11 - Luah

1.1K 123 7
                                    

Puas juga la aku bebel dekat budak Ummi tadi. Ada ke patut dia nak mengorat crush dia dengan cara abang samseng ngorat awek?

Duk bersiul ber'pewit' bagai. Dengan lagak kakyong kawasan kaki atas kerusi. Aduhmak. Kawan aku ke ni?

Tak masalahnya, crush dia tu anak ustaz. Mahu botak kepala ustaz tu ada menantu macam budak ni.

Mulanya aku call Ummi sebab nak tanya pasal baju tu. Baju yang Safwan berkenan tu la.

Lepastu dia buka cerita pasal cara ngayat crush. Pergh macam siot je cara dia.

Ting!

Aidil si Hodoh : Assalamualaikum Syaf

Whatsapp dari Aidil itu aku pandang tak lepas. Aidil kena culik ke?

Syafiqah : Waalaikumusalam. Kau dekat mana sekarang? Bagitahu aku!

Aidil si Hodoh : Kau ni dah kenapa?
Aidil si Hodoh : Kau sawan ke?

Eh eh laki ni. Dah kenapa pula nak sawan bagai ni? Aku sepak satgi.

Syafiqah : Kau okey tak ni?
Syafiqah : Kau bukan kena culik ke?

Aidil si Hodoh : Culik kepala hotak kau

Cis. Aku benci laki ni! Orang dah risau separuh mati. Elok dia je hotakkan aku. Huh!

Aidil si Hodoh : Laaa janganla bluetickkan aku
Aidil si Hodoh : Dah kenapa kau cakap aku kena culik do?

Syafiqah : Sebab kau bagi salam
Syafiqah : Pelik gak la aku tadi

Aidil si Hodoh : Bagidol betul

Syafiqah : Kau carut ke apa tu saiton?

Aidil si Hodoh : Sebenarnya aku nak minta tolong kau sikit ni
Aidil si Hodoh : Boleh tak?

Syafiqah : Okey apa dia?

Aidil si Hodoh : Esok jumpa tempat biasa boleh? Waktu rehat

Syafiqah : Hah? Mana datangnya tempat biasa ni? Aduh kau ni
Syafiqah : Pelik sungguh
Syafiqah : Kena sampuk agaknya

Aidil si Hodoh : Oi makcik
Aidil si Hodoh : Bahasa jaga, karang betul-betul aku kena sampuk

Syafiqah : Dahtu kau merepek apa?

Aidil si Hodoh : Esok depan koperasi boleh tak?

Syafiqah : Okey set
Syafiqah : Janji kau lanje aku milo

Aidil si Hodoh : Yelaaaaaaaa

Nampak tak Aidil tu malas layan aku? Kan best dia belanja aku tiap masa. Jimat duit!

¤¤¤

"Woi Jemah, kau dari mana?"

Soalan Aidil itu aku balas dengan sengihan. Tak akan nak cakap baru lepak dengan Safwan? Mahu kena bebel dua hari dua malam.

Safwan belanja nasi lemak dua pinggan beb! Kenyang siot.

Tu pun jenuh aku pujuk si abang jambang tu. Kedekut betul. Dasar tahi hidung masin, manis, pahit, tawar, masam.

Okey maafkan aku sebab melalut.

"So, motif apa kau ajak aku jumpa?"

"Aku nak minta tolong kau sikit ni."

"Aku benci betul manusia bagi ayat tergantung macam kau ni."

Dia di hadapan aku jeling sekejap.

"Macam mana nak cakap eh? Aduh aku segan la."

Aidil garu belakang telinganya.

Dia pikir comel ke buat macam tu? Okey aku mengaku dia memang comel. Tapi bila dia buat macam tu je la. Perbuatan dia tu je yang comel.

Aku ulang, perbuatan dia sahaja!

"Dah kenapa nak malu pula ni? Kau suka aku ke pun? Kau nak couple dengan aku eh?"

Kedua kening aku angkat sekali. Hm hakak tak reti angkat kening sebelah. Tak apalah, satgi aku belajar buat benda alah tu.

"Ha lebih kurang macam tu."

"Hahaha. Okey lawak jugalah."

"Tak, aku serius ni."

Aduh apa masalah homosapien ni? Aku tendang juga nanti mamat ni. Dia fikir lawak ke?

"Wei, kau okey tak ni? Diam je dari tadi."

Okey celah ketiak la! Hampir strok juga la tadi. Okey tu aku gurau.

"Kau ni betul ke? Ke saja prank aku? Ha mana kamera? Baik keluar sekarang! Sebelum aku bakar sekolah ini."

"Wei, tak payah la jerit. Aduh kau ni. Buat malu aku je."

Hidung yang gatal aku tonyoh. Sesiapa tolong kejut aku dari mimpi ngeri ni!

Love Scenario ✔Where stories live. Discover now