Aku pandang Mimi. Mimi pula buat muka macam tiada apa berlaku.
"Ni dah kenapa berbalut bagai?"
"Dorang langgar lembu."
Fuh kemain. Lembu punya besar boleh terlanggar. Ni mesti sibuk membawang sampai tak nampak lembu depan mata.
Jangan la kita mengutuk sesama manusia. Sesungguhnya kita hanya manusia biasa yang asalnya dari tanah.
Karang tengah seronok mengutuk tiba-tiba Allah herotkan mulut kau karang haa baru kau tahu langit tu tinggi rendah.
Okey Syaf dah matang.
"Semangat do dorang datang sekolah, kalau aku-"
"Kalau kau, tengah tak sakit pun boleh buat-buat sakit sebab malas nak sekolah kan?"
Eh kau khinzir Mimi. Suka potong ayat aku!
"Pahal sibuk?"
"Kalau tak nak aku sibuk, mohon cakap dalam hati."
Hak alah Mimi ni. Nak gaduh ke?
Aku cakap dalam hati sebab tak nak Mimi sibuk em.
"Dorang rajin sebab minggu ni kan minggu periksa. Kalau tak, jangan harap la."
Haah la baru teringat. Pergh aku tak baca satu buku pun!
Mak ai handal gila Syafiqah ni.
Hehe tak salahkan puji diri sendiri.
¤¤¤
Aku duduk termenung duk fikir masa depan. Okey gurau.
Aku duk fikir pasal exam tadi. Meratapi nasib.
Bapak la susah gila BM tadi.
Hak alah siapa yang kata BM senang, aku cabar kau dapat 100 markah.
Kalau tak dapat tu, tak senang la maknanya!
"Oi!"
"Oh cucu kau senang!"
Aku pandang manusia yang tak guna lagi tak guna tu. Suka mak nenek dia je terkejutkan orang.
"Kau dah kenapa?"
"Tak elok lagi latah kau?"
"Ha kau tau ke kat mana boleh baiki latah aku ni? Kedai mana?"
Safwan jeling aku. Eh eh mamat ni main jeling-jeling pulak.
"Kau tak makan ke?"
"Ada nampak makanan ke atas meja ni?"
Cepat aku balas. Dia jeling aku lagi.
"Aku tanya baik-baik kan?"
"Aku suruh Mimi beli."
Dia kalah main osom. Jadi dia kena beli.
"Ha kau, pahal terus balik semalam?"
Dia bawa aku pergi taman tapi dia balik. Kau nampak tak betapa bangangnya mamat ni?
Apa motif dia?
"Oh semalam tu aku sakit perut."
Wat da hell. Alasan tak boleh pakai. Kat situ ada jamban la setan.
Kau pikir senang ke nak cari teksi?
Nasib si Minah kasi pinjam basikal. Aku rasa berat aku dah turun 2kg hehe.
"Sorry."
Ah sorry kau tu pergi naik skuter pakcik Kumari la!
"Eh hai Syaf. La kau pun ada ke Wan. Haduh bosan la tengok muka kau."
Aku pandang pakwe si Minah ni. Tapi padan la dia dengan Minah.
Sebab Minah tu lawa gila. Cuma nama je tak glamour.
"Eh awak nak pergi mana Syaf?"
"Ingat nak masuk hati awak tapi dah ada orang pula dalam tu. Jadi saya nak keluar la dari hati awak tu."
"Hahahahahahahahhaa pandai buat kelakar."
Aku tersengih. Ngehehe bangga pula rasa.
"Saya nak pergi beli air kejap. Dahaga."
"Kau nak air apa?"
"Hah?"
Aku pandang Safwan pelik. Dah kenapa?
"Nak air apa?"
"Milo."
"Okey tunggu jap aku beli."
Eh?
"Saf, ni duit."
"Tak apa, setakat air kau, tak adanya aku jadi papa kedana."
Eh?
Aku pandang Amir yang tengah tahan senyum. Ni dah kenapa pula?
Dia kentut senyap-senyap ke apa?
"Ada orang cemburu."
Hah?
Maaf typo jika ada.
In shaa Allah, ada masa lapang aku update.
YOU ARE READING
Love Scenario ✔
HumorPreviously known as Pau Vs Babun N O T A K A K I Bukan seorang iKONIC tapi cuma minat lagu Love Scenario. "Aku suka yang situ, yang situ pulak buat-buat dungu. Yang sana boleh pulak terjatuh suka kat aku ni, aku pulak pergi tolak mentah-ment...