53 - Babysitter

745 65 1
                                    

Aku pandang Minah tajam. Dia hanya tayang sengih. Tak guna betul.

Aku pandang kiri aku. Muka Fiqah yang cemberut kalah jeruk limau kegemaran mak aku tu.

Aku pandang kanan pulak. Budak comel semalam.

Pandang depan pulak muka Minah yang tak bersalah ditemani muka Amir yang blur habis.

Mana taknya, si kekasih tak dapat tangkap rancangan si kekasih sana.

Ceit.

"Akak, siapa laki tu?"

Masih cemberut.

Nak jawab macam mana, aku pun tak kenal sangat budak tu.

"Ni adik saudara akak. Nama dia Isa."

Minah tolong jawabkan.

Oh ini ke adik saudara dia. Adik si budak tandas.

"Fiqah tak suka dia."

"Saya pun tak suka awak."

Er macam mana aku nak handle dua budak ni.

Taufiq, kenapa kau hantar adik kau kat aku tadi!

"Enjoy Syaf!"

Terus dua pasangan sejoli tu lesap. Tak guna!

"Akak, jom pergi kedai buku."

Si belah kanan tarik-tarik baju aku.

"No! Akak, jom la wayang."

Si belah kiri pun ikut serta tarik-tarik baju aku.

Satgi kalau baju aku koyak, dua-dua aku tinggalkan kat sini.

"Okey akak ada idea. Tapi janji, tak boleh buat perangai, tak boleh merajuk lepas main game ni."

Aku ternampak satu mesin claw doll.

"Kalau Isa dapat, kita pergi kedai buku dulu. Kalau Fiqah pulak dapat, kita tengok wayang dulu. Deal?"

"Deal!"

Jawab mereka serentak. Aku boleh nampak panahan kilat kat mata diaorang.

Disebabkan kedua-dua mereka ketinggian tidak mengizinkan, aku dengan muka tebal meminta satu kerusi dari uncle sebelah. Nasib uncle tu jenis tak banyak kisah.

¤¤¤

"Fiqah nak tengok cerita apa?"

Aku pandang dia yang di bawah.

"Saya rasa-"

"Hello! Ni waktu saya. You better shut up."

Akak penjaga kaunter tu dah buat muka terkejut. Isa dah buat muka masam.

Sabar la Isa.

Lepas je beli tiket, aku pimpin dua-dua budak comel tu mencari bilik yang betul. Karang sesat, mengamuk pulak puteri sorang ni.

Tamat sahaja cerita tadi, Isa dah tarik-tarik aku nak keluar. Tak sabar betul nak pergi kedai buku dia tu.

"Isa, kejap jangan lari. Ya Allah budak ni."

Masalahnya Isa berlari pegang tangan aku. Dan aku pulak pegang tangan Fiqah.

Tak ke membebel teruk si puteri kat belakang tu.

Bila dah sampai, mata Isa terus bersinar. Tak lupa juga mata Fiqah yang turut bersinar.

Mana taknya, kedai patung barbie sebelah kedai buku. Aku rasa nak cekik je owner ni.

Pokai la aku macam ni.

¤¤¤

"Korang dua ni tak sedar ke lusa masih exam?"

Menyempat pulak pergi dating.

"Kitaorang lama tak jumpa. Rindu tu lain macam."

Aku hanya abaikan adegan semut depan mata. Aku pandang belah kanan kereta. Isa dengan Fiqah dua-dua tengah lena tidur.

Comel!

"Syaf."

Aku intai Minah di hadapan.

"Apa?"

"Sorry tau, and thank you!"

Aku senyum sikit. Walaupun penat, tapi sumpah best. Dan walaupun duit aku banyak habis, tapi tak apa la, dapat tengok budak-budak ni senyum pun aku dah bahagia.

"Fiqah Fiqah, bangun Fiqah. Dah sampai dah ni."

Kepala Fiqah masih elok terletak di bahu Isa. Ni kalau aku cerita ni sampai tujuh keturunan dia tak nak percaya cerita aku.

Aku panggil Taufiq yang memang dah sampai dari tadi. Dia pun terus dukung si adik lalu bawak masuk ke dalam kereta.

"Thank you Syaf jaga Fiqah. Aku gerak dulu. Sorry tak boleh lama, dia tengah tidur."

Aku angguk kepala.

Aku pandang pulak kereta Amir. Isa dah bangun.

"Korang tak nak minum-minum dulu ke?"

"Tak apa la wei, dah lewat ni. Kitorang balik dulu tau."

Lepas lambai, aku terus masuk ke dalam rumah.

Aku intai jam di tangan, 9.30 malam.

Push rank best ni.

Maaf typo jika ada.

Love Scenario ✔Where stories live. Discover now