Aku menggeliat malas. Malas tahu tak malas? Aku malas nak pergi sekolah baru. Aku malas nak jumpa pelajar lain, yang aku sendiri tak kenal.
Tiba-tiba rindu sekolah. Aku rindu kawan-kawan aku. Aku harap sangat kawan-kawan baru aku bukan macam dalam cerita yang selalu aku baca. Aku tak nak kena buli!
"Angah! Dah bangun ke belum?!"
Suara mama menyebabkan lamunan aku terhenti. Aduh mama ni. Patut ke aku pura-pura tak sihat? Aip Syaf, dosa tipu mama. Syurga seeorang anak dibawah tapak kaki maknya.
Alhamdulillah. Aku insaf. Tak jadi nak tipu mama.
¤¤¤
"Okey kelas. Hari ini kita ada pelajar baru. Mari masuk. Kenalkan diri kamu."
Aku dapat rasakan lutur aku bergetar. Tangan aku menggigil. Aku tak pernah berpindah sekolah. Ini kali pertama.
"Nama saya Nur Syafiqah. Boleh panggil saya Syaf. Selamat berkenalan."
Aku pandang seisi kelas. Rasa nak menjerit pun ada. Jerit sebab bahagia. Tanpa sedar aku tersenyum.
"Seperti apa yang kamu nampak, kelas 4 Bestari tidak mempunyai pelajar lelaki. Dan semuanya pelajar perempuan. Saya harap kamu boleh biasakan diri. Nama saya Padzliatun."
Cikgu itu turut tersenyum melihat kelakuan aku. Obvious sangat ke aku happy? Susahnya nak sebut nama cikgu ni.
"Hai. Aku Mimi."
Baru sahaja aku duduk, gadis bermata empat disebelah membuka mulut. Senyuman dia buat aku turut tersenyum.
"Hai Mimi."
Okey ini aku tak tipu. Mimi ni memang baik gila. Dari tadi mulut dia berceloteh cerita pasal sekolah, pengetua dan juga betapa ramai peminat dia. Yang akhir tu aku tak berapa pasti kesahihannya.
"Jomlah pergi rehat. Aku lapar gila ni. Jom Syaf."
Pelajar yang bernama Huda menarik lembut tangan aku. Aku sempat jeling nametag budak ni.
Aku hanya mengikut. Malas nak membantah. Dahlah pelajar baru. Nanti tak pasal-pasal mereka tolak aku masuk longkang.
Kantin sekolah boleh tahan besar jugalah. Dan ramai sungguh pelajar dekat kantin ini. Aku hanya mampu mengeluh. Aku tak berapa suka ramai orang macam ini. Sesak sangat.
"Kau okey tak ni? Jomlah pergi koperasi."
Mimi memandang aku. Lebih tepat memberi pandangan simpati. Mungkin dia dapat baca riak muka aku. Aku hanya mampu mengangguk. Dah tak nampu nak bersuara.
Aku sekarang berdiri di hadapan koperasi. Tidak terlalu ramai pelajar seperti di kantin tadi. Aku hanya menunggu di luar dan Mimi sendiri yang mahu belikan aku makanan. Aku tak paksa okey.
Tunggu punya tunggu, masih juga tidak kelihatan gadis berkaca mata itu. Pelajar lain sudah beri pandangan pelik ke aku. Agaknya mereka tak pernah lihat pelajar baru kot.
Aku pandang sekeliling. Mata aku tertancap pada satu figura di hadapan aku. Betul-betul di hadapan aku. Tanpa sedar aku ternganga. Tak akan la dia pindah sekolah ini juga?
"Amirul?"
Aku memberanikan diri menegur. Gaya lelaki ini seperti dia. Ya Allah, adakah aku terlalu rindu dia?
Lelaki itu memusingkan badannya menghadap aku. Keningnya diangkat tinggi. Wajah peliknya jangan ditanya.
"Sorry?"
Aku terpana. Ya aku salah orang. Aku menggigit bibir. Malu!
