"Kami nak makan. Boleh senyap sikit tak?"
Aku pandang makanan aku yang sudah licin. Harap-harap diaorang tak cam aku.
"Aku pun nak makan juga ni. Pikir korang je ke yang nak makan?"
Ummi membaca dua kalimah syahadah di tepi telinga manusia yang tengah naik hantu tu.
"Nyah kau syaitan. Jangan kau hasut kawan aku."
"Kau apahal ni manusia. Jangan rosakkan tudung aku boleh tak?"
Ummi hanya tayang sengih bila Tirah menjelingnya. Cik kak seorang ni garang betul.
"Dah tu kenapa tiba-tiba menjerit tadi kalau tahu nak makan?"
Rakan pengawas kepada pengawas hello kitty bersuara lagi. Memang dia je yang bercakap dari tadi.
"Apahal kau ni? Ada lipas ke?"
"Kau diam long. Jangan sampai aku buka gelanggang WWE dekat sini"
Aku geleng kepala melihat telatah dia. Dengan abang saudara pun nak bergaduh ke?
"Kau ganggu kitaorang nak makan la."
Pengawas itu bersuara lagi. Memang hanya dua meja ini sahaja yang berpenghuni.
"Ada orang sebut nama aku tadi."
"Aku yang sebut nama kau. Ada masalah?"
Dua manusia yang tengah berperang mulut itu aku pandang tak berkelip. Aku boleh bayangkan ada kilat dekat mata diaorang. Macam cerita kartun tu.
"Ulang balik?"
"Pekak pula dah. Aku sebut nama kau tadi. Ingatkan masalah tu besar sangat. Rupanya kecil je."
Selepas sahaja lelaki itu berkata demikian, Athirah secara tiba-tiba menumbuk meja. Auch sakit do.
"Aku tersedak tadi tahu tak? Kalau aku mati tadi, memang aku kacau kau. Kau orang pertama aku kacau."
"Saudari, aku minta maaf sebab sebut nama kau. Kalau tak nak orang lain sebut nama kau, lain kali jangan pakai baju yang ada nama kau.
Lagi satu pasal mati tu, isu tu bukan boleh buat main..."
Aku pandang manusia bernama Khairul itu. Tirah pula sempat aku kerling. Berubah habis muka dia!
Aku pun sebenarnya terkesan dengan nasihat daripada manusia seorang ni. Ummi pula tengah tahan nangis. Hidung dah merah siot.
"Sorry."
Lepas je Khairul habis bersuara, manusia bernama Athirah itu mula meminta maaf. Alhamdulillah dah insaf kawan aku ni.
Aku dengan Ummi yang sedang makan popcorn melihat adegan itu dengan fokus. Terkejut juga masa abang saudara Tirah bagi kitaorang popcorn. Tak sangka pula ada jual kat sini.
Dan tak semena aku terpandang Safwan. Kacak! Nampak matang je ada jambang. Bukanlah jambang yang banyak tu. Sikit je.
Tiba-tiba Safwan pandang aku. Aku dah telan liur. Siot je! Dia dah perasan kewujudan aku. Safwan yang tengah senyum itu buat aku pandang dia tak berkelip.
Dia senyum? Jarang siot dia senyum. Selalunya asyik tayang muka ketat je.
¤¤¤
"Kau dengar tak ni?"
Mimi yang tengah mencuit aku itu aku jeling tajam. Suka hati dia je nak cuit-cuit aku.
"Jangan kacau aku. Aku nak fokus."
"Jawab soalan aku dulu."
"Soalan yang mana?"
"Apasal Safwan asyik pandang kau dari tadi?"
"Dah kenapa tanya aku? Pergilah tanya Safwan."
Aku jawab malas. Mimi di sebelah aku jeling sekejap. Orang nak fokus tahu tak! Penceramah lelaki itu kacak sungguh.
Hari ini ada ceramah pasal dadah. Biasalah kan. Setiap sekolah ada. Dan setiap tahun juga ada.
Kalau dulu, aku selalu bawa jajan bila masuk dewan. Yela kan siapa je yang tak bosan?
Tapi kali ni lain sikit. Aku siap pakai cermin mata lagi. Habangs yang ceramah ni semuanya kacak belaka.
"Wei, tak akan kau tak perasan kot?"
"Kau dah kenapa kepoh sangat ni?"
Sebenarnya aku pun perasan juga si Safwan dari tadi sibuk pandang aku. Seram. Dah macam psiko.
"Tak adalah. Sebab sebelum ini, dia tak pernah pandang perempuan sampai macam ni sekali."
"So?"
"Entah entah dia suka kau kot?"
"Jenaka sampah apakah ini?"
Dia suka aku? Minah ni buat lawak apa do?
"Aku cakap je. Nanti jangan pula kau terkejut bila dia confess dekat kau. Mahu mati terkejut pula kau karang."
Manusia seorang ni memang nak kena sembelih agaknya dengan aku. Dia tak tahu ke kata-kata itu umpama doa?
Satgi aku betul-betul mati pula bila dia confess. Eh kejap. Safwan suka aku? Agaknya sebab dia mandi bunga la tu.
"Boleh saya nak minta pelajar tolong saya?"
Aku dengan sukarela mengangkat tangan. Daripada aku layan Mimi yang tak betul ni, baik aku tolong habangs ni.
Dapat juga pahala. Dan dapat juga tarik perhatian habangs. Ya aku attention seeker.
"Tak akan la adik ni je yang sudi tolong? Yang lain tak sudi ke?"
Aku pandang abang tu macam nak telan. Cukup je la aku ni! Tak usah la minta tolong orang lain.
"Bang, biar saya dengan dia tolong abang."
Aku pandang empunya suara. Manalah tahu tiba-tiba pula muncul Isyraf Danish kan. Tapi masalahnya yang muncul si jambang. Dah kenapa pula dia?!
YOU ARE READING
Love Scenario ✔
HumorPreviously known as Pau Vs Babun N O T A K A K I Bukan seorang iKONIC tapi cuma minat lagu Love Scenario. "Aku suka yang situ, yang situ pulak buat-buat dungu. Yang sana boleh pulak terjatuh suka kat aku ni, aku pulak pergi tolak mentah-ment...