🌻🌻🌻
2 bulan kemudian
"Hanz! Cepat Hanz! Dah lambat dah ni!" Bergema rumah agam itu dengan jeritanku.
"Ya!!"
Seketika kemudian kelihatan Hanz berlari mendekati aku yang berada di pintu utama.
"Hanz! Kunci kereta aku!"
Kunci keretaku yang aku letak di atas meja berdekatan ruang makan dia capai lalu dibaling ke arahku.
"Ad. Hanz. Kenapa terjerit-jerit ni?"
Suara daddy kedengaran.
"Eh. Daddy.. Kitorang dah lambat nak kerja ni. Hanz dengan Ad minta diri dulu."
Aku dan Hanz terus berlari keluar rumah. Keretaku yang sudah disediakan aku masuk ke dalam. Masuk sahaja Hanz, aku terus memecut laju keretaku menuju ke tempat kerja.
🌻🌻🌻
"Macam manalah aku boleh terlajak tidur lepas subuh tadi."
Aku dan Hanz terus keluar dari lif apabila kami tiba di tingkat 25.
"Bro! Apa cerita kau dengan ibu si Aif tu?"
Aku memandang Hanz yang sedang menyusun kertas-kertas di atas mejanya. Aku ambil dia bekerja di syarikat ini dan jadikan dia sebagai P.A aku. Meja dia pula sengaja aku letakkan dalam pejabat aku. Tak adalah aku bosan nanti.
"Aisyah? Hmm.. Dah bincang tarikh semua. Hujung bulan depan nikah."
Hanz kelihatan terperanjat.
"Nikah!? Hujung bulan depan!? Awalnya.."
Aku hanya menjungkitkan kedua-dua bahuku. Aku sendiri tak tahu kenapa awal sangat. Nikah terus tak perlu tunang.
"Hari ni aku ada apa-apa tak?"
Aku bertanya kepada Hanz.
"Hari ni kau tak ada apa-apa. Relax habis.."
"Alhamdulillah.."
🌻🌻🌻
"Haah.. Ad nak pergi makanlah ni dengan si Hanz. Mummy janganlah risau.."
"Yelah.. Jangan makan sembarangan. Jangan makan seafood nanti alergik kamu datang pula. Faham tak, Faiq Adham?"
"Faham.. Okaylah mummy. Ad letak dulu. Ad tengah memandu ni. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam."
Tamat sahaja panggilan tersebut, earphone di telinga aku tanggalkan.
"Risau betul mummy.. Pening aku."
"Itu tandanya mummy sayang kau. Lagi-lagi tak lama lagi kau nak kahwin dah. Mestilah kau lebih banyak luangkan masa dengan isteri kau nanti. Jadi, mummy ambil kesempatan dengan waktu yang berbaki ni untuk luangkan masa dengan kau. Ada faham, Faiq Adham?"
"Faham.."
Haih.. Macam tak percaya yang aku nak kahwin dah.. Aku dah bersedia ke?

YOU ARE READING
[C]Mrs. Faiq
Fanfiction(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere since I'm not be able to edit this book lagi .. nnt kalau i dah selesai ngan my 2 books tu, saya urus...