"Wei, kau ada apa-apa hubungan ke dengan Aidil?"
Aku pandang Mimi yang baru sahaja menyuakan choco top itu. Aku sembunyi senyum. Dia cemburu nampaknya.
"Dah apa hal kau buat muka tahi tu?"
"Tahi kau kata? Pelik betul kau ni. Aku buat muka macam ni, mak aku puji aku comel tau."
"Yela sebab mak kau nak jaga hati kau je."
Agak-agak kalau aku parang minah ni, mak ayah dia saman tak?
"Shh nak makan kena diam."
Aku pandang Hani. Ya, Hani. Budak yang konon tak nak ikut sebab nak study tadi.
"Wei, cuba korang tengok cina tu. Kacak. Tapi makan berdiri. Elok sangat la tu makan berdiri? Makan ayam goreng pula tu. Dia tak tau ke aku tengah craving ayam tu.
Aku syak mamat sepet tu yang habiskan ayam goreng mcd ni. Aduh mamat ni bikin aku panas la. By the way, lepas kau siap kerja tu, bagi aku tau. Nak tiru."
Aku pandang Tia dengan riak tak percaya. Dia bebel ke apa tadi? Sumpah aku tak tipu, dia sebijik macam jiran aku, Makcik Milah.
Kuat bebel tapi kebanyakannya hanya omong kosong. Tak ada benda yang baik pun dia cakap. Kuat gosip do makcik tu!
Gosip pasal Khai Bahar dengan Wany Hasrita tu pun dia yang canangkan. Sampai taman sebelah do dia sanggup pergi sebab nak ceritakan pasal hal orang lain.
Dengan basikal roda tiganya. Makcik tu rembat cucu dia punya. Yang ni aku tak tipu. Aku nampak dengan mata aku sendiri dia bagi rasuah dekat cucu dia.
Sampai ke sudah cucunya berminat dengan chicken chop. Datang rumah aku minta chicken chop. Pening kepala mama layan selera budak tu.
"Dah tu elok sangat la kau tiru orang?"
"Ala aku lain sikit. Dia lain."
"Apa yang lainnya? Sama je dua-dua perbuatan tak elok."
"Ala, aku tak beradab pasal kerja sekolah. Dia tak beradab pasal makanan. Kan lain tu hehe."
Aku pandang Tia malas. Lantak kau la. Malas nak bertekak. Buat habis air liur aku je. Budak ni mana tahu nak kalah.
"Ha kau tak jawab lagi soalan aku tadi. Apa hubungan kau dengan Aidil?"
Aku pandang Mimi sebelum mengangkat kedua belah kening.
"Cemburu?"
"Buat apa aku nak cemburu?"
"Dah tu kenapa kau tanya macam tu?"
"Ni ha, dia whatsapp aku."
Telefon di tangan Mimi aku ambil. Ternganga mulut aku baca chat dari Aidil tu. Apahal bongok sangat mamat ni?
Dia boleh pergi tanya semua pasal aku dekat Mimi. Bangang. Bangang. Bangang. Aduh pahal mamat ni?
"Oh rasanya dia saja je tu. Ala biasa la."
"Apa yang biasanya?"
"Ish apa bising-bising ni? Aku nak makan la."
Suara Hani berjaya membuat Mimi senyap. Kau penyelamat aku. Satgi isi borang jadi besan aku.
Sebab manusia semua beratur nak jadi besan hakak Syaf ni. Siapa cepat, dia dapat.
Siapa lambat, padan muka kau. Siapa suruh lambat isi borang.
Okey, apa aku melalut ni?
¤¤¤
"Oi makcik, nak pergi mana?"
Aku pandang mama. Sempat aku tayang sengih.
"Nak jumpa kawan kejap. Dia tunggu dekat luar."
"Kawan istimewa?"
"Ish mana ada la mama. Kawan sekolah orang."
Aidil tu kawan istimewa aku? Ma, hati orang milik Isyraf Danish seorang je tau.
"Ha pergi la cepat. Lama dah kawan kamu tu tunggu. Mandi apa entah lama sangat. Basuh bilik air ke pun tadi?"
"Ala normal la mama. Orang perempuan memang mandi lama."
"Aku ni perempuan pun tak ada mandi lama macam tu."
Ala mama ni. Tak nak bagi aku menang langsung. Tak apa la ma, untukmu angah sanggup beralah.
¤¤¤
"Ha dah kenapa kau datang sini?"
Aidil yang berada atas motor itu aku pandang. Siap bertopi lagi mamat ni. Pikir kacak?
"Saja."
"Hotak kau la saja! Homework aku berlambak tau tak?"
"Rileks la."
"Malas nak cakap dengan kau."
"Wei Syaf, selfie jom."
Aku pandang dia pelik. Kena sampuk mambang ke apa ni? Tiba-tiba je ajak selfie.
"Malas la."
"Kau kan awek aku. Lupa?"
Ni lagi pelik. Apa kena mengena?
"Jadi?"
"Nanti boleh la aku post dekat instagram lepastu aku buat la caption sweet habis. Biar bersemut. Amacam?"
Aku terdiam sekejap duk fikir cadangan Aidil itu.
"Ha yela."
Sebanyak tiga keping gambar yang diambil.
"Okey dah. Pergi balik."
Aku lambai tangan tanda menghalau. Dia ni kacau waktu aku nak stalk Isyraf Danish. Siapa je tak bengang?
"Eh Syaf, kejap."
"Apa lagi?"
Aku yang baru saja ingin melangkah masuk ke rumah berpaling semula memandang Aidil.
"Approve la aku kat instagram. Sampai hati kau tak approve aku."
Pfft. Dia ada follow aku ke? Mana aku tau.
YOU ARE READING
Love Scenario ✔
HumorPreviously known as Pau Vs Babun N O T A K A K I Bukan seorang iKONIC tapi cuma minat lagu Love Scenario. "Aku suka yang situ, yang situ pulak buat-buat dungu. Yang sana boleh pulak terjatuh suka kat aku ni, aku pulak pergi tolak mentah-ment...