"Humaira, abang mana? Mummy tak nampak abang la."
Aku memandang wajah comel Humaira. Tahun ini Humaira berumur tiga tahun. Dah besar dah anak dara aku seorang ini huhu.
"Tadi Mai nampak abang pergi belakang rumah. Tak tahu la buat apa."
Aku yang baru sahaja ingin melipat pakaian terus berpaling memandang Humaira di sisi.
Humaira yang sedang bermain barbie doll itu memandang aku sekejap sebelum meletuskan tawa comelnya.
"Mai gurau je la mummy."
Ya Allah budak ini! Punya la aku risau tadi. Selamba dia je 'gurau je la mummy' tu.
Pantas aku cubit pipi gebu milik Humaira itu. Nakal sungguh! Abang dia tak ada la nakal macam budak ini.
"Mummy buat apa tu?"
Aku memandang wajah anak teruna aku yang berpeluh itu. Dari mana sajalah budak ini.
"Khasyaf dari mana? Kenapa tak minta izin dengan mummy nak keluar?"
Khasyaf Danish hanya tersengih dan terus berdesup meninggalkan aku yang sedang menyinga.
"Khasyaf Danish!"
¤¤¤
"Anak-anak baba tengah buat apa ni?"
Aku menjeling si suami. Kenapa tak balik esok je?
"Awalnya balik."
"Awal apanya mummy? Dah pukul 10.30 ni."
Alahai Khasyaf. Mummy perli baba sayang. Aduh comel betul anak teruna aku ini.
"Sorry sayang. Abang lambat sikit."
"Lambat sikit? Lambat banyak la baba."
Kata-kata Humaira buat aku tersenyum. Anak-anak mummy sungguh bijak.
"Mai pergi ikut abang ya sayang. Khasyaf pergi bawa adik masuk bilik ya."
"Okey baba."
Khasyaf dengan Humaira yang sedang berpimpin tangan aku pandang sekilas sebelum memandang wajah suami si dambaan hati. Fuh tak sangka aku berpuitis.
Tahun ini dah 5 tahun usia rumahtangga kami. Tak sangka aku berkahwin dengan doktor cinta aku sendiri.
"Sayang."
"Hm."
"Marah abang?"
"Ya."
"Sorry."
"Hm."
"Tadi abang jumpa Jiha."
Jiha? Sungguh lama tak dengar nama perempuan tu.
"Oh wow."
"Sayang, please."
"What?"
"Jangan salah faham. Abang dengan dia tak ada hubungan apa-apa."
"Saya tak cakap apa-apa pun. Awak jangan risau la. Saya nak masuk tidur dulu."
"Nur Syafiqah."
"Apa lagi?"
"Saya kenal awak sayang."
"Dah tu? Nak saya tepuk tangan?"
Syafiq mengeluh lemah.
"Sayang please. Jangan buat abang macam ni."
"Apa yang saya buat? Saya tak ada buat apa-apa pun."
"Sebab awak tak ada buat apa-apa la yang saya risaukan. Dulu bila saya sebut nama Jiha, bukan main awak lempar periuk kuali semua dekat saya. Ini tak ada pula."
Aku pandang dia tajam. Jiha tu dari zaman sekolah lagi tak puas hati dengan aku. Ni mesti kes nak ambik suami aku!
"Sayang?"
"Kenapa? Abang nak kahwin dengan dia ke?"
Dia pandang aku terkejut.
"Ya Allah dia ni!"
Dia terus duduk sebelah aku.
"Hei, jangan cakap macam tu. Lupa ke abang ada cakap yang sayang sentiasa jadi bidadari abang. Abang tak nak ada banyak bidadari."
Dia pandang aku sambil tangannya mengelus lembut tanganku.
"Yang Jiha tadi tu? Kenapa abang jumpa dia malam-malam?"
Nak cakap overtime, melampau pulak masa diaorang bekerja. Nak dekat pukul 11 baru nak balik rumah.
Jiha ni satu pejabat dengan suami aku. Tu yang aku selalu panas hati dengan Jiha tu. Tak ada tempat lain ke nak kerja ha?
Syafiq keluarkan satu sampul dari beg kerjanya. Atas sampul tu tertulis Walimatul Urus Nur Najihah & .
Aku terus pandang dia.
"Jemputan kahwin majlis abang dengan dia ke?"
"Sayang! Ish budak sorang ni la."
Hello aku dah 25 okey!
"Saya cakap benda betul."
Dia pandang aku lagi.
"Awak cakap benda yang salah. Cuba tengok betul-betul nama pengantin lelaki tu."
Aku baca balik tulisan dekat sampul tu. Walimatul Urus Nur Najihah & Ahmad Nizam.
Er aku pandang dia lambat-lambat.
"Jauh sayang, nama Syafiq dengan Nizam tu."
Aku garu kepala lalu tayang sengih.
"Sayang, awak okey tak ni?"
"Abang, saya okey je. Entah la emosi tiba-tiba tak menentu."
"Nak bendera la tu."
Aku terfikir sesuatu.
"Tak tahu la. Dah lama tak kena bendera merah la bang."
"Ke sayang mengandung ni?"
Aku terdiam. Mungkin ya. Mungkin juga tak.
"Em abang jangan berharap sangat tau. Takut rezeki kita nak tambah lagi sorang tak sampai lagi."
Dia senyum manis sambil pegang tangan aku erat.
"Abang sayang awak."
"Mummy dengan baba buat apa tu?"
Kami serentak memandang Khasyaf yang terlalu comel dengan patung stitchnya itu.
Ah comelnya dia!
"Sini dekat baba."
Dia terus datang lalu memeluk sang suami. Anak sulung kami memang manja!
"Kenapa tak tidur lagi ni?"
"Terjaga nak minum air."
Aku usap rambut dia.
Khasyaf ni perangai dia sama macam perangai usu dia. Teringat pulak dekat si adik ipar masa dia sebaya Khasyaf dulu.
"Khasyaf, kalau Khasyaf dapat adik baru, Khasyaf nanti sayang tak kat dia?"
Aku pandang si anak teruna.
"Mestilah!"
Aku terus kucup pipi kanannya. Jadi anak yang soleh ya sayang mummy.
●●●●●●●●●●●●●●●●●
Epilog dah siap ehek. Kbye!
YOU ARE READING
Love Scenario ✔
HumorPreviously known as Pau Vs Babun N O T A K A K I Bukan seorang iKONIC tapi cuma minat lagu Love Scenario. "Aku suka yang situ, yang situ pulak buat-buat dungu. Yang sana boleh pulak terjatuh suka kat aku ni, aku pulak pergi tolak mentah-ment...