🌟21

654 34 0
                                    

🌻🌻🌻

"Honey. Honey. Wake up."

Bahu Aisyah Adham goncang perlahan. Aisyah membuka matanya.

"Ehm? Ada apa, hubby?" Dengan suara yang serak, Aisyah bertanya. Rambut depan Aisyah yang panjang Adham selitkan ke belakang telinga.

"Hubby kena masuk office harini. Ada meeting penting. Nanti umi datang jaga honey. Tak apa, kan?" Aisyah menganggukkan kepalanya.

"Tunggu hubby tau. Jangan tinggalkan hubby. Tunggu sampai hubby balik. Hubby tak lama. Habis meeting hubby terus datang hospital." Dahi Aisyah diciumnya lama.

"Nanti hubby datang. Sekejap lagi umi sampai. Jaga diri. I love you."

"I love you too." Selimut yang menyelimuti badan Aisyah Adham betulkan sebelum dia berlalu pergi.

🌻🌻🌻

Kereta berjenama Mercedez meluncur laju membelah jalan raya pada pagi itu.

"Assalammualaikum Hanz. Semua dah ready ke?"

"Waalaikumussalam, Ad. Ya. Semua dah ready. "

"Tak ada apa-apa problem lagi, kan?"

"Ya. Tak ada. Tunggu kau je lagi ni dengan CEO R.A Holdings."

"Okay. Aku dah sampai dah ni. Aku letak dulu. Assalammualaikum."

"Waalaikumussalam."

Setelah meletakkan keretanya, dia terus keluar dari keretanya dan berjalan menuju ke pintu utama syarikat Kingdom Holdings.

"Selamat pagi, Tuan Adham "

"Selamat pagi, Fasha."

"Tuan Adham?"

Adham berpaling menghadap ke belakang setelah terdengar namamya disebut.

"Tuan Aryan. CEO R.A Holdings. How are you?"

Adham menyalam lelaki tersebut yang kelihatan sebaya dengan Dato' Faizul. Terbuka sahaja pintu lif, Adham mempelawa Tuan Aryan terlebih dahulu sebelum dia.

Mereka bersama-sama menuju ke bilik mesyuarat yang digunakan untuk mesyuarat antara dua syarikat itu.

"Ini adalah lakaran-lakaran bangunan tersebut. Setelah berbincang beberapa kali akhirnya lakaran ini menjadi pilihan."

"Bagus. Saya suka. Ini kelihatan lebih bagus. Lebih menarik."

Adham hanya melihat Hanz yang sedang berbincang bersama Tuan Aryan. Fikirannya sudah melayangan entah ke mana. Sibuk memikirkan tentang keadaan isterinya.

'Hah.. Aku dah cukup kuat ke?'

Adham meraup mukanya.

"Tuan Adham?"

Adham memandang ke arah Tuan Aryan yang duduk bertentangan dengannya.

"Kamu tak apa-apakah? Sejak tadi saya nampak Tuan Adham seperti resahkan sesuatu."

Adham memberikan satu senyuman manis.

"Maafkan saya. Tak apa kita teruskan saja mesyuarat ini."

Mesyuarat tersebut diteruskan tetapi keadaan Adham tetap sama. Fikirannya dipenuhi dengan Aisyah sahaja. Sampaikan mesyuarat tersebut dia tidak terlalu fokus tentangnya.

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now