🌟16

646 42 3
                                    

🌻🌻🌻

"Assalammualaikum. Honey, Hubby dah balik ni."

Mendengarkan suara Adham memberi salam, segera Aisyah berlari keluar dari dapur dan menyambut Adham. Dia terus melompat dan memeluk Adham. Kedua-dua kakinya dilingkari pada pinggang Adham.

"I miss you Honey." Adham mencium tepi kepala Aisyah.

"Honey miss Hubby too."

Dengan keadaan yang masih sama, Adham melangkah menuju ke bilik tidur mereka yang berada di tingkat atas.

"Kerja macam mana?"

"Tak okay sangat. Mood hubby melayang tadi."

Aisyah melentokkan kepalanya pada bahu Adham dan wajahnya menghadap sisi wajah Adham.

"Siapa yang buat mood hubby melayang ni?"

"Bekas tunang hubby."

Aisyah tersenyap seketika. Adham memandang Aisyah yang sedang memandangnya. Hidung mancung Aisyah diciumnya lama.

"Kami tak jadi kahwin dan disebabkan dialah hubby tak berkawan dengan perempuan."

Aisyah mengangguk faham.

"Tapi.. Kenapa tak jadi kahwin? Tipulah kalau dia tak tertarik kat awak. Buta agaknya dia tu."

Adham ketawa kecil.

"Buta tentang rupa hubby tapi jelas tentang harta hubby. Dia nak kat hubby sebab harta je. Eloklah kitorang tak jadi kahwin."

Tangan kiri Aisyah naik mengusap kepala Adham.

"Ish. Ish. Ish. Macam tu pun boleh?"

"Boleh aje. Dah.. Saya mandi dulu. Duduk sini."

Aisyah dia letakkan di atas tilam lalu tualanya yang disangkut di belakang pintu dia ambil lalu disangkutkan pada lehernya.

Setelah mendengarkan bunyi air yang mengalir dari dalam tandas, Aisyah terus bangun dari duduknya dan masuk ke dalam bilik pakaian.

Sehelai tshirt berwarna pink belacan dan seluar track suit biru gelap diambil. Setelah itu, pakaian suaminya itu diletakkan di atas tilam.

"Honey! Tolong hubby wash hair sekejap."

Aisyah tergelak kecil apabila terdengar akan permintaan Adham. Serta-merta perbualannya dengan ibu mertuanya tentang Adham yang sejak kecil tidak reti basuh rambut sendiri berlegar di fikirannya dan serentak itu juga, satu persoalan bermain di fikirannya.

Bagaimana keadaan Adham apabila dia sudah tiada nanti?

"Hubby.. Cuba belajar basuh sendiri rambut ni. Dah besar panjang dah. Kalau selamanya awak harapkan saya, bila saya dah tak ada nanti siapa nak urus awak."

Mendengarkan kata-kata Aisyah itu telah mengeruhkan wajah kacak Adham. Paip air ditutup lalu tuala mandinya diambil lalu dililit keliling pinggangnya dan terus keluar dari tandas tanpa memperdulikan Aisyah.

"Ei! Mulut ni kan!"

Aisyah terus keluar dari tandas dan mendekati Adham yang sedang menyarungkan baju yang dia sediakan tadi. Dia terus memeluk Adham dari belakang.

"Tepi. Ad nak pakai baju."

Aisyah terus menyembamkan wajahnya pada belakang badan Adham apabila menyedari bahawa Adham menggelarkan dirinya sebagai Ad dan bukannya 'hubby' ataupun 'saya'.

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now