' Mi Princesa '
____________Fiona Aileen masuk ke kelas seorang diri , apa boleh buat kawan tak ada lagi . Dia duduk di atas kerusi , wajah Rayyan Rafael masih tidak kelihatan . Pengawas bertugas mestilah masuk lambat nak handle masalah pelajar .
" Hye Fiona , my name is Mia Eryana " sapa gadis itu tiba - tiba . Cantik memang cantik dengan rambut kehitaman nya . Di sebelah Mia ada seorang lagi perempuan yang berambut pendek .
"Hye Mia , nice to meet you " mereka bersalaman seketika , kemudian barulah perempuan rambut pendek itu .
"I'm Emma Alissya "
"Korang berdua pengawas ke ?" Soal Fiona Alisya .
"Ya , ni baru habis duty . Leceh betul dengan Rayyan tu , asyik nak marah je . Last - last kami tinggalkan je tugas tu "
"Alah , sabarlah . Dekat sekolah lama aku dulu pun macam tu . Pengawas ni semua garang macam singa "
Terhambur gelak Mia Eryana dan Emma Alissya . Maknanya mereka berdua ni garang lah ye .
"Ehem ! Ehem !" Terhenti ketawa mereka apabila terdengar deheman dari Rayyan Rafael .
"Pandai lari ye , balik ni stay sekolah cuci tandas perempuan " tanpa apa - apa Rayyan Rafael terus memberikan hukuman ke arah dua pengawas perempuan .
Rayyan Rafael mengatur langkah ke tempat nya . Dijelingnya sekilas budak baru disebelahnya , cantik mata dia bisik hatinya .
Fiona Aileen turut memandang ke arah sebelah . Untuk kali kedua mereka bertentang mata , cepat - cepat Fiona Aileen melarikan anak matanya ke tempat lain . Muka merah sudah , malu lah katakan .
"Jangan duk pandang aku macam tu , tengok macam aku ni bukan orang pula " kata Rayyan Rafael .
"Awak memang bukan orang pun, dah lah tak reti cakap terima kasih main blah macam tu je " Fiona Aileen mendengus kuat .
"Setakat bagi beg dompet nak ucap terima kasih baik tak payah " entah tiba - tiba Rayyan Rafael membalas kata - kata Fiona Aileen .
"Eleh , berlagaknya awak ni . Harap je pengawas tapi langsung tak ada adab "
Rayyan Rafael tiba - tiba sahaja mendekat kan muka nya di hadapan gadis itu . Dapat dirasakan hembusan nafas milik Rayyan Rafael .
"Diam , sebelum aku yang diamkan kau " bisik Rayyan di telinga Fiona . Terasa seram sejuk dirinya berada dekat dengan lelaki ini .
Merah habis muka nya apabila satu kelas memandang mereka berdua . Hari pertama dah dapat jadi macam ni , apatah lagi hari seterusnya .
' Dia headprefect dalam masa yang sama dia badboy '
Bunyi loceng sekolah telah menandakan waktu balik pelajar , pelajar AD Highschool melanggar pelajar lain kerana hendak pulang ke rumah dengan lebih awal .
Fiona Aileen menemani rakannya di sekolah , tidak dilupakan denda itu . Memang Rayyan Rafael ni , suka hati dia je nak denda siapa - siapa pun . Tapi pelajar yang membuat hal sajalah .
"Kau sure ke nak teman kami ni ? Kitorang balik lambat , takut nanti family kau marah pula kau balik lewat . " Ujar Emma Alissya apabila mereka tiba di pondok yang berbentuk cendawan di depan kantin .
" Tak apa lah . Aku okey je . Lagipun aku tunggu mak aku habis meeting " Balas Fiona Aileen . Sungguh peramah sahabat barunya itu .
"Mak kau guru sekolah ni ? Siapa ?" Soal Mia Eryana , terkejut juga lah .
"Cikgu Anis Alexia , pengetua sekolah ni " ternganga dua rakan nya . Mustahil .
"Kiranya kau cicit Adrinne Alexia lah kan ? Pemilik sekolah Ad Higshchool . Dia juga moyang kau lah kan " ujar Emma Alissya terkejut . Fiona Aileen cicit pemilik sekolah ni , amazing !
"Kenapa korang terkejut sangat . Rileks lah . Tapi rahsia kan benda ni okey ! Aku tak nak warga sekolah ni tahu , kecuali cikgu - cikgu sekolah ni , mereka dah tahu lama ."
Dua gadis itu mengangguk laju . Masih lagi dengan wajah terkejut . Adrinne Alexia , moyang nya yang berasal dari Sepanyol , diikuti dengan nenek Fiona iaitu Arina Alexia , anak kepada Adrinne Alexia . kemudian barulah mak Fiona , Anis Alexia . Anak Arina Alexia .
"Tapi kenapa kau sseorang je tak ada nama ' Alexia ' dekat belakang ?"
" Nama sebenar aku Fiona Aileen Alexia , tapi aku tak bagitahu dekat kelas tu sebab aku tak nak mereka semua tahu " jelas Fiona Aileen .
"Busuk nya tandas ni . Takkan lah perempuan pun sama perangai dengan lelaki . Tak cuci ke lepas buang hajat , hesy !" Rungut Mia Eryana , tangannya sibuk menggosok bahagian busuk di dalam mangkuk tandas menggunakan berus .
Fiona Aileen menggelengkan kepala beberapa kali . Kesian , kena cuci tandas . Dia tak boleh buat apa selain duduk je dekat depan pintu . Sekejap lagi pukul 4 dah kena pergi tempat letak kereta . Mesyuarat habis pada jam 4 petang .
"Tulah , lain kali kalau bertugas buat lah kerja betul betul . Kau dah tahu perangai Rayyan tu macam mana , lagi kau cari pasal . "
"Dia tu , asyik nak kena dengar arahan dia je . Naik pening kepala aku ni . Tahulah KP tapi tak payah lah seksa pesalah macam ni " Rungut Emma Alissya pula . Dua - dua sama tak puas hati dengan headprefect tu .
"Sabarlah weyh , cepat lah sikit berus tu . Dah nak masuk pukul 4 ni . Nanti mama aku tunggu lama " katanya sambil melihat jam ditangan .
Dua gadis itu menjeling Fiona tajam . Ingat senang ke nak cuci tandas sebesar alam ni . Dia tak kena denda boleh cerita lah !
Tbc.
YOU ARE READING
[SU] MI PRINCESA
Teen FictionMi Princesa = My Princess • a million times over , i will always choose you • Fiona Aileen yang baru berpindah disekolah barunya terkejut apabila Puan Anis memutuskan untuk berkahwin dengan anak kawannya , Rayyan Rafael Rayyan yang dingin tidak memb...