( 35 )

1.8K 71 2
                                    

~ Mi Princesa ~
________________

' stop thinking so much . You're breaking your own heart '

Hari persekolahan berjalan seperti biasa . Fiona berjalan santai menuju ke kelas . Harini dia dan Rayyan naik asing-asing .

Tak tahu kenapa tapi itu permintaan Rayyan . Dan dia ikutkan saja . Sunyi jugalah jalan tanpa partner .

Buk!

Fiona jatuh terduduk . Punggungnya terhentak di simen . Mukanya berkerut bila punggungnya terasa sakit .

Matanya memandang gerangan yang melanggarnya . Rasa sakit tadi tiba-tiba saja hilang bila melihat Maisara dihadapannya . Siap dengan senyuman sinis

"We meet again , bitch " selamba saja Maisarah menuturkan ayat itu .

"Kau buat apa dekat sini ?"

"Well , aku dekat sini nak belajar . Oh , no  no , aku dekat sini sebab nak goda laki kau lebih tepat nak buat laki kau jatuh cinta dengan aku . By the way , cakap dengan Rayyan thanks sebab tumpangkan aku tadi"

Baru saja Fiona ingin membalas , perempuan itu terlebih dahulu pergi .

"Sial !"

Sakit hatinya apabila cousin Rayyan datang semata - mata untuk merampas haknya . Mengarut !

Perlahan-lahan dia bangun dan terus masuk ke dalam kelas . Meringin sakit dia melihat sikunya berdarah akibat terhentak di simen .

Hatinya kecewa bila Rayyan menumpangkan Maisarah pergi ke sekolah tanpa memberitahunya . Sanggup pula tu suruh dia naik kereta sendiri .

Maisarah masuk ke dalam kelas  . Tadi Puan Avrin iaitu makcik nya memberitahu yang dia satu kelad dengan Rayyan . Pada mulanya dia gembira tapi bila tiba saja nama Fiona yang keluar dari mulut mak ciknya , terus kegembiraannya hilang .

Dia mengetuk pintu . Cikgu yang mengajar di dalam kelas menyuruh dirinya masuk memperkenalkan diri .

"Maisarah Airina . Panggil Mai je "

Dia berkata malas . Matanya mencari kelibat Rayyan , mukanya menahan marah bila Fiona duduk disebelah sepupunya .

Tu tempat aku ! Tapi lama lama senyuman sinis terhias di bibir Maisarah .

"And aku ni sepupu Rayyan "

Bam ! Meja ditepuk kuat oleh Fiona

"Cikgu saya nak ke tandas " melihat anggukan dari guru itu Fiona terus melangkah keluar .

Manakala rakannya yang lain memandang saja pemergian Fiona . Kasihan mereka melihat .

"Awak boleh duduk dibelakang Rayyan . Memandangkan tu saja tempat kosong " arah guru tersebut

****

Fiona duduk diam didalam bilik muzik . Moodnya hari ni betul-betul tiada . Sudah berapa kali dirinya sakit hati dengan Maisarah .

'Aku yang jadi bini dia pun , tak kenalkan dekat semua orang . Engkau yang setakat sepupu sibuk nak kenalkan diri'

Suasana diluar bilik muzik amat riuh , mungkin kerana waktu rehat sudah tiba . Dia dari tadi tak masuk kelas . Fikirannya serabut . Macam mana nanti Maisarah dengan Rayyan bercinta ?

[SU] MI PRINCESAWhere stories live. Discover now