( 36 )

1.7K 65 1
                                    

~ Mi princesa ~
_______________

- All the things that hurt u actually teaches u something -

Rayyan bangun tepat pada pukul 6 pagi . Badan dia lenguh oleh kerana dia tidur di atas sofa . Katil king dipandang , Fiona masih lagi lena .

Dia bangun dan pergi ke katil tersebut , dahi luas Fiona disentuh .

"Hm..panas lagi"

Mungkin hari ini isterinya tidak hadir ke sekolah . Badan Fiona masih panas seperti semalam . Tangan mengusap perlahan rambut perang Fiona . Satu ciuman didahi dihadiahkan buat si isteri yang sedang lena .

'Sorry , honey'

Dia melangkah ke bilik air ingin membersihkan diri sebelum ke sekolah .

Selesai saja mandi , dia turun ke bawah melihat Puan Avrin sedang menyediakan sarapan pagi . Kerusi ditarik dan dia duduk di kerusi bar .

"Fina demam lagi ?"

"Ha ah . Tak kebah lagi . Rasanya harini dia tak datang sekolah . Sebab panas dia sama je "

"Dah tu . Kamu tak cuti ke ? Kan dia tengah sakit tu "

"Tak kot . Sebab harini ada latihan "

"Latihan ? Latihan apa ? Setahu mama form 5 dikecualikan untuk masuk apa apa acara . Ke kamu pergi ambil si Maisarah tu ?"

"Memang pun . Kejap lagi dia datang rumah , pergi sekolah sekali dengan Rayyan "

"Mama tak kisah . Asalkan jangan lupa yang kamu tu dah berbini . Jangan rapat sangat dengan Mai tu . Kamu tahukan sepupu dengan sepupu boleh kahwin ? Hati si Fiona tu jaga . Jangan abaikan "

"Rayyan tahu mama . Fina sekarang tengah merajuk dengan Rayyan . Dia dah tahu semua dah . Rayyan tak reti nak pujuk dia tu "

"Hm . Tak apalah . Harini kamu pergi sekolah . Biar mama yang jaga "

"Rayyan !"

Mata Puan Avrin terus tertumpu dekat Maisarah yang sedang berdiri tercegat depan pintu . Tersenyum - senyum gadis itu .

"Eh , Mai . Jemputlah masuk . Meh la sarapan sekali"

Puan Avrin cuba memaniskan wajahnya .

"Boleh ke ? Hm baguslah Mai pun memang lapar ni"

Dengan muka tak tahu malu , Mai terus merampas pinggan dari tangan Puan Avrin . Biadap ! Rayyan menggeleng kan kepala . Perangai tu tak berubah .

"Eh , Rayyan . Kau asal tak makan ? Nak aku suap ke ? Meh sini "

"Mai please . Kau jangan gedik sangat . Gelilah "

"Eleh . Aku nak suapkan kau makan je pun . Itupun kata aku gedik "

Fiona tersedar dari lenanya . Kelibat Rayyan tiada  . Selimut ditarik hingga menutup seluruh badannya . Kemudian dia heret selimut tersebut keluar dari bilik .

[SU] MI PRINCESAWhere stories live. Discover now