk meninggalkan tempat tersebut.
"Appa!"
♥♥♥
"Appa."
Taehyung terjaga dari komanya setelah mengalami mimpi yang merupakan memorinya ketika dia dijual kepada pihak tentera Korea Utara empat tahun yang lepas.
Taehyung memandang ke tepi dan ternampak seorang yeoja sedang terlentok di sisi katilnya.
"Air." Taehyung menggumam perlahan apabila merasakan tekaknya kering.
Taehyung mengangkat tangannya dengan susah payah lalu menggoncang lemah bahu yeoja yang tidak diketahui siapa.
Hyorin yang terasa bahunya digoncang terpisat pisat bangun sebelum dia terkejut melihat Taehyung sudah membuka mata.
"Tae!" Hyorin terus memeluk erat tubuh adiknya sambil menangis gembira.
"Nugu?" Taehyung bertanya perlahan.
Hyorin memegang kedua dua belah pipi Taehyung yang agak cengkung, "Tae, ni noona Tae."
"Ri...rin?" Taehyung seperti tidak percaya.
"Eung. Ni Ririn." Hyorin menunjukkan rantai di lehernya yang sama dengan rantai yang tergantung di leher Taehyung. Rantai pemberian appa mereka berdua.
"Ririn." Tanpa dapat ditahan air mata Taehyung jatuh.
"Shuhhh uljima saeng." Pujuk Hyorin walaupun dia turut menangis.
"Tae rindu Ririn." Kata Taehyung bersama sendu sedannya.
"Rin pun rindu Tae." Hyorin kembali memeluk tubuh kurus Taehyung.
Hatinya kini lega apabila Taehyung sudah sedarkan diri.
YOU ARE READING
[H] Evil Mate •bts•
Mystery / ThrillerEvil Mate, Mereka mempunyai kisah silam masing-masing. Kisah silam yang mendorong mereka melakukan kerja yang tidak pernah dibayangkan mereka selama ini. Kerja apa? Siapa mereka sebenarnya?