🌻🌻🌻
"Ad. Ad sabar ye.. Dia ada sebab kenapa rahsiakan perkara ni."
Mummy yang sedang bercakap denganku langsung tidak aku pedulikan. Fokusku sekarang hanya tertumpu pada Aisyah yang sedang terbaring di atas katil. Wajah dia yang pucat aku tenung lama.
"Kenapa tak beritahu saya?"
Serentak itu air mataku mengalir. Sekarang, hanya aku dan Aisyah sahaja yang berada di dalam wad ini.
"Honey.. Kenapa tak beritahu hubby about this? Kenapa tak beritahu? Patutlah muka awak asyik pucat je kebelakangan ni. Awak buat saya risau.. Saya takut."
Tangan kiri Aisyah aku genggam erat sebelum aku cium lama.
"Saya sayangkan Awak." Ucapku.
"Saya sayangkan awak juga. Saya minta maaf sebab rahsiakan perkara ni dari awak." Mendengarkan suara Aisyah, aku terus mengalihkan pandanganku memandangnya. Satu senyuman terukir pada bibirnya yang pucat.
"I miss you. Awak buat saya takut."
Dia ketawa kecil. Comel.
"Saya rindu awak juga.. Saya minta maaf."
Tangan kiriku yang digenggam erat oleh Aisyah aku pandang lama.
"Teruskan genggam tangan ni. Jangan sesekali lepaskan genggaman ni melainkan ajal yang memisahkan dan melepaskan genggaman ni. Saya yakin, lepas ni pasti akan ada banyak lagi perkara yang perlu kita harungi bersama. Jadi, jangan lepas tangan saya. Boleh?"
Dia hanya mengangguk. Aku bangun mendekatinya lalu dahinya aku cium lama dan serentak itu, air mataku mengalir.
Sedih.
Takut.
Itulah apa yang aku rasa sekarang ini. Sedih kerana semua ini terkena pada isteriku dan bukan pada aku dan takut jika dia pergi tinggalkan aku.. Selamanya.
🌻🌻🌻
(No one pov)1 bulan kemudian
"No.. Saya tak nak awak buat apa-apa. Duduk diam-diam."
Aisyah mencebikkan bibirnya apabila dihalang oleh Adham daripada melakukan kerja. Dipandangnya Adham yang sibuk menyediakan makan malam untuk mereka.
"Awak.. Please. Bagilah saya buat kerja. Sikit pun jadilah."
Adham berpusing menghadap Aisyah. Senyuman manis terukir di bibirnya.
"Tak boleh. Saya tak nak awak buat kerja. Nanti awak penat. Nak ke duduk kat hospital tu lama-lama?"
Aisyah terus menundukkan kepalanya sambil menggelengkan kepalanya.
"Saya minta maaf." Perlahan tetapi cukup untuk Adham mendengar kata-kata Aisyah.
"Ehm.. Saya nak masak ni. Awak duduk diam-diam tau."
"Okey."
Dari arah meja kaunter, Aisyah hanya memerhatikan setiap gerak geri suaminya itu. Adham ke kiri, matanya turut bergerak ke kiri. Adham ke kanan, matanya turut bergerak ke kanan.
'Bila awak masak.. Awak nampak laaaaaaaagi handsome.' Desis hati Aisyah.
"Fikir apa?"
Mendengarkan suara Adham yang menegur membuatkan Aisyah sedar dari lamunannya. Satu sengihan diberikan.
"Aduh.. Comellah."
YOU ARE READING
[C]Mrs. Faiq
Fanfiction(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere since I'm not be able to edit this book lagi .. nnt kalau i dah selesai ngan my 2 books tu, saya urus...