🌟7

786 48 0
                                    

🌻🌻🌻

"Ad tak selesa. Sangat-sangat. Ad nak tanggalkan..."

Setakat ini, sudah 5 kali aku bertukar-tukar tuxedo. Semuanya kerana mummy dan umi paksa aku untuk datang ke butik untuk cari tuxedo yang akan aku pakai waktu bersanding. Aku tak selesa.

"Bolehlah umi.. Mummy.. Tambah-tambah lagi.. Ad lapar."

"Ad tak makan lagi ke?"

Takut-takut sahaja aku menggelengkan kepalaku sebagai jawapan untuk soalan umi. Habislah kau Faiq Adham. Cuci telingalah jawabnya.

"Kan mummy dah pesan kat Ad. Jangan skip waktu makan. Kerja, kerja juga. Kesihatan tu kenalah jaga, Ad."

"Betul cakap mummy kamu tu. Jangan skip waktu makan. Nanti kamu sakit pula."

"Ad minta maaf.."

Kepalaku aku tundukkan memandang lantai. Takut.

"Janji dengan mummy yang benda ni tak akan jadi lagi. Boleh?"

Aku mengangkat kepalaku memandang mummy.

"Ad janji... Tak buat lagi." Kataku.

"Mummy.. Can we had a lunch right now? 'Cause I'm hungry right now. Please mummy.."

Rayuku. Mummy mengangguk. Aku terus berlari kembali masuk ke dalam fitting room untuk menukar pakaianku semula.

"So.. Which one yang Datin nak?"

Seorang pekerja wanita bertanya kepada mummy.

"Yang.. Tuxedo ketiga tulah."

Baju tuxedo berwarna merah bercorak menjadi pilihan mummy. 5 pasang aku cuba, sekarang baru nak cakap. Kalau mummy cakap tadi lagi takdanyalah aku merana menahan lapar.

"Dah jom mummy.. Ad lapar.."

Kerana rengekanku, aku mendapat satu cubitan pada pinggang. Sakit..

"Sakitlah mummy.."

Aku terus mendekati keretaku. Pintu penumpang belakang aku bukakan untuk mummy dan umi. Setelah itu, aku terus menuju ke bahagian pemandu. Tetapi, sewaktu aku hendak masuk ke dalam kereta, aku ternampak satu figura yang baru sahaja keluar dari kereta dan menuju ke cafe berdekatan.

It's daddy.. With other girl. Nampaknya daddy dah mula lagi.

"Ad. Apa kamu buat tu? Lama sangat."

Aku terus masuk ke dalam keretaku setelah ditegur oleh umi. Keretaku aku pandu laju membelah jalan raya yang lengang itu.

Daddy.. I'll make sure you'll feel regret with what you have done. I'll always keep words. Just wait, daddy and.. Once you broke mummy's heart, mean you broke my heart too. Just wait daddy.

🌻🌻🌻

"Ad.. Kenapa ni? Termenung ja. Ada masalah lagi ya?"

Aku tersenyum nipis kepada mummy.

"Ad penat, mummy. Banyak sangat kerja kat office tu. Pening kepala Ad."

"Selesaikan cepat. Nanti dah kahwin nanti berlambak sangat kesian si Aisyah."

Aku ketawa kecil.

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now