🌻🌻🌻
"Aisyah.."
Aisyah mendongakkan kepalanya memandang wajah Datin Fatimah yang berada di belakangnya.
"Mummy.."
Aisyah tersenyum nipis. Datin Fatimah mengambil tempat di sebelah Aisyah. Aisyah memandang wajah pucat Adham. Sudah seminggu suaminya itu tidak sedarkan diri.
"Aisyah sabarlah.. Aisyah doa banyak-banyak untuk Ad."
Aisyah hanya menganggukkan kepalanya. Jari-jarinya menyentuh setiap inci wajah Adham.
"Terima kasih sebab terima anak mummy ni walaupun Aisyah tak pernah kenalbdia sebelum ni." Ujar Datin Fatimah tiba-tiba. Aisyah menoleh memandangvwajah Datin Fatimah dengan segaris senyuman manis terukir.
"Aisyah yang patut berterima kasih sebab mummy sudi terima Aisyah sebagai menantu." Datin Fatimah mengukirkan senyuman.
"Mummy balik dululah.. Daddy dah nak balik. Nanti mummy datang kagi temankan Aisyah. Kalau ada apa-apa,beritahu mummy."
Aisyah mengangguk. Tangan ibu mertuanya itu dicium. Baru sahaja Aisyah hendak bangun dari duduknya, dia sudah dihalang oleh Datin Fatimah.
"Tak perlulah.. Duduk diam-diam. Mummy balik dulu. Assalammualaikum."
"Waalaikumussalam."
Perlahan sahaja Aisyah bersuara. Matanya memandang semula wajah Adham yang pucat.
"Awak.. Bangunlah.. Saya rindukan Awak."
Hidung mancung Adham disentuh, kemudian jatuh ke bibir Adham yang merah.
Aiayah bangun dari duduknya, dan keluar dari wad yang menempatkan Adham.
"Adik. Nak ke mana?" Kedengaran suara Azam menegur.
"Nak ambil angin sekejap."
"Abang ikut." Laju sahaja Aisyah menggelengkan kepalanya.
"Adik tahulah nak jaga diri. Adik cuma nak tenangkan fikiran je. Abang mesti sibuk, kan? Jangan risau pasal Adiklah. Pergi buat kerja sana."
Azam hanya memandang Aisyah yang sudah berlalu pergi.
Aisyah mengatur langkahnya menuju ke lif. Butang ke atas ditekannya. Masuk sahaja dia ke dalam lif tersebut, punat nombor 8 ditakannya.
Ting!
Tiba di tingkat 8, pintu lif tersebut terbuka. Dia melangkah keluar dari lif tersebut. Kakinya mengatur langkah menuju ke wad kanak-kanak yang tidak jauh dari lif tersebut.
"Eh! Kak Aisyah!"
Serentak itu, Aisyah dikerumuni oleh kanak-kanak yang ramai.
"Kak Aisyah sihat? Dah lama tak jumpa Kak Aisyah.. Piah rindu Kakaklah." Pipi gebu anak kecil yang bernama Piah itu diusap oleh Aisyah.
"Kakak minta maaf, Sayang.. Abang Adham sakit. Kakak kenalah jaga dia.."
"Oh. Kakak. Kami nak jumpa Abang Adham boleh?" Aisyah menganggukkan kepalanya.
"Nanti, bila Abang Adham dah sihat, kakak bawa dia jumpa kamu semua tau. Abang Adham mesti suka."
Aisyah turut berasa senang hati melihat kanak-kanak itu gembira. Segala rasa yang terbuku di dalam diri pergi begitu sahaja lalu digantikan dengan rasa gembira.
YOU ARE READING
[C]Mrs. Faiq
Fanfikce(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere since I'm not be able to edit this book lagi .. nnt kalau i dah selesai ngan my 2 books tu, saya urus...