🌟13

711 37 1
                                    

🌻🌻🌻

"Rumah!"

Bergema suara Adham di dalam rumah banglo besar itu.

"Awak.. Dalam rumah ni kita berdua je tau.. Tak perlulah nak jerit-jerit." Adham mencebik. Aisyah mendekati Adham lalu satu ciuman hinggap pada pipi kanan Adham.

"Sikit-sikit merajuk. Sejak duduk kat hospital tu, kuat merajuk pula jadinya awak ni."

"Biarlah.. Kalau kuat merajuk, dapatlah kasih sayang lebih dari orang tu." Aisyah menjeling Adham yang berdiri di sebelahnya dengan sengihan.

"Siapa orang tu?" Soal Aisyah yang sepertinya berpura-pura tidak tahu.

"Siapa? Yakin nak tahu?" Aisyah berpusing menghadap Adham.

"Cakap cepat. Siapa orang tu?" Adham ketawa kecil. Tangan kirinya dimasukkan ke dalam poket seluar jeansnya.

"Okay. I'll tell you.."

"She is the most pretty woman that I've meet. She is the most kind-heart person that I've meet. She is the person that always taking care of me, always think about me."

Mendengarkan apa yang dikatakan Adham serta-merta membuatkan kepala Aisyah tertunduk.

'Mungkin.. First love dia dulu-dulu kot.. Tak apalah..'

Tanpa berkata apa, Aisyah terus berpaling membelakangi Adham, hendak berlalu pergi. Baru sahaja Aisyah hendak melangkah pergi, lengannya sudah ditarik oleh Adham sehingga membuatkan dia berpaling kembali menghadap Adham. Namun, cepat-cepat dia memalingkan wajahnya.

"It's you, honey.. Ad tak pernah ada kawan perempuan, Ad tak pernah rapat dengan perempuan selain umi dan nenek. Jadi, honey rasa siapa yang hubby maksudkan tadi? Siapa yang jaga hubby kat hospital? Honeylah wanita pertama yang hubby pandang tau."

Aisyah mengembungkan pipinya. Perlahan-lahan dia berjengket untuk memeluk Adham. Lalu, dia berbisik di telinga Adham.

"Thank you, my hubby.. You are my precious gift. The best gift that I have had. Thank you so much.. I Love You."

Adham meletakkan dagunya pada bahu kanan Aisyah.

"I love you too, my honey. Stay with me.. Forever, please." Aisyah terdiam.

"Honey.. Kenapa senyap?" Soal Adham apabipa tidak mendengarkan balasan daripada Aisyah.

"Sorry. Honey tak janji." Adham mengeratkan lagi pelukan mereka.

"Manalah tahu esok honey dah tak ada. Jadi, honey tak janjilah."

"Okay okay. Jawapan diterima. I love you "

"I love you too.."

"Fa...iq."

Secara tiba-tiba Hanz melangkah masuk ke dalam rumah mereka. Pelukan tadi segera dileraikan mereka. Aisyah pula terus berlari naik ke tingkat atas.

"Sorry. Silap time. Sambunglah balik."

"Eh! Kau nak apa datang tiba-tiba. Tak bagitahu aku pun."

"Lupakan jelah.. Aku balik-

"Cakap jelah. Dah alang-alang. Takkan nak biar separuh jalan je?"

Hanz mendekati Adham.

"Aif. Ada kat dalam kereta. Nangis-nangis. Katanya nak jumpa kau. Aku tak benarkan, dia protes. Nak tak nak kenalah bawa juga dia ke sini. Tapi dah nampak scene tadi. Tak jadilah." Hanz tersengih.

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now