~ Mi Princesa ~
_______________Honolulu Airport 10:00 pm
Kapal terbang yang dinaiki oleh Rayyan dan Fiona mendarat di Lapangan Terbang Honolulu .
Fiona terjaga dari tidurnya . Disebabkan masih mamai dia memegang tangan Rayyan dan mengikut dimana saja Rayyan pergi . Dia takut terpegang mamat mat saleh di sini .
Mereka menaiki teksi . Perjalanan yang mengambil masa 45 minit dari airport ke villa akhirnya mereka tiba di destinasi .
" not bad " tutur Fiona .
Dilihat permandangan laut pada bahagian belakang Villa itu sangat cantik .
Rayyan meletakkan bagasi mereka . Terus badan dibaringkan dia atas katil . Penat , lenguh semua ada .
Fiona menyandarkan badannya dikepala katil . Matanya sekarang segar oleh kerana dia telah tidur sewaktu perjalanan ke sini .
Dengkuran halus kedengaran di sebelahnya . Dia tersenyum kecil melihat Rayyan sudah terlena . Rambut Rayyan diusap perlahan .
"Tidur" ujar Rayyan yang tersedar dari lenanya sebentar .
Terus dikalihkan tangannya yang mengusap rambut Rayyan tadi
"Tak mengantuk lah awak..." kata Fiona perlahan .
Rayyan terus meraba poket seluarnya , iphone X milik Fiona dikeluarkan . Dia memulangkan semula telefon Fiona .
"Awak tidurlah . Nanti dah pagi saya kejut " tutur Fiona .
Mata yang segar menatap telefon pintar tersebut .
Rayyan menggumam perlahan . Matanya kembali tertutup . Sungguh dia mengantuk . Fiona terus melayan telefon pintarnya .
****
Rayyan meraba sebelah tempat tidurnya . Kosong . Terus dibukanya mata . Matanya melilau mencari kelibat Fiona .
Matanya terpadang satu nota kecil , terus dibacanya .
Saya pergi pantai kejap dkt belakang villa . Jumpa dkt pntai nnti . Bye !
Love ,
Fiona si shomel :)Rayyan menghembus nafas lega . Ingatkan gadis itu lari ke apa . Terus dicapainya tuala mandi dan masuk ke dalam bilik air .
Wakiki Beach
Fiona menggosok lengannya perlahan . Sejuk sungguh suasana di pantai ini disebabkan angin kuat .
Rindu pula dia ingin duduk di negara Sepanyol .
Sedang ralit menghirup udara segar, matanya tiba-tiba ternampak figura yang amat dikenali .
Kakinya laju melangkah menuju ke arah figura tersebut .
"Lisa ?" Tegur Fiona . Bahu perempuan itu dipegang lembut oleh kerana perempuan itu membelakangi dirinya .
Perempuan itu tersentak . Matanya terkejut melihat Fiona berada dihadapannya .
"Lisa right ?" Pantas perempuan itu mengangguk .
"Kau pergi mana weh? Lama kau tak datang sekolah"
YOU ARE READING
[SU] MI PRINCESA
Teen FictionMi Princesa = My Princess • a million times over , i will always choose you • Fiona Aileen yang baru berpindah disekolah barunya terkejut apabila Puan Anis memutuskan untuk berkahwin dengan anak kawannya , Rayyan Rafael Rayyan yang dingin tidak memb...