🌟5

866 55 0
                                    

🌻🌻🌻

"Ad. Ad serius ke dengan apa yang Ad kata tadi?"

Daddy bertanya kepadaku. Aku hanya menganggukkan kepalaku sambil tanganku sibuk membersihkan wajah Aif yang dah comot.

"Aif. Siapa 'ibu' yang Aif maksudkan? Babah dah ada makwe ke?"

Aku hanya menyambung makan makananku. Malas nak menyampuk. Biarlah Aif yang bercakap.

"Hmm.. Ibu tu.. Aif jumpa dengan ibu kat cafe. Ibu cantik sangat. Lepastu. Ibu dia pakai yang macam mama pakai tu yang tutup-tutup muka tu. Cantik.. Aif suka tengok ibu sebab ibu macam mama. Ibu baaaaaaik sangat."

Aku tersengih-sengih mendengar apa yang dikatakan oleh Aif.

"Siapa dia, Ad? Mummy daddy kenal tak?"

Aku menggelengkan kepalaku.

"Adalah berapa kali Ad jumpa dia kat cafe yang si Dani kerja tu. Yang lagi buat Ad nak memperisterikan dia sebab Ad ada buat solat istikharah haritu. Malam ketiga tu Ad mimpikan dia. Macam mana keadaan Ad jumpa dia pertama kali, macam itulah yang berlaku dalam mimpi Ad tu. Tapi Ad taklah terus pergi jumpa dia. Jadi, Ad nak mummy and daddy pergi jumpa walid dan umi dia. Boleh, kan?"

"Boleh, sayang. Anything for you."

Alhamdulillah. Aku bangun dari dudukku.

"Aif nak makan lagi ke?"

Dia menggelengkan kepalanya.

"Aif dah kenyang."

Aku terus membawa dia ke sinki untuk membersihkan tangannya. Setelah itu,pingganku serta pinggan Aif aku basuh dan aku terus meminta diri untuk ke bilik tidurku.

Ting!

Ting!

Ting!

"Banyaknya masuk."

Aku terus memghidupkan telefonku. Aplikasi whatsapp menjadi pilihan. Banyak pesanan yang aku dapat dari kenalanku dan.. Semuanya punya tujuan yang sama.

Kenapa tak berterus terang tentang siapa kau yang sebenar?

Aku dah penat. Apa nak jadi pun, jadilah. Aku dah penat. Bukannya aku tak terangkan kat diorang. Aku terangkan. Tapi diorang tu yang buat-buat tak faham. Menyampah aku.

"Babah.. Babah kenapa?"

Aku memandang wajah Aif yang sedang berdiri sambil kepalanya dia selitkan pada celahan kakiku yang sedang berdiri ini.

"Aif buat apa kat bawah tu? Terkejut babah."

Dia tersengih ke arahku.

"Babah kenapa? Babah okey tak?"

Aku mengangguk.

"Babah tipu Aif. Babah dengan papa selalu pesan tak elok tipu. Tapi sekarang ni babah tipu Aif."

Aku mendukung Aif. Suaranya tadi juga kedengaran sayu. Kepalanya aku sandarkan pada dadaku lalu aku usap perlahan kepalanya.

"Babah minta maaf. Yelah.. Babah tak tipu lagi, ya? Actually babah memang ada masalah sekarang ni. Babah dah penat dah nak urus. Bukannya babah tak usaha nak selesaikan.. Tapi masalahnya, babah dah usaha. Babah dah penat dah, Aif. Sangat-sangat."

Air mata jantanku mengalir membasahi wajahku. Tidak lama selepas itu, terasa jari-jari kecil menyentuh wajahku, menyeka air mataku yang mengalir. Aku membuka mataku dan kelihatan Aif yang turut mengalirkan air matanya sambil matanya memandang ke arahku.

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now