Dah seminggu aku jadi pengawas. Mulanya memang aku tak nak tapi Mimi tu ugut aku dengan video tu.
Mati-mati aku pikir video tu dah kena delete.
Dia kata kalau aku tak nak jadi pengawas, dia nak sebarkan video tu. Aha tahi kan perangai dia?
Lepastu baru aku dapat aku Safwan tu suap Mimi dengan album Bts. Eh tak pasti la. Bts ke Ets apa entah nama tu.
Ni rasa nak tikam-tikam je budak dua orang tu.
Oh ya, minggu ni juga minggu akhir aku dengan Aidil. Em sedih.
Dah la minggu lepas aku langsung tak dapat nak sembang dengan Aidil. Budak Safwan tu bagi aku bermacam tugas.
Entah kenapa baru seminggu aku jadi pengawas, aku dah nak berhenti.
Aku nak kehidupan aku yang dulu.
Kehidupan sekarang amat membosankan.
"Oi, menung apa?"
Aku pandang Safwan. Tak tahu la kenapa firasat aku kuat mengatakan dia ni cuba jauhkan aku dengan Aidil.
Mana taknya, macam minggu lepas. Aku baru nak buka mulut sembang dengan Aidil, Safwan dah tarik lengan aku.
Katanya banyak kerja belum siap. Tapi bila dah masuk bilik pengawas, aku tengok semua benda dah settle.
Siapa settle? Aku la wei. Siapa lagi.
Apa masalah laki tu ya sebenarnya? Musykil juga aku.
"Kenapa kau beria nak aku jadi pengawas ni ya?"
"Hah?"
"Aku tak rasa kau pekak Safwan."
"Memang tak pekak. Cuma kau tu cakap laju sangat."
"Kenapa aku?"
"Sebab aku suka kau?"
Terus aku tersedak. Mamat ni biar betul?
"Huhu tak kelakar."
"Oh ingat kelakar tadi."
Aku jeling dia. Cis main-main pula.
"Cepat la jawab. Kenapa aku kena jadi pengawas?"
"Sebab aku yang suruh."
"Macam.."
"Macam apa?"
"Macam bangang."
Terus aku angkat kaki sebelum kaki ni kena muka mamat tak betul depan aku ini.
Mahu pengsan anak orang ni karang angkara penangan kasut aku yang dah berbulan tak basuh.
Huhu hakak busy la dik. Hakak kena ulang alik Korea-Malaysia.
Hm busy kan akak?
¤¤¤
"Asal aku susah sangat nak jumpa kau ni wei?"
Aidil pandang aku tak puas hati.
"Kira okey la aku jumpa kau sekarang. Ni pun aku curi-curi keluar dari bilik pengawas tu tahu tak?"
"Jap, kau nak aku berbangga dengan kau ke?"
"Aku benci kau."
"Aku gurau je la."
Huhu nak nangis. Senang-senang dia je 'gurau' tu.
Dia pikir senang ke nak curi-curi keluar tadi? Susah woi.
"Tak elok lagi ke telefon kau tu?"
Ya, telefon dia rosak. Hm aku terrosakkan. Bukan sengaja pun.
Aku baling telefon tu dari tingkat tiga sampai tingkat satu.
Puncanya sebab aku kalah main game kat telefon dia. Huhuhu.
"Aku rasa nak beli baru la. Dah berkecai yang lama tu. Susah do nak bela."
Aku mengangguk. Dia ni tak ada la kaya macam Safwan tu cuma berduit juga la.
"Aku rindu kau la wei."
Ye la dia sekarang dah tuisyen. Kalau tak, tiap-tiap petang muka dia kat depan pagar rumah aku.
"Aku pun rindu kau."
Jap asal aku kekok sangat ni? Dulu aku elok je buat perangai tak semenggah depan dia.
Aku suka dia ke pun?
Oh tidak!
Aku dah tercurang dengan Isyraf Danish.
"Woi, kau dengar tak aku cakap apa tadi?!"
Fuh nasib aku tak melatah.
"Kau cakap apa tadi?"
"Kau berangan ke tadi Jemah?"
"Jemah? Aku Syafiqah! Wei tak akan baru seminggu tak jumpa dah lupa nama aku?"
"Rileks. Aku gurau je kot nama Jemah tu. Kau emo sangat ni pahal?"
"Kau la punca."
"Aik?"
"Wei, asal aku tak berdebar eh dengan kau."
"Sebab kau tak suka aku."
Oh maknanya aku tak suka dia la ni? Hehehe ingat suka tadi. Fuh selamat.
"Okey aku caw dulu. Pape roger. Eh lupa, kau mana ada telefon. Macam mana nak roger. Huahahaha."
"Gila."
Aidil gilakan aku? Tak guna punya Aidil.
Maaf typo jika ada.
YOU ARE READING
Love Scenario ✔
HumorPreviously known as Pau Vs Babun N O T A K A K I Bukan seorang iKONIC tapi cuma minat lagu Love Scenario. "Aku suka yang situ, yang situ pulak buat-buat dungu. Yang sana boleh pulak terjatuh suka kat aku ni, aku pulak pergi tolak mentah-ment...