🌟23

694 39 1
                                    

🌻🌻🌻

"Doktor kata Aisyah semakin lemah. Peluang untuk hidup itu hanya berbaki dua minggu."

Kata-kata yang diungkapkan oleh Datin Fatimah itu benar-benar membuatkan Adham lemah. Hampir dia rebah namun tubuhnya sempat ditahan oleh Hanz dan Harry.

"I.. I want to meet Aisyah." Dengan suara yang perlahan, Adham bersuara. Dia melangkah masuk ke dalam wad yang menempatkan isterinya. Wajah Aisyah kelihatan terlalu pucat dan badannya kelihatan lemah. Air mata Adham mengalir setitis demi setitis. Dia duduk di atas katil . Jari-jemarinya disatukan dengan jari-jemari Aisyah lalu diciumnya tangan Aisyah.

"Don't leave me alone, honey.. Hiks! I need you.."

"Hubby?" Kedengarn begitu lemah suara Aisyah memanggil Adham. Dia tersenyum nipis.

"Jangan nangis.. Honey minta maaf sangat-sangat. Honey tak minta semua ni.. Maafkan Honey.. Honey tahu Hubby kuat.." Adham menganggukkan kepalanya berkali-kali. Air matanya diseka menggunakan ibu jarinya.

"Honey dah tak ada banyak masa.. Nanti kalau honey dah tak ada, hubby belajarlah basuh rambut tu sendiri, belajar sediakan sarapan sendiri, pergi kerja jangan lewat, jangan tidur lewat nanti penat, jangan sedih-sedih." Air matanya yang ditahan mengalir lagi sekali.

"Ya.. I will.. Hubby janji" Dahi Aisyah diciumnya lama dan air matanya jatuh mengena tepat pada mata Aisyah.

"Honey.. I love you."

"I love you too.."

🌻🌻🌻

"Ya ALLAH.. Engkau tempatkanlah isteriku di dalam kalangan orang-orang yang beriman. Engkau ampunilah segala dosa-dosanya. Aamiin."

setelah selesai menunaikan solat Subuh, Adham bangun dari duduknya. Sejadah yang dia gunakan tadi dia lipat kemas lalu diletakkan di atas sofa. Kain pelikat yang dia gunakan turut dikemaskan. Aisyah yang masih terlena itu dipandangnya penuh rasa kasih. Betapa sayangnya dia pada isterinya itu. Sayang yang tidak mampu dia ungkapkan dengan kata-kata. Sayang yang melebihi segalanya. Jika dia mampu putarkan masa, dia akan menggantikan tempat Aisyah dengan dirinya. Namun dia sedar. Semua itu tiak mampu dia lakukan. Dia hanya mampu menerima takdir yang sudah tertulis buat mereka berdua.

"Ya ALLAH. Aku Redha Ya ALLAH. Aku Redha atas segala ketentuanMu."

Satu senyuman nipis terukir pada bibirnya.

Terlalu pahit untuk ditelan.

Tetapi tidak mampu meludahnya keluar dari mulut.

"Arh!"

Adham menahan tangannya pada dinding. Kepalanya secara tiba-tiba diserang rasa sakit sebelum dia rebah dan dunianya menjadi gelap.

Adakah itu pengakhiran hidup seorang Faiq Adham?

🌻🌻🌻

"How his condition? Is my grandson fine?" Madam Greck kelihatan begitu risau akan keadaan cucu lelakinya. Setelah Dato' Faizul mendapat panggilan daripada pihak hospital yang memberitahu bahawa Adham pengsan di dalam wad Aisyah,mereka bergegas menuju ke hospital dan setelah 30minit berlalu, barulah doktor yang merawat Adham keluar dari wad yang menempatkan dia.

"He is fine. This happen because Mr. Adham not rest enough. He is too weak. Now, please give him some space to rest well."

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now