🌻🌻🌻
"Hubby kalau nak keluar, pergilah. I'm fine.."
Adham memandang Aisyah yang sedang duduk bersandar pada kepala katil. Dia sememangnya mahu keluar bersama Hanz, tapi dengan keadaan Aisyah itu buatkan dia membatalkan niatnya.
"Tak naklah. Hubby nak duduk sini temankan honey." Adham tersengih menayangkan barisan giginya yang putih.
"Pergi jelah.. Honey tak apa-apa.. Abang Azamkan ada. Pergi." Lama Adham merenung anak mata Aisyah sebelum mengangguk
"Betul ni?" Aisyah hanya mengangguk. Adham bangun dari duduknya. Dahi Aisyah diciumnya.
"Nanti hubby balik."
Aisyah hanya mengangguk. Dia melambaikan tangannya pada Adham. Adham hanya membalasnya.
🌻🌻🌻
"Aisyah macam mana? Tak apa ke kau tinggalkan dia?" Dani bertanya.
"Dia yang suruh aku keluar. Ikutkan aku, aku memang nak keluar tapi risau pasal dia tapi dia yang suruh aku keluar. Ikut ajelah.." Balas Adham.
"Aku ke tandas sekejap." Adham hanya melihat Dani yang sedang berjalan menuju ke tandas yang tidak begitu jauh dari tempat mereka duduk.
(Shaiful Daniel's POV)
Aku berjalan menuju ke tandas yang tidak terlalu jauh dari tempat yang aku duduk bersama-sama Ad dan Hanz.
Setelah selesai menyelesaikan urusan kecemasan, aku terus keluar dari tandas. Baru dua langkah aku menapak ke hadapan, tubuhku dilanggar seseorang. Bukan itu je, kopi tumpah atas baju aku. Sejuk tak apa, ni panas. Tepuk sikit.
Aku memandang si 'dia' yang melanggar aku. Perempuan.
"Eh, minah! Kau jalan guna mata ke tak!?" tengkingku. Aku sedar bahawa aku dah tarik pelanggan di dalam kafe itu,namun langsung aku tidak peduli.
Dia tersenyum sinis.
"Maaf ya, malaun. Aku jalan guna kaki, bukan mata. Kau tak sekolah ke?"
Berasap aje telingaku. Nak aje aku hempuk minah ni biar mampos.
"Asal kau ni biadab sangat?" aku memandang matanya tajam begitu juga dengan dia.
"Maaf tapi kau yang biadab dengan aku dulu. Then, aku pun balaslah. Adil."
Baru sahaja aku hendak balas, mulutku sudah ditekup dengan tapak tangan Hanz. Ad kelihatannya meminta maaf kepada minah tadi. Aku ditarik masuk ke dalam tandas.
"Kau pehal, dowh!? Gila ke buat hal kat kedai orang!?" Hanz memarahiku. Namun, hanya muka cemberutku sahaja yang aku tayang.
"Kau ni! Minah tu yang buat hal! Jalan tak guna mata. Badan aku sakit. Panas. Faham, tak!?"
Aku berpusing menghadap sinki. Tanganku ligat membersihkan sedikit kesan kopi tadi. Setelah selesai, aku terus keluar dari tandas dan diikuti Hanz dan Ad. Kami terus keluar dari kafe tersebut. Hilang selera aku sebab minah tu. Tch!
YOU ARE READING
[C]Mrs. Faiq
Fanfiction(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere since I'm not be able to edit this book lagi .. nnt kalau i dah selesai ngan my 2 books tu, saya urus...