( 23 )

1.8K 77 3
                                    

~ Mi Princesa ~
_________________

"Kau..okey?", soal Rayyan lambat-lambat . Tengok saja Fiona yang termenung dibirai katil membuatkan dia tahu gadis itu sedang trauma .

Fiona memandang lelaki disebelahnya dengan mata yang berkaca

Lihat saja muka Rayyan mengalir terus mutiara jernihnya . Dia terharu kerana lelaki itu menyelamatkan dirinya meskipun Rayyan sering melayan dia dengan dingin .

"Nak..balik", teresak-esak Fiona menangis . Badannya terhinjut . Sungguh dia rasa ini kali terakhir dia mahu datang ke kampung ini

Rayyan tersenyum kecil . Badan Fiona ditarik masuk kedalam pelukkannya . Mengusap perlahan belakang badan Fiona bagi menenangkan gadis itu

"Shh. Jangan nangis . Esok kita balik . ", pujuk Rayyan . Ubun-ubun Fiona dicium

Fiona terharu dengan pujukkan Rayyan . Sebelum ini hanya layanan kasar saja yang diberikan .

"Jangan tinggalkan saya. Saya takut . Nanti dia datang lagi "

Rayyan hanya mengangguk . Rambut Fiona diusap . Sungguh sakit hati dia dengan Syah, kasihan bini dia ini . Menangis, trauma pun ada .

"Dah . Tidur . " Rayyan menepuk perlahan pehanya supaya Fiona tidur di situ .

"Jangan tinggalkan saya tau", pesan Fiona awal-awal .

Dia terus rebahkan kepalanya di peha Rayyan . Untuk pertama kalinya dia tidur diatas peha lelaki itu .

Rayyan hanya mengangguk saja . Manja betul perangai Fiona ni !

"Good night and sweet dream", Rayyan menggosok perlahan belakang badan Fiona .

Fiona pantas saja memeluk pinggang Rayyan, wajahnya dihadap ke arah perut Rayyan .

' Hari ini awak baik sangat '

***

Rayyan menutup perlahan pintu biliknya . Saat itu semua mata mereka yang berada diruang tamu itu memandangnya .

Selesai saja, menidurkan Fiona terus dia mengangkat tubuh gadis itu dan diletakkan di atas katil .

Merengek gadis itu saat lenanya ternganggu .

"Macam mana dengan Fina , okey?", soal Puan Avrin dengan tangan membelai rambut perang Rehan yang lena .

"Okey je . Cuma dia trauma sikit ." Jawab Rayyan . Mata menjeling ke arah makcik 'kejam' nya .

Dah buat salah , tak reti minta maaf?

"Esok Rayyan dengan Fiona balik . Rayyan dah suruh Firash ambil esok ", tuturnya .

Kalau ikutkan lusa mereka balik, tapi dah berlaku kejadian macam ni . Takkan nak tunggu sampai lusa pula.

Dengan Fiona yang dalam keadaan trauma lagi . Haih..

"Dah kenapa pula balik esok?", sampuk Mak Long .

"Fiona dia trauma duduk dekat sini . So apa masalahnya ? Daripada duduk sini lama-lama dengan perangai maklong yang macam apa . Better dia balik, lagi bagus . Tak payah hadap muka mak long",

"Alah . Perempuan tu berlakon je tu . Dah kalau memang betul dia menggatal, ha macam mana ?",

"Apa masalah mak long sebenarnya ? Mak Long tak puas hati apa? Cuba cakap sikit dengan Rayyan ", kata Rayyan . Suaranya sedaya upaya dilembutkan .

Kalau dengan member, dah lama kena belasah . Susah nak cakap baik - baik . Tak jalan jadinya .

"Perempuan tu masalah aku ! Aku dah bagitahu awal-awal dekat mak kau yang aku nak kahwinkan kau dengan anak aku . Tapi disebabkan janji mak perempuan tu dengan mak kau semua harapan aku musnah !" Mak long meluahkan segalanya .

Tengkingan Mak Long membuatkan Rehan yang sedang lena tersedar . Segera Puan Avrin mendodoikan anaknya kembali .

"Kau kalau nak marah sekali pun , jangan sampai tengking anak aku !", marah Puan Avrin .

Sudah lah bunyi bising tu menyedarkan anak kecilnya , ini nak tengking anak lelakinya pula.

"Peduli apa aku ! Lagipun aku tahu korang berdua bukan bahagia pun ! Kahwin atas sebab keluarga ? Memang taklah nak bahagia kan ?", sinis Mak Long menyoal .

"Bahagia ke tak bahagia ke itu bukan urusan Mak Long . Stop lah ! Rayyan memang tak akan kahwin dengan sepupu sendiri . Nonsense !"

"Rayyan....", suara serak basah itu membuatkan semua mata memandang ke arah Fiona .

Lenanya terganggu akibat daripada pertelingkahan keluarga itu . Teramatlah bising sehingga membuatkan dirinya terjaga .

"Mak Long kena ingat , walau macam mana sekalipun Rayyan tak akan kahwin dengan anak Mak Long . Mark my words !"

Sejurus itu dia terus pergi mendapat Fiona yang mamai yang berada di pintu bilik .

"Jom , masuk ! Kau tak payah keluar . Boleh nightmare tengok makcik aku tu ", katanya dingin .

Fiona yang mamai , seakan ingin gelak .

Time macam ni pun boleh buat lawak .

"Dah tidur. Esok kita balik rumah . Jangan risau, selagi aku ada mak cik aku tu tak berani nak buat apa ",

Fiona tergelak .

"Awak ni, dari tadi tak berhenti bercakap . Dia suruh kita tidur , tapi awak tu tak tidur dari tadi ",

"Aku nak jaga kau . Kau tu masih trauma . Dah jangan nak kata aku bebel ke apa . Bila aku kata tidur , its mean kau kena tidur",

Fiona terus baring menghadap Rayyan . Tangan dijadikan sebagai bantal .

"I just wanna to say thanks " ucap Fiona ikhlas .

"...terima kasih sebab selamatkan saya . Saya hargai sangat . Kalau tak ada awak , apalah jadi kat saya agaknya ", Fiona tersenyum tawar .

"Lupakan pasal tadi . Sekarang kau tidur . Jangan fikir apa-apa lagi dah "

Fiona mengangguk . Lama dia memandang wajah Rayyan .

Hari ini Rayyan betul-betul layan dirinya dengan baik . Kalau hari-hari macam ni layanan Rayyan dekat dia , mesti dia dah jatuh cinta .

Tik!

"Dah tidur . Termenung apa lagi ",

Fiona tersentak . Dia menggosok perlahan dahinya yang dijentik Rayyan . Sakit lah !

Muka cemberut ditayang oleh Fiona .

"Sudah . Jangan nak buat muka macam tu . Nanti aku yang nightmare , bukan kau",

Eyy , kurang asam punya suami . Macam hantu sangat ke muka dia ni sampai boleh jadi mimpi ?!

Tbc.

[SU] MI PRINCESAWhere stories live. Discover now