-Hidup ini tidak selalunya indah.
Yang lebih tidak indah adalah, apabila hidupmu diatur dengan perkara yang langsung tidak disukai.-🌻🌻🌻
"Adham!"
Aku memandang ke belakang, di mana punca suara tadi datang.
Hanz. Aku tersenyum ke padanya.
"Ada apa, weyh?" Aku bertanya kepadanya.
"Bos nak jumpa kau."
Habislah aku.
"Err.. Aku-
"Faiq Adham! I nak you masuk pejabat I sekarang."
Kedengaran suaranya dari arah belakang Hanz. Dengan langkah yang berat, aku ikutkan juga.
"Tutup pintu."
Aku memandangnya dengan kerutan di dahi. Aku menggelengkan kepalaku.
"Tak perlu. Biar je buka. Tak eloklah kalau tutup. Apa pula orang kata nanti."
Renungan tajam yang diberikan buatku langsung tidak memberi kesan kepadaku.
"Siapa boss? You ke I?"
"Siapa? Bos lah bos."
Jawabku selamba. Dia mendekatiku.
"Listen here carefully.. Faiq Adham, you.. Are fired!"
Aku tersenyum senang. Alhamdulillah..
"Pecat? Baiklah.. Aku minta diri dululah, ya?"
Aku terus melangkah keluar dari pejabat tersebut dan terus keluar dari bangunan syarikat tersebut dan menuju ke tempat di mana aku letakkan keretaku yang berjenama Myvi. My baby.. Come to papa..
Setelah beberapa minit memanaskan enjin kereta, aku terus memecut laju keretaku menuju ke rumah daddy and mummy. Siapa aku yang sebenar-benarnya? Tiada siapa yang tahu siapa aku kecuali Hanz. Hanya dia sahaja yang tahu. Tahu apa? Tahu bahawa aku berasal dari golongan yang berada. Daddy and mummy mempunyai syarikat milik mereka sendiri. Bersepah cawangan-cawangan syarikat mereka di seluruh dunia. Walaupun begitu, sejak kecil aku banyak menghabiskan masa bersama pembantuku yang menjagaku sejak kecil yang aku menganggapnya seperti seorang ayah kandungku. Dia menjaga aku dari kecil sehingga sekarang. Sudah 27 tahun berlalu.. Tapi dia masih setia bersama keluargaku. Alhamdulillah.. Aku bersyukur sangat.
🌻🌻🌻
"Tuan muda dah balik!"
Kedengaran laungan suara salah seorang daripada pembantu rumahku, Pak Johar. Kunci keretaku aku simpankan di dalam poketku.
"Haaa.. Balik pun kesayangan Pak Amin ni. Kerja macam mana?"
Pak Amin bertanya kepadaku sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam rumahku.
"Sangat bagus, Pak Amin. Nak tahu sebabnya?"
Melihatkan Pak Amin mengangguk, aku tersengih sehingga menampakkan barisan gigiku.
"Ad dipecat! Hehe."
Melihatkan reaksiku membuatkan Pak Amin melopong akibat terkejut. Mana taknya. Tak pernah dibuat orang, gembira kerana dipecat.
"Kamu dah kenapa? Apa kamu buat kali ni?"
"Apa minah tu tanya, Ad jawab jerlah.. Ada ke patut dia suruh Ad tutup pintu dalam keadaan hanya kami berdua saja dalam pejabat dia.. Tak naklah Ad. Ad lagi rela berduaan dengan monkey daripada berduaan dengan minah senget tu. Ngeri tau!"

YOU ARE READING
[C]Mrs. Faiq
Fanfiction(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere since I'm not be able to edit this book lagi .. nnt kalau i dah selesai ngan my 2 books tu, saya urus...