36 - Milo

720 105 19
                                    

Aku pandang abang kantin yang tak habis-habis pegang rambut. Ni kalau dekat air milo ada rambut dia, siap la!

"Nah."

Aku terus ambil selepas ucap terima kasih. Masa aku nak pergi dekat Syafiqah, aku tetiba terfikir.

Kenapa aku baik sangat belikan air untuk dia?

"Wan!"

Aku pandang gadis yang menjerit panggil nama aku.

"Kenapa Jiha?"

"Tolong aku boleh?"

Aku kerut kening.

"Apa dia?"

"Jom ikut aku."

Serba salah sebenarnya nak cakap tak nak. Jiha ni crush aku kot.

Aku ikut Jiha yang terus jalan dan berjalan. Dia nak bawa aku pergi mana ni?

"Duduk la."

Dia punya 'duduk la' tu macam sekarang kat rumah dia.

"Kenapa sampai bawa aku belakang dewan ni?"

Aku pandang dia. Eh dah kenapa pula budak ni nangis. Aku ada salah cakap ke?

"Kau kenapa nangis?"

"Wan."

"Jangan nangis. Aku tak suka kau nangis."

"Wan."

"Jiha kenapa ni? Cerita la."

"Nizam."

Fuh patah hati aku.

"Kenapa dengan dia?"

"Aku gaduh dengan dia."

Kau faham tak keadaan aku sekarang ni? Bila tersuka awek member sendiri.

"Bincang elok-elok."

"Aku rasa dia ada perempuan lain."

"Tanya la dia. Kau tak boleh main agak je."

"Wan, aku tak nak hilang dia. Aku sayang dia."

Dan makin teruk dia nangis. Nak nangis sekali boleh tak?

"Ya aku faham. Dah-dah tak payah nangis. Nah minum milo ni."

Aku hulur milo ais pada dia. Dia suka milo.

"Bukan kau punya ke?"

"Tak ada la. Aku saja je beli."

"Terima kasih Wan."

¤¤¤


Aku termenung. Jiha dah lama naik kelas nak bincang dengan Nizam si pakwe.

Aku suka Jiha ni dah lama sebenarnya tapi aku tak berani nak luahkan.

Pastu tetiba dapat tahu dia dengan Nizam dah bercinta. Nizam ni kawan baik aku kot.

Tak ada siapa pun tahu yang aku syok kat Jiha selain Amir tak guna tu.

Dekat dia je la aku cerita semua benda. Pendengar yang baik juga budak ni.

"Eh Safwan. Kau tak masuk kelas ke?"

Aku toleh ke tepi. Terus aku pandang ke hadapan semula lepas dapat cam empunya suara.

"Tak ada mood."

"Selalunya kau bising kalau pelajar tak masuk kelas."

"Kan aku cakap aku tak ada mood."

Aku jawab malas. Budak ni nak cari gaduh ke apa?

"Safwan, aku nak tanya something boleh tak?"

"Apa?"

"Kau suka Syafiqah ke?"

"Kenapa tanya?"

"Jawab la."

"Bukan urusan kau."

"Kalau kau tak suka dia, jangan sesekali mainkan hati dia walaupun kau tak sedar yang kau dah buat semua tu."

"Apa kau merepek ni Aidil? Siapa yang mainkan hati dia? Kau ke aku?"

"Aku dah bagi amaran. Kalau kau buat juga, tunggu nasib kau. Aku kisah apa kau pengawas ke apa!"

Aku pandang Aidil yang berlalu pergi. Apahal emo lebih ni?

Tadi Jiha menangis. Sekarang pula Aidil hampir mengamuk. Jangan nanti Amir tiba-tiba merenyam sudah.

Memang aku halau dia dari rumah.

¤¤¤


"Asal kau tak masuk kelas?"

"Aku tunggu milo aku."

"Milo?"

Syafiqah pandang aku lama sebelum gelengkan kepala.

"Tak ada apa la."

Eh? Yang budak ni pasrah pula.

"Aku masuk kelas dulu Saf."

"Eh jap tunggu la aku. Kita jalan sama-sama."

"Tak apa la. Kau jalan dulu."

Aku kerut kening. Asal dia macam jauh hati?

"Syaf kau kenapa?"

"Tak ada apa. Pening kepala sikit."

"Aku ada panadol. Nak?"

Syafiqah geleng kepala. Mai ai degil gila.

"Tak apa. Mimi pun ada bawa panadol."

"Bukannya aku suruh kau bayar panadol kat aku ni. Jap aku beli mineral. Kau tunggu sini."

Aku terus pergi kantin nak beli air botol. Masa aku datang balik tempat tadi, Syafiqah dah tak ada.

Haih. Dia tu kenapa? Aku ada buat salah ke?

Maaf typo jika ada.

Selagi belum sibuk ni, saya rajinkan diri update story ngehehe.

Love Scenario ✔Where stories live. Discover now