"Oh maaf silap orang."
Cepat-cepat aku pergi ke Mimi yang baru sahaja keluar koperasi. Telinga aku sempat dengar dia dan rakannya mentertawakan aku.
"Kau kenapa ni? Budak-budak tu kacau kau ke?"
Mimi menunding jarinya ke arah mereka tadi. Aduh Mimi, bukan diaorang kacau aku. Aku yang kacau diaorang dulu. Aku hanya menggelengkan kepala. Malas mahu membesarkan hal.
¤¤¤
Aku pandang Mimi pelik. Dah kenapa pula minah ni? Tiba-tiba berhenti. Lepastu genggam baju aku.
"Kau dah kenapa?"
"Aku nak tanya kau ni Syaf."
"Teruskan," aku menjawab malas. Aku tanya dia, dia jawab dengan soalan. Langsung tak menjawab soalan aku.
"Kau pernah kecewa sebab lelaki tak?"
Kecewa dengan lelaki? Banyak kali. Semuanya sebab seorang lelaki. Amirul.
"Kenapa kau tanya?"
"Sebab aku tengah broken. Huwaaaa."
Gila. Aku terkejut gila nak mati. Tiba-tiba je meraung sebelah aku. Macam hilang laki.
"Kau okey tak ni?"
Aku pegang bahu dia. Tangannya aku pimpin sampai ke kelas. Lemah betul badan dia ni.
"Wei Mimi, kau kenapa ni?"
Baru sahaja melangkah masuk, mereka semua memandang arah aku. Eh tak, arah Mimi. Risau betul mereka. Mungkin sebab Mimi ni pengawas.
"Wei Syaf, Mimi ni kenapa?"
Budak yang tanya Mimi tadi bertanya kepada aku pula. Nametagnya aku jeling, Tia. Aku garu kepala. Nak jawab apa ni.
"Aku pun tak tahu. Tiba-tiba je macam ni," jujur aku kata yang Mimi ni pelik. Dah macam mayat hidup lepas pandang pasangan tadi tu. Eh jap!
"Sebelum tu, tadi ada lelaki dengan perempuan ni tegur Mimi. Apa entah nama perempuan tu. Tak silap aku Jiha. Lelaki tu tak sempat pula aku tengok nametag dia," sambung aku lagi.
"Aku dah agak sebab jantan tu!"
Siti menggenggam penumbuknya. Alahai tak padan dengan badan kecil budak ni.
"Tak apa Mimi. Kau jangan risau. Kitaorang ada."
Dan tak semena Huda tarik tangan aku. Dah kenapa pula ni? Pelik-pelik je budak kelas ni. Aku sekarang dibawa keluar oleh budak kelas aku. Apa yang tengah berlaku ni?
"Wei korang nak pergi mana ni?"
"Tak payah risau Syaf. Kitaorang tak akan culik kau."
Aku pandang Tia di sebelah. Budak ni tadi tengah buat lawak ke? Patut ke aku gelak? Dasar pipi tembam.
"Nanti kalau cikgu cari macam mana?"
Jujurnya aku tak nak kena cop ponteng kelas pada hari pertama aku sekolah. Malas nak pergi bilik disiplin. Kalau nak ponteng pun aku tak kisah tapi bukan hari pertama. Itu prinsip aku.
Dan aku nak cakap awal-awal yang aku ni bukanlah pelajar baik yang selalu dengar apa yang cikgu cakap.
"Jangan risau. Hari ini cikgu mesyuarat. So sekolah ni kita pegang."
Aku kerut kening. Budak kelas aku ni gangster sekolah ke?
YOU ARE READING
Love Scenario ✔
HumorPreviously known as Pau Vs Babun N O T A K A K I Bukan seorang iKONIC tapi cuma minat lagu Love Scenario. "Aku suka yang situ, yang situ pulak buat-buat dungu. Yang sana boleh pulak terjatuh suka kat aku ni, aku pulak pergi tolak mentah-ment...