🌟Epilog🌟

1.8K 52 13
                                    

🌻🌻🌻

(Faiq Adham's POV)

Langkahku aku lajukan menghala menuju ke pejabatku. P.A ku yang menyapa ku aku lalu sahaja di hadapannya. Pintu pejabatku aku buka kasar lalu aku menghempasnya kuat.

Wajahku aku raup kasar.

"Aish! Memang tak guna betullah! Nak main cara kasar pula!"

Siapa sahaja tidak marah apabila customer kau dikebas oleh pesaing kau begitu sahaja. Kuat sahaja aku menggenggam tanganku.

Baru sahaja tanganku naik hendak menumbuk dinding, satu suara menyapa telingaku.

"Hey hubby.. Apa marah-marah ni.. Sabar.. Bukan rezeki awaklah tu. Sabar ya. Manalah tahu rezeki awak laaaagi besar dari dia?"

"Syah.."

Aku memusingkan tubuhku. Dari tempat aku berdiri, dapat aku lihat dia yang sedang berdiri menghadapku dengan senyuman manis yang terukir pada bibirnya. Senyuman tu.. Ya ALLAH.. Rindunya aku pada dia..

"Sayang.." air mataku mengalir.

"Janganlah nangis.. Buruk tahu, tak? Cengeng."

Dapat aku rasa jari-jemarinya menyentuh pipiku menyeka air mataku. Mataku aku pejam erat. Dapat aku rasakan dia berada dekat denganku.

"I miss you.. So much.."

"Saya pergi dulu.. Saya sayangkan awak."

Kedua-dua mataku terbuka luas. Dia dah tak ada. Sedar Adham!

Air mataku aku seka. Ya. Kau kenalah kuat. Sabar. Manalah tahu rezeki kau dua kali ganda lagi besar dari si papan tu. Sabar, Faiq Adham.

"Ad. Emergency! Daddy accident!" mendengarkan perkataan daddy, aku terus berlari keluar dari pejabatku dan hanya mengikuti Hanz daripada belakang. Keretaku dipandu oleh Hanz. Aku pandu? Memang mati awallah alamatnya.

"How did you get know about this? And from where did you get know about this? Who told you?"

Bertalu-talu soalan aku ajukan kepada Hanz. Keretaku dipandu keluar dari perkarangan syarikat dan dipandu menuju ke hospital.

"Hanz. Answer my question!" mataku hanya memandang ke arah Hanz. Dia memandangku sekilas.

"Mummy told me. She told me that she already called you but you didn't pick up the phone called then she called me and told me about this. She said that daddy got crashed by a lorry. Not too big. Perhaps. Then, mum ask me to bring you to the hospital."

Aku meraup wajahku. Dad.. Jujur aku katakan, pemergian isteriku itu membuatkan aku mula rasa takut untuk kehilangan insan yang lain. Selepas pemergian Arwah Syah,dua bulan selepas itu pula aku terima pemergian Grand-père. I miss you..

"Sabar. InsyaAllah tak ada benda yang buruk berlaku. Sabar." aku hanya senyap. Aku dah buntu. Serabut. Dad.. I'll be there.. Wait for me..

🌻🌻🌻

Perjalanan yang mengambil masa selama 20 minit itu akhirnya berakhir. Kami tiba di hosital yang menempatkan Daddy. Segera aku keluar dari kereta dan hanya membuntuti Hanz menuju ke wad daddy.

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now