17 - Joyah

933 115 2
                                    

Rindu Syafiqah tak? Ahaha maaf kalini aku masih fokus kat Safwan. Next chap baru aku cadang fokus balik kat Syafiqah.

Aku ulang, cadang!

+++

"Woi, okey tak ni?"

Tepukan pada bahu aku buat aku tersedar. Cepat-cepat aku pandang Taufiq dekat sebelah.

"Asal?"

"Asal kau tanya? Tu, bala datang."

Aku tengok arah yang Taufiq katakan tu. Ah sudah. Aku berangan waktu kelas dia ke?

"Awak termenung dalam kelas saya, Safwan?"

Aku telan liur. Dia ni tak pernah tak garang. Asyik aku je yang salah dekat mata dia. Okey aku mengaku memang aku salah.

"Maaf cikgu."

"Amaran terakhir."

Tu dia. Dah keluar amaran terakhir. Baik fokus Safwan. Jangan menggatal berangan waktu kelas dia ni walaupun dia hanya ajar Sivik.

Korang nak ke stay kat sekolah pastu buat ayat minta maaf then tulis sebanyak tiga ratus kali.

Apa pun aku tak nak. Baik aku duduk rumah main instagram stalk Hannah  Delisha.

"Ha berangan lagi!"

Aku siku Taufiq di sebelah. Sibuk je.

"Kau ni kenapa joyah sangat?"

"Joyah? Amende Joyahnya?"

"Joyah tu macam kau. Sibuk hal orang."

"La spesis mak cik bawang ke? Hahaha."

Okey. Dia ni dah kenapa tiba-tiba ketawa. Ada sesiapa nampak lawak dia?

"Taufiq!"

Manusia yang ketawa bersungguh di sebelah aku tadi terus tak jadi nak ketawa lagi bila cikgu sebut nama dia.

And tadaa. Taufiq kena stay kat sekolah. Huahahaha. Ini baru kelakar.

¤¤¤

"Jihaaaaa."

"Ha apa?"

Aku tayang sengih. Comel siak Jiha ni.

"Aku tak faham la topik tadi tu," aku garu kepala.

"Oh tadi tu ke? Okey nanti aku ajar kau. Tak pun boleh ke kau stay kejap kat sekolah. Kita buat study group."

Orang nak tengok Hannah Delisha ~

"Okey la."

"Dah tepi sikit. Bae aku dah lama tunggu."

Aku ketepikan badan beri dia laluan. Kalau tak ketepi mahu dia tumbuk muka aku ni.

Baengsat.

"Wan!"

Aku pandang manusia yang teriak panggil nama aku. Apa motif sial jerit kat tepi telinga aku?

"Pahal?"

"Jom teman aku."

"Pergi mana?"

"Kelas Syu."

Ni lagi sorang. Bercinta dekat sekolah. Best ke siak bercinta satu sekolah ni?

¤¤¤

Aku tengok jam buat kesekian kalinya. Lambat lagi ke jebon sekor tu. Jumpa awek terus lupa member.

Ni nak sentap ni.

"Huhu mekasih ya mas ganteng."

Suara seseorang itu buat sentap aku terhadap Akmal hilang. Ada budak indo masuk sini ke?

"Untuk kau, terpaksa ku relakan."

"Geli bangang."

"Sampai hati bangangkan aku."

Aku terus angkat kaki. Malas nak dengar ayat geli geliman itu. Yeks!

Pasangan ku pikir indo merenyam tadi rupanya Aidil dengan Syafiqah. Euw. Diaorang pikir diaorang sweet ke setan?

Akmal tu pandai-pandai la balik kelas sendiri. Tak pun suruh awek dia hantar. Huahahaha.

Aku kerling jam di tangan buat kali ke- argh malas aku nak kira. Ada lagi sepuluh minit masa rehat.

Aku menuju ke arah taman. Di mana terletaknya bunga kaktus. Aku suka kaktus.

Orang lain suka orkid, tulip, ros. Tapi aku pilih kaktus. Eh hello, aku ni lelaki okey.

Tak jantan la kalau minat bunga macam tu.

Maaf jika ada typo.

Love Scenario ✔Where stories live. Discover now