7 - Latah

1.5K 151 22
                                    

Aku pandang lantai kat bawah. Malas nak hadap muka diaorang tu. Yang si Aidil tak reti nak insaf walaupun tersedak tadi. Boleh pula dia sambung gelak.

"Malu la budak-budak junior tengok korang gaduh. Korang tak malu ke?"

Safwan yang tengah bermukadimah itu aku jeling sekejap. Dia memang la tak mention aku tapi jujur aku terasa gila. Tadi pun aku gaduh sekejap dengan Jiha. Tak akan tak terasa?

"Wan, aku nak masuk kelas."

Jiha yang baru sahaja nak melangkah terhenti bila Safwan tiba-tiba tarik lengan dia. Lengan k lengan. Bukan tapak tangan.

Woo cerita romantikkah ini? Meh lanje hakak popcorn. Ada cerita baru ni.

"Wait. Aku belum habis lagi"

Jiha tayang muka bosan.

"Aku kawan kau kan? Lepaskan la aku."

Eleh. Kau fikir kau kawan dia boleh senang-senang je lepaskan diri. Senang la hidup kau kalau macam tu. Lepas buat salah, senang je goyang kaki.

"Big no, dear. Even kau ada kuasa sekalipun aku tak akan lepaskan kau."

Euw dear beb dear. Agaknya dah bernanah telinga aku ni. Tapi ayat last tu macam familiar. Malas nak fikir.

Aku abaikan jelingan Safwan itu. Terus aku bantu Aidil yang tengah muntah itu. Aku tepuk-tepuk belakang dia. Loya sangat agaknya dia dengar 'dear' tadi tu.

Apa korang ingat aku main-main ke pasal Aidil muntah ni? Memang dia muntah k. Cuma bukan muntah hijau. Dia muntah roti sardin makcik kantin yang sombong gila tu.

Aku memang tak berapa suka makcik kantin tu. Ada satu hari tu aku beli karipap. Pastu aku bayar guna duit syiling. Makcik tu tak nak terima duit aku. Sungguh kerek makcik itu bukan?

Aku yang tengah fikir pasal makcik kantin kerek tu terus tak jadi nak throwback lagi bila ada satu tangan duk lambai-lambai kat depan muka aku.

"Apahal kau ni?"

Aku angkat kening lalu pandang si hodoh depan aku tu. Eh mana pergi dua orang pengawas tu?

"Kau berangan ke apa?"

Aku berangan eh tadi? Bukan berangan. Cuma teringat detik dahulu kala.

"Tak payah sibuk. Mana pengawas tadi?"

"Kelas. Jawab la soalan aku."

"Soalan? Pasal berangan tu ke?"

"Sah la kau memang berangan tadi makcik."

"Kau nak gaduh dengan aku ke apa ni si hodoh?"

Aidil pandang aku tak berkelip. Kadang keningnya berkerut. Dah kenapa pula manusia seorang ni?

"Si hodoh?"

Terlepas. Aku tak sengaja.

"Eh apa kau cakap ni? Siapa si hodoh?"

"Kau cakap aku si hodoh kan tadi?"

"Aku cakap Dil ha doh."

Pfft. Amende kau merepek ni Syaf.

"Hah?"

"Tadi aku cakap 'kau nak gaduh dengan aku ke apa ni Dil, ha doh?'. Itu yang aku cakap. Celah mana entah kau dengar si hodoh tu."

Aku terus jalan menonong ke hadapan meninggalkan si hodoh tu yang sedang blur tahap aku nak gelakkan dia gila-gila. Apa benda bodoh sangat mamat tu? Pfft.

¤¤¤

"Oi makcik lamanya pergi tandas."

"Ada tragic light eh?"

Love Scenario ✔Where stories live. Discover now