"Pia, bangun sekarang!"
"Kejap la kak. Lima minit lagi."
"Pia nak mummy dengan baba bawak parang ke?"
"Okey fine Pia bangun."
Humaira menyentuh rambut adiknya yang serabai mengalahkan rambut mummynya itu.
"Don't. Touch. My. Hair."
Safiyya pula jenis cepat naik angin. Berbeza sungguh dengan kakaknya. Mungkin kerana dia anak bongsu.
"Okey sorry. Sentuh sikit pun tak boleh."
"Memang tak boleh. Kalau akak nak sentuh, pergi sentuh rambut Dan. Please akak, Pia merayu. Jangan rosakkan mood Pia pagi ni."
Humaira hanya angkat bahu malas nak melayan adiknya yang cengeng lebih itu.
Padahal umur baru je 5 tahun. Fuh kemain banyak cekadak dia.
¤¤¤
"Ni abang punya."
"Ni Dan punya!"
"Eh Pia, apa ni ambil kakak punya."
"Siapa cepat dia dapat la."
"Kasyaf, Daniel, Humaira, Safiyya. Berapa kali baba nak ulang? Dekat meja makan, jangan bersuara."
"Tu baba boleh je cakap."
"Syazwan Daniel!"
"Okey sorry."
"Pfft."
Humaira mengetuk kepala adiknya, Safiyya. Budak ni kenapa la pergi gelak.
"Kenapa gelak, Pia?"
Syafiqah memandang si anak yang tiba-tiba ketawa.
"Pia cuma teringat semalam Pia ada baca novel mumm- ops. Akak, acane ni? Dah kantoi."
Niat di hati ingin cover gelak tadi. Ingat nak acah-acah la. Last-last kantoi benda lain pulak.
Syafiqah ternganga. Budak ni baca novel aku? Novel cinta orang dewasa?
"Safiyya, apa ni?"
Syafiq memandang si anak dara. Dia terkejut juga bila dapat tau si bongsu tu dah pandai baca novel.
"Dah dah. Cepat sikit makan. Karang lambat pergi sekolah. Ayyan, cepat turun!"
Lagi sorang anak tak muncul-muncul. Ni mesti terlajak bangun. Hai lah anak. Syafiqah geleng kepala.
Alhamdulillah dia dengan Syafiq dikurniakan 5 cahaya mata. Dia tiba-tiba jadi sebak bila teringatkan lagi sorang arwah anaknya, Ameera Danisha.
Tunggu mummy kat syurga ya sayang.
"Sayang, kenapa ni?"
Syafiq memandang si isteri.
"Tak ada apa abang. Abang pergi la panaskan enjin kereta dulu. Saya pergi tengok Ayyan kejap. Ha cepat makan tu, pakai stoking cepat!"
Syafiqah terus ke tingkat atas.
"Ya Allah Ayyan, bangun!"
"Mummy, Ayyan nak cuti hari ni boleh?"
Syafiqah terus sentuh dahi si anak. Tak pulak panas.
"No!"
"Ala mummy."
"Siap sekarang. Semua tengah tunggu Ayyan kat bawah."
Dayyan dengan malas terus pergi mandi. Ingat dapat la raih simpati si ibu. Tapi tak jadi jugak aish.
¤¤¤
Syafiqh pandang jam besar di dinding. Risau tu jangan tanya la tahap macam mana.
Dari tadi lagi anak-anak dengan si suami tak pulang-pulang.
Allahu. Jagalah mereka.
Dia tengok jam lagi.
Bunyi enjin kereta di luar menghilangkan risau Syafiqah.
"Ya Allah, abang kenapa lama sangat. Risau tau tak. Anak-anak okey tak?"
Si suami tak menjawab soalan si isteri. Makin pelik Syafiqah jadinya. Lagi-lagi anak-anak tidak kelihatan.
Dia terus buka pintu belakang.
"Happy birthday mummy!"
Allah.
Sumpah nak nangis.
"Happy birthday sayang. Kitaorang mampu buat macam ni je. Plan last minit."
Dia terus peluk si isteri yang berlinang air mata tu.
"I love you. Abang janji abang akan sentiasa bahagiakan awak dan anak-anak kita."
"Mummy, kitaorang sayang mummy! Sayang sangat-sangat."
Syafiqah terus peluk dan cium anak-anak.
Ya Allah kekalkan la kebahagiaan ini.
●●●●●●●●●●●●●●
Settled!
Okay thanks again guys!
Heee kalau tak keberatan boleh la baca story kedua saya.
Baru je publish harini.
Lit Lit.
Thankyou!
YOU ARE READING
Love Scenario ✔
HumorPreviously known as Pau Vs Babun N O T A K A K I Bukan seorang iKONIC tapi cuma minat lagu Love Scenario. "Aku suka yang situ, yang situ pulak buat-buat dungu. Yang sana boleh pulak terjatuh suka kat aku ni, aku pulak pergi tolak mentah-ment...