🌻🌻🌻
"Mummy.. Stop. Ad tak sukalah kalau mummy nangis-nangis ni.. Nanti mummy sakitlah.. Ad janji. Nanti Ad pujuk daddy, ya?"
Datin Fatimah hanya mengangguk. Rambut anaknya yang semakin hari semakin terang warna perangnya diusap.
"Makin besar dah kamu. Rambut ni pun makin menjadi-jadi pula warna dia. Mummy minta maaf kalau Ad tak suka dengan warna rambut Ad ni."
Adham ketawa kecil.
"Siapa kata Ad tak suka? Ad sukalah.. Ad bersyukur sangat dengan apa yang Ad ada. Ad bersyukur sangat sebab Ad masih ada mummy, daddy, Aif, Hanz, Dani, walid, umi dan Aisyah. Ad bersyukur, mummy. " Datin Fatimah mengangguk. Lama dia mendiamkan dirinya cuba untuk menenangkan dirinya yanh sedang bersedih itu.
"Ad dah sarapan?" Adham hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Ad. Jom. Mummy.. Hanz minta diri dulu, ya. Mummy jaga diri tau."
Sempat lagi Hanz berpesan kepada Datin Fatimah sebelum dia berlalu pergi dari situ.
"Mummy Ad pergi kerja dulu. Nanti, bila Ad dah balik kita pergi rumah umi, nak?"
Datin Fatimah hanya menganggukkan kepalanya. Dahi Adham diciumnya lama dan Adham turut melakukan perkata yang sama keudian mencium tangan ibunya itu.
"Ad jalan dulu. I love you mummy. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam."
🌻🌻🌻
"Dad.. Wait. We need to talk."
Tanpa menunggu sebarang balasan dari Dato' Faizul, lengan kanan lelaki tua itu ditarik oleh Adham masuk ke dalam pejabatnya.
"Ad nak apa lagi? Cepat sikit."
Kata Dato' Faizul tanpa memandang wajah anak tunggalnya itu.
"Mummy tak berhenti menangis sebab daddy.. Please daddy.. Janganlah macam ni. Kesianlah kat mummy. Jangan pedulikan Ad. Fikirkan tentang mummy. Ad bukan nak jadi pentingkan diri ataupun apa tapi.. Please think about my wedding yang berbaki enam hari je lagi. Please daddy.. Daddy juga selalu kata teringin nak tengok Ad kahwin. Tapi bila Ad dah nak kahwin.. Daddy macam langsung tak ambil peduli. Macam Ad ni bukan anak daddy. Ad pun nak merasa kasih sayang seorang ayah yang secukupnya macam mana orang lain dapat. Tapi.. Ad tengok macam daddy langsung tak ambil peduli tentang Ad."
Senyap. Kedua-dua lelaki itu kangsung tidak bersuara setelah Adham selesai mengungkapkan apa yang hendak dia katakan walaupun belum kesemuanya.
"Dah habis? Daddy pergi dulu."
Dato' Faizul terus keluar meninggalkan Adham yang masih menundukkan kepalanya memandang lantai. Sedih. Kecewa. Marah. Semua dia rasakan dalam satu masa yang sama.
"Mana daddy Ad yang dulu?"
Akhirnya air mata yang ditahan mengalir membasahi wajah Adham.
Hiks!
Ruang pejabat milik Adham itu hanya dipenuhi dengan esakan tangisan kesedihan Adham sahaja. Wajah putihnya berubah warna merah kerana terlalu menangis.
"Ad.."
Buk!
Hanz segera berlari mendekati Adham yang rebah ke lantai.
"Ad! Ad! Fendi! Tolong aku!"
Mendengarkan suara Hanz meminta bantuan dari dalam pejabat milik Adham, Fendi berlari mendekati Hanz.
"Tolong aku angkat dia. Aku nak bawa dia pergi hospital."
Fendi hanya menurut. Bersama-sama mereka berdua mengangkat Adham untuk dibawa ke tingkat bawah.
🌻🌻🌻
"Semua ini berpunca daripada tekanan yang Encik Adham alami. Berpunca dari masalah yang dialami olehnya. Boleh saya tahu adakah Encik Adham mengalami beberapa masalah sekarang ini?"
Mendengarkan soalan Doktor lelaki itu, Hanz menganggukkan kepalanya.
"Dia.. Adalah alami masalah keluarga sedikit. Tambah-tambah lagi dia akan berkahwin dalam masa yang terdekat, jadi sekarang ni dia bertambah sibuk untuk selesaikan kerja-kerja dia kat pejabat."
Doktor lelaki itu mengangguk faham.
"Jadi saya nasihatkan jangan bagi dia terlalu banyak berfikir dan jangan terlalu stress sangat sebab ia akan memberikan kesan negatif kepada kesihatan dia. Faham kan?"
"Saya faham, dok. Terima kasih ya, doktor."
"Sama-sama. Saya minta diri dulu kalau dah tak ada apa-apa."
Hanz hanya mengangguk. Hanz terus melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan Adham. Dia mengambil tempat di sisi kanan Adham.
"Kau ni.. Aku dah pesan kan jangan terlalu stress. Tapi kau ni degil. Aku tahu kau tengah berusaha nak pujuk daddy. Tapi, kau kenalah fikir tentang diri kau juga. Janganlah macam ni, Ad. Aku risau.."
Adham yang kaku terbaring di atas katil itu dipandang lama oleh Hanz.
"Sekejap lagi bakal isteri kau sampai. Bangunlah cepat, ya. Aku tahu kau rindukan dia. Jadi,bangunlah. Aku minta diri dulu. Nanti aku lawat kau lagi. Aku nak balik ke office dah ni."
Hanz terus keluar dari wad tersebut dan keluar dari bangunan hospital itu. Dia tidak mampu lakukan apa selain dari berdoa agar segala urusan sahabatnya itu dipermudahkan.
🌻🌻🌻
![](https://img.wattpad.com/cover/141928010-288-k670656.jpg)
YOU ARE READING
[C]Mrs. Faiq
Fiksi Penggemar(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere since I'm not be able to edit this book lagi .. nnt kalau i dah selesai ngan my 2 books tu, saya urus...