12 - Mcd

1K 122 4
                                    

"Sejak bila kau suka aku?"

"Hah? Sejak bila pula aku suka kau?"

Apahal mamat ni? Dah kenapa pula dia sembang macam paria ni? Aduh dia ni.

"Tadi kau cakap tu. Yang kau nak couple dengan aku tu."

"Memang la aku nak couple dengan kau tapi bukannya sebab aku suka kau."

Eh eh manusia. Suka suka je dia cakap macam tu. 

"Dah tu? Wei, sumpah aku tak faham. Apa benda kau nak cakap sebenarnya ni?"

"Jadi girlfriend olok-olok aku boleh? Please!"

Girlfriend olok-olok pala bana dia! Mamat ni mesti kena dera minum klorok dekat rumah. Sebab tu otak dia tak betul. 

Eh ada kena mengena tak?

"Boleh tolong ke tak?"

"Motif?"

Aku pandang wajah gembira Aidil itu. Sorry brader, gwa belum cakap setuju lagi. Heh.

"Aku nak cemburukan seseorang."

"Siapa?"

"Mimi."

"Dah kenapa nak cemburukan Mimi pula ni?"

"Sebab aku suka dia."

"Oh wow."

Mamat ni suka Mimi rupanya. Aduh terhibur aku. Mamat hyper macam ni boleh suka minah sewel macam Mimi tu.

Eh tapikan Mimi tu suka ke dekat Aidil ni? Ah lantak la. Pandai-pandai diaorang la uruskan hati sendiri.

Aku ni sampai sekarang tak dapat pikat Isyraf Danish. Hanya mampu stalk je.

"Boleh ke tak couple dengan aku?"

"Kau gunakan aku untuk kepentingan kau eh?"

"Bukan gunakan kau. Aku nak minta tolong kau. Tak nak tolong aku ke?"

Muka kasihan dia aku pandang sekejap. Dia fikir comel ke?

"Apa yang aku dapat?"

"Apa yang kau nak?"

"Topupkan aku bila kredit aku habis."

"Okey set!"

"Tampung makan minum aku dalam tempoh aku jadi girlfriend kau."

"Apa kau fikir kau tu bini aku ke?!"

Aku tutup telinga bila dia menjerit. Bapak la nyaring suara dia! Pekak telinga aku satgi memang aku hantar santau rumah dia!

"Tak payah jerit la setan."

"Siapa suruh minta bukan bukan."

"Kau nak ke tak nak aku tolong kau ni?"

"Ish. Yela yela."

Aku tersengih. Ala setakat fake couple tu tak ada la susah mana. Paling seronok dia payung hakak makan dengan topup.

  ¤¤¤  

"Oi dari mana?"

Aku cari empunya suara. Hani yang mengangkat kening sebelah itu aku jeling sekejap.

Pandainya dia. Akak cemburu. Aku memang tak boleh tengok orang angkat kening sebelah ni. 

Tak apa, nanti aku nak minta dia ajarkan!

"Jumpa Aidil."

Aku pandang Mimi di sebelah. Mana tahu dia cemburu. Tapi dia buat muka jebon. Tahi sungguh.

"Balik nanti jom pergi mcd nak?"

"Buat apa pergi sana?"

"La tak akan kau tak tahu?"

"Tahu apanya?" Aku tayang muka pelik.

"Kita pergi mcd nak merompak."

Aku jeling Mimi tajam.

"Kita nak pergi makan la."

Aku tayang muka bengang pada Mimi. Tak guna betul minah ni.

"Kau belanja, aku on."

"Okey set. Kau Hani?"

Siapa je yang tak suka orang belanja do? Oh ada. Orang-orang tua. Tak percaya? Cuba ingat balik.

Waktu kawan mak ayah kau ke mak ayah saudara kau ke bagi duit. Mesti mak ayah kau tolak kan? Ha lebih kurang la tu.

Ke mak ayah aku je yang tolak?

"Malas la. Aku nak study."

Wow. Hani sungguh wow!

"Wei, serius la? Aku bangga la dengan kau."

"Betul la. Tahun depan dah nak SPM."

"Okey Hani. Terima kasih bagi nasihat. Jangan belajar buat anak pula."

Ya Allah budak Mimi ni. Kenapa la aku ada kawan celaka macam ni.

"Memang kena belajar la cerita dia. Nanti ada la sikit pengalaman."

Ni lagi tak guna. Rosak otak aku macam ni. 

"Wahai anak muda, apa yang kalian bualkan ini? Kalian sedar atau tidak, umur kalian baru menginjak 16 tahun. Tak usahlah kalian acah dewasa sangat."

Wajah suci Tia itu buat aku ketawa. Sumpah kelakar do. Kau cuba bayangkan kawan kau yang perangai lebih kurang setan buat muka suci. 

"Tia?"

"Ya, saya," la tak sudah lagi rupanya budak ini.

"Tak nak join kami?"

Eh dah kenapa Hani ajak Tia? Tadi dia beria tak nak ikut. Konon nak study.

"Join apa?"

"Cara-cara buat anak."

"Boleh saja."

Ya Allah, kau berikanlah hidayah kepada rakan-rakanku ini.

Love Scenario ✔Where stories live. Discover now