🌟15

636 38 2
                                    

🌻🌻🌻

(Faiq Adhan's pov)

"Get out! Now!"

Mataku mencerlung tajam ke arah Suhaila. Secara tiba-tiba dia mendekatiku lalu tangannya naik menarik-narik tali leherku. Setelah itu, dadaku disentuh, laju sahaja tanganku menepisnya tangannya.

"Kau, keluar! Aku tak nak tengok kau!"

Aku memalingkan wajahku dari memandangnya. Benci.

"Tapi.. Penat tau i datang sini semata-mata nak jumpa you. You tak kesiankan I ke?"

Aku tersenyum sinis.

"Aku tak suruh pun kau datang! Kau keluar dari sini sekarang!!"

Mendengarkan suaraku yang meninggi lagi, dia terus keluar dari pejabatku. Heh! Takutlah tu.

"Faiq. Boleh tak.. Kita percepatkan tarikh nikah kita?"

Aku memandang ke arah Suhaila yang mendekatiku. Namun cepat sahaja aku bangun dari dudukku.

"Tapi. Kenapa?"

Dia menunduk memandang lantai. Jari-jemarinya dimainkan satu sama lain.

"Err.. Bolehlah."

Dia mengangkat kepalanya memandangku.

"Okey."

Aku terus masuk ke dalam rumahku semula dan terus masuk ke dalam bilik mummy.

"Mummy. Tadi Suhaila datang."

"Mana? Kenapa tak masuk?"

Aku menjungkitkan bahuku.

"Dia tak nak. Ad pun tak tahu." Balasku.

"Ada apa dia datang? Tiba-tiba pula."

Mummy memandangku, aku memandang Mummy.

"Dia minta tarikh nikah kami dipercepatkan."

Dahi mummy kulihat berkerut.

"Aik. Kenapa?"

Aku hanya menjungkitkan bahuku.

"Ha.. Iyelah. Biar mummy yang urus. Sekarang, Ad pergi masuk tidur." Aku hanya menurut.

🌻🌻🌻

"Ad. Seriuslah kau nak cepatkan tarikh nikah?"

Aku hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Hanz. Mataku sibuk memeriksa kertas kerja yang akan aku hantarkan pada lecturer sebentar lagi.

"Tapi kenapa?"

Aku menjungkitkan bahuku.

"Suhaila yang nak."

"Pelik."

Aku memandang Hanz lalu aku menganggukkan kepala. Aku hairan kenapa Suhaila tiba-tiba minta percepatkan tarikh nikah. Ada apa-apa ke?

"Jadi, bila nikahnya?"

"Hujung minggu depan."

"Oh.. Dah. Jom hantar assignment."

Aku hanya mengikut dia dari belakang.

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now