33 - Rap

779 119 4
                                    

Aku abaikan Amir dengan Minah yang tengah sembang- okey maaf, mereka tengah berbahas ala-ala parlimen.

Mamak-mamak semua tengah usha palat kat depe dua ni.

Aku tak kena sebab aku budak baik.

Bila aku pandang Minah, mesti aku teringat Syafiqah. Aku pun tak tahu kenapa.

Rindu?

Tak mungkin.

Sebab tadi dah jumpa.

Terjumpa.

"Aku ingat kau dah tak nak belanja aku."

Suara ni macam suara- eh? Pahal Syafiqah ada kat sini?

"Aku sayang kau la Syaf. Tak akan la aku nak kedekut dengan kau."

Aidil? Ni pahal pula mamat ni ada jugak?

Ke depe dua dah getback?

Serius la?

"Syaf!"

Aidil dengan Syafiqah dua-dua pandang aku. Tak lupa juga pada pasangan pelik abad ini.

Dan juga habang-habang mamak yang tadi kemain usha palat tapi sekarang semua muka clueless habis.

Semua buat muka naif.

Cis korang pikir korang comel ke sia?

"Ha kau lagi. Nak apa?"

"Ikut aku."

Masa aku nak berdiri tetiba terdengar bunyi yang agak memalukan.

Dan bau yang amat memeritkan rongga hidung ini.

"Sorry korang, terkentut."

Minah hanya tayang sengih mengaku kesalahan.

"Eiii busuk bodoh."

Amir ketuk kepala Minah dengan pinggan. Cari pasal betul kau Mir. Tak pepasal mamak tu tak kasi kau jejak kat sini lagi.

"Dey macha, yitu pinggan bukan untuk pukul yitu kepala la macha."

Mamak dah marah. Padan muka kau Mir.

"Kau. Ikut aku."

Masa aku nak pegang lengan Syafiqah, Aidil tiba-tiba tepis.

"Bagi dia makan dulu la kalau ya pun."

"Tak, sekarang! Nak makan nanti aku boleh belanja."

Syaf dah buat muka masam. Dia ni kenapa degil sangat? Aku dah kata jangan rapat dengan Aidil.

Tak serik-serik ke do?

"Tak payah kacau aku la Safwan."

"Dengar kan? So, tolong jangan kacau dia."

Aku dah ketap bibir tahan geram.

"Bangun Syafiqah. Baik kau bangun sebelum aku seret kau."

"Jap, apa masalah kau sebenarnya ni? Tiba-tiba suruh aku bangun, nak seret bagai. Kau apahal do?"

Aku terdiam. Woi mulut, jawab la. Asal diam pulak aduh.

"Tak ada jawapan kan? Aku minta sangat jangan kacau aku. Kau bukan suami aku nak arah aku buat itu ini."

Aku terdiam lagi. Ni mesti kes banyak sakit hati dengan aku pastu duk luahkan sekarang.

"Syaf, aku nak cakap sikit dengan kau."

Aku nampak dia mengeluh berat. Ada ke mengeluh berat?

"Cakap la."

"Bukan kat sini."

"Dah tu? Aku malas la. Whatsapp je la."

"Whatsapp? Kau bluetick aku."

Dia mengangguk selepas berfikir lama. Sempat lagi dia berbisik kat Aidil.

¤¤¤

"Kau nak bawa aku pergi mana ni?"

"Aku rasa dah lima kali kau tanya soalan yang sama. Aku pun rasanya dah jawab soalan kau ni."

"Taman bosan."

Aku kerling dia di sebelah. Ni la sebab kenapa aku nak bagi dia pengsan. Mulut tak pernah senyap.

Aku capai telefon apabila lampu isyarat bertukar merah.

Amir Hanat Sentiasa : Macam mana aku nak balik !

Safwan : Tumpang la Minah

Amir Hanat Sentiasa : Dia naik basikal setan
Amir Hanat Sentiasa : Eh maseh bro
Amir Hanat Sentiasa : Kau bagi idea boek punya
Amir Hanat Sentiasa : Dapat aku peluk pinggang dia

Amir memang hanat.

"Ni kereta siapa? Kau ada lesen ke? Eh kita baru 16. Celah mana kau dapat lesen. Kereta ni kau cilok siapa punya? Kau punya ke? Guna duit sendiri ke? Tapi kau belajar lagi. Eh kau jual dadah ke? Betul ke wei?"

"Turun."

"Wei wei aku gurau je."

Hebat betul. Dia rap tadi.

Maaf typo jika ada.

Aku nak buat lain, benda lain yang aku buat.

Dan ini la yang terjadi.

Watak Minah tak sepatutnya wujud. Tapi aku suka dia.

Minah bt Meon, gadis ceria.

Thankyou for 8k ♡

Mwah iloveyou ♡

Love Scenario ✔Where stories live. Discover now