46 - Ada apa-apa?

708 95 7
                                    

"Hahahaha Fiqah gurau je la kak. Fiqah dah ada boyfriend la. Apa la akak ni hahahaha."

Aku pandang Fiqah tak percaya.

"Ish dah la, jom tidur. Nanti kalau lambat tidur tu bawah mata tu ada eyebag. Ha nak ke?"

Afiqah geleng kepala.

"Tapi tu kat bawah mata akak ada benda tu."

Aku terus sentuh bawah mata.

"Ei akak dah tua. Ei akak tak lawa."

Siot punya budak.

"Dah jom tidur."

Dia terus gelak.

"Fiqah sayang akak. Selamat malam akak."

Aku tersenyum tengok gelagat comel Fiqah. Fiqah memang comel!

Ting!

Safwan : Em Syaf
Safwan : Kau dah tidur ke?

Aku kerut kening. Jam di telefon aku pandang. 11.45 malam.

Syafiqah : Ye, kenapa?

Dalam seminit, chat itu masih bluetick dan tiada sebarang balasan. Baru sahaja aku nak tutup telefon, Safwan call aku.

Ini memang pelik!

Panggilan dari Safwan itu aku jawab dengan bedebar.

"Em hai Syaf."

Aku kerut kening lagi. Pelik.

"Hai. Kenapa?"

Malas tunggu lama, aku terus bertanya.

"Saje. Kenapa kau tak tidur lagi?"

Safwan ni dah kenapa?

"Sebab kau call aku."

Tawa Safwan di hujung sana kedengaran. Oi meriah sangat gelak tu bang. Control la sikit.

"Comel la kau. Em tengah buat apa tu?"

Aku terdiam dalam lima saat bila dengar dia cakap aku comel. Lepas dia ber'hello-hello' baru tersedar semula.

"Wei jap, kau okey tak ni?"

"Kenapa dengan aku?"

Kau pelik la khinzirrrrrrrrrrrr. Dah la kacau aku malam-malam!

"Syaf? Oh Syaf?"

"Ha apa?"

"Garang betul. Kan aku tanya tu. Em aku ingat kau dah tidur. Senyap je tadi."

"Kalau aku dah tidur, macam mana?"

Em aku ingat dapat balasan yang manis daripada seorang manusia bernama Safwan ini. Tapi malang, Safwan tetap Safwan.

"Habis la kredit aku syaiton!"

Ya, dia menjerit kuat di telinga aku. Dasar orang kaya kedekut!

"Dah la wei, aku nak tidur ni. Motif kau pun tak jelas kau call aku sebab apa. Ergh aku tidur dulu."

"Wei Syaf jap, betul ke kau dengan Taufiq tak ada apa-apa hubungan?"

Terus aku pandang Fiqah yang dah lena tidur di sebelah.

"Tak ada. Kawan je."

"Tadi aku nampak dia datang rumah kau. Betul ke tak ada apa-apa?"

"Tak ada la wei."

Aku geleng kepala laju-laju walaupun dia bukan boleh nampak pun. Tapi ah, kisah apa aku.

"Tapi, Opik lama lepak rumah kau. Betul ke-"

"Aku cakap tak ada, tak ada lah! Kau ni dah kenapa? Bila orang dah jawab, tak nak percaya? Habis tu, kau nak aku jawab yang kitaorang bercinta ke apa? Aku dah jawab betul-betul tak nak percaya. Nak aku jawab benda tak betul ke? Nak aku buat cerita? Nak aku tipu? Ke kau nak aku-"

"Oh okey, bye."

Tutttt!

Cis tak guna punya Safwan. Buat habis air liur aku je. Oh okey, bye je dia balas!

Dia tak tau ada banyak lagi idea aku nak bidas ayat dia tu. Tu baru mukadimah. Hak alah mamat kedekut ni.

Kau call aku lagi, tak sempat nak berlagu telefon tu, aku dah reject panggilan kau.

Kau ada apa-apa. Kau ada apa-apa. Soalan sama dari tadi. Kalau tak nak aku jawab macam tu, baik bagi skema jawapan. Takpun yang soalan a b c d tu. Boleh la aku pilih salah satu, ini tak.

Halah halah mamat jambang ni.

Maaf typo jika ada.

Special tag :-

paucoklat CikAlwaHibiscus Princess_Mang

Love Scenario ✔Where stories live. Discover now