( 38 )

1.8K 90 6
                                    

~ Mi princesa ~
_______________

- baby u light up my world like nobody else - 1D

Rayyan termenung sendiri memikirkan permintaan Fiona . Isterinya itu dah betul-betul tiada hati untuk dia . Memang permintaan cerai isterinya ,  permintaan yang paling berat sekali .

Sejak kejadian di sekolah dua hari lepas , Fiona langsung tidak balik ke rumah . Kalau dulu , jika Fiona ingin pulang ke rumah Puan Anis , pasti isterinya akan meminta izinnya . Tapi sekarang tak , semuanya berubah . Fiona tinggal di rumah mummy-nya tanpa minta izin

"Weh , Rayyan . Kau dah tengom belum hot news harini ? Siapa sebarkan yang kau dah kahwin ni ?"

Rayyan terus mengerutkan keningnya . Apa yang dikatakan oleh Aryan bagaikan pelik baginya .

"Eh , mana kau tahu . Aku nak tengok dekat mana . Tunjukkan dekat aku "

Aryan dan Rayyan bergegas keluar dari kawasan kantin dan menuju ke tempat yang ingin ditunjukkan Aryan .

Mereka tiba di papan berita sekolah . Ramai juga murid berkerumun disitu . Saat dia tiba disitu , semua murid memberi laluan kepadanya . Rasa seperti perdana menteri .

"Kau rasa siapa punya kerja ?"

Rayyan tidak menjawab . Dia menyabarkan dirinya . Tidak menyangka bahawa ada yang tahu tentang hubungannya dengan Fiona .

Buk !

Rayyan menumbuk kuat dinding disebelahnya .

"Sial !"

Dia rasa semua ni kerja Maisarah . Siapa lagi yang tahu status nya selain gadis itu .

Kertas yang mengatakan dia sudah berkawhin di koyak kasar . Mukanya merah habis .

"Semua masuk kelas sekarang ! Siapa berani keluar kelas , aku buang sekolah "

Berpusu-pusu pelajar bergerak ke kelas . Mereka tahu tahap marah ketua pengawas itu macam mana . Apa yang dia cakap , dia akan buat .

****

"Siapa pula yang sebarkan berita tu " Fiona mengeluh .

Habis dia menjadi bahan ejekkan pelajar sekolah ini . Perempuan murah , perempuan jalang . Semuanya dia . Emma dan Mia memandang simpati . Dia tidak tahu mengapa Fiona diberikan ujian sebegini .

"Kau sabar eh . Lambat laun kita akan tahu juga siapa orang tu"

"Hmm . Tahulah . Tapi mesti Rayyan tengah mengamuk sekarang kan ? Yela , dia kan tak bersedia lagi nak bagitahu semua orang pasal status aku dengan dia "

"Agaknya lah . Eh , dah . Kau tak payah fikir pasal dia . Ha mari , kita sambung study "

"Mia , Emma . Kau janganlah tak bertegur Rayyan . Dia tu kawan kau dari form 1 tau . Takkan lah disebabkan masalah aku dengan dia , korang dah bermasam muka dengan dia "

"Aku bukan apa , Fina . Cuma aku tak boleh tengok muka si Rayyan tu . Asal tengok muka dia je , mesti teringat pasal apa yang dia dah buat dengan kau "

Emma juga mengangguk setuju dengan kata-kata Mia . Fiona tersenyum manis .

"Relax lah . Tak lama lagi aku akan bercerai dengan dia-"

"Eh , kau confirm ke ? Dah tak sayang Rayyan dah ke ? "

Fiona terdiam mendengar soalan daripada Emma . Ego dia tinggi  . Manakala ego Rayyan turun mendadak .

[SU] MI PRINCESAWhere stories live. Discover now