( 19 )

1.8K 70 0
                                    

~ Mi Princesa ~
____________

Wajah The Bellas masam mencuka . Sungguh mereka tak puas hati dengan keputusan juri .

" aku tak faham betullah . Macam mana kita boleh kalah ! ", ujar Mia geram . Tangannya mengempal penumbuk . Yang lain mengiakan saja .

Mereka juga tidak puas hati . Sedangkan bagi mereka , kumpulan lain tidak sehebat mana pun . Tarian pun kurang .

Fiona diam . Dalam hati dia sedih yang amat . Dia telah mengecewakan Puan Avrin . Tentu selepas ini dia akan dimarah teruk .

"Tak apa guys . Kita kena redha . Lain kali kita cuba lagi . Dah jangan bersedih ", kata Fiona . Dia memberi semangat kepada yang lain .

"Akak pun tak puas hati tahu tak ! Kata tema nak lagu english , tapi ada je orang yang buat lagu melayu . Itu pun menang tahu tak ! Memang tak adil betullah !" Bentak Kak Evelyn . Mukanya merah jelas bahawa dia marah .

"Boleh pulak si kumpulan gedik tu menang ! Nombor satu pulak tu . Dasar juri bodoh ! " maki Emma .

Ya , kumpulan De'rosez menang , dia mendapat nombor satu . Sedangkan mereka buat lagu melayu . Itupun sidah menang.

Sungguh Fioan tak faham . Kadang - kadang dia merasakan Lissa rasuah juri . Tapi entahlah , dia sendiri tak tahu . Takut pula buat andaian sendiri .

"Sudah lah guys . Next time kita cuba lagi . Jangan lah sedih ", pujuk Fiona . Tengok saja wajah The Bellas , semua nya bagai mahu mengalirkan air mata .

****

Hari persekolahan berjalan seperti biasa . Hari ini pihak sekolah ingin mengadakan majlis penyampaian hadiah . Sempena De'rosez sudah menaikkan nama sekolah .

Mia menayangkan muka bosan . Sepatutnya tak perlu raikan Lissa and the geng . Tak ada manfaat pun !

De'rosez naik ke atas pentas dengan senyuman melembar . Ah ! Mentang - mentang lah dia nombor satu . Manusia dengan sifat berlagak sentiasa bersama .

"Saya amat bangga dengan kumpulan De'rosez . Dia dapat mengalahkan 25 buah sekolah yang bertanding . Mereka telah pun mendapat johan dalam pertandingan Music's Talent . Berikan tepukan gemuruh untuk mereka ", kata Puan Anis .

"-bagi kumpulan The Bellas , jangan putus asa . Cuba lagi , saya harap selepas ini kamu pula juara ", sambung Puan Anis lagi . Dia tidak sangka pasukan anakknya sendiri boleh kalah .

****

"Aku dah kata korang loser ", ejek Lissa . Sungguh mereka berlagak . Semasa memberi ucapan tadi pun mereka menyangkan muka berlagak .

Fiona mempedulikan kata kata itu . Terus kakinya dibawa keluar dari dewan . Dalam hati betapa kecewanya dia apabila kalah dengan kumpulan De'rosez . Air matanya hampir saja keluar .

"Kemenangan kau hanya sementara je Lissa . Ingat tu !", keras nada Emma .

Fiona membaling batu kecil ke dalam kolam ikan . Dia duduk memeluk lutut . Fikirannya serabut dengan kekalahan itu . Malu ! Sungguh malu . Sedangkan ramai pelajar AD datang untuk menyokong pasukannya , tengok apa yang dia balas . Dia balas dengan kekalahan .

"Hey !", sapa Rayyan . Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Fiona .

Fiona balas dengan senyuman manis .

"Kenapa tak masuk kelas ?", soal Rayyan .

"Tak ada mood",

"Masih fikirkan pasal kekalahan tu ?",

Fiona mengangguk .

"Tak perlu fikir dah . Kau kalah bukan selama - lamanya . Maybe nasib tak berpihak kepada The Bellas",

"Tapi saya dah kecewakan mama . Mama mesti marah dengan saya ",

"Jangan risau . Mama okey . Dia tahu ni persembahan pertama kau .", pujuk Rayyan .

"Persembahan kau tu pun dah cukup memuaskan dia . ", kata Rayyan lagi

"Lagipun mama faham , mesti banyak benda kau fikir waktu tengah practice "

Ya , memang benar sekali . Banyak perkara yang berlaku . Dia demam dan tak sempat mengajar The Bellas sepenuhnya . Kemudian , mood nya hilang apabila majlis tempoh hari berlaku .

"Dah jangan sedih . Jom , masuk kelas . Nanti cikgu marah kau ponteng ",

"Awak , yang pasal saya bagitahu semua orang yang kita dah - ",

"Jangan risau , aku dah terangkan pada yang lain , waktu hari kau demam . Mereka faham . ",

"Jadi , diorang percaya yang kita tak khawin lagi ?",

"Ya , maafkan aku . Aku tak bersedia lagi nak bagitahu mereka . Nanti satu hari kita bagi tahu semua orang , okey ?",

"Okey .. ",

Patutlah Lissa langsung tak kisah . Dan lepas saja dia elok dari demam , langsung tak ada kisah mengenai dirinya . Siap yang lain sokong dia lagi waktu pertandingan itu .

Tbc.

[SU] MI PRINCESAWhere stories live. Discover now