🌟3

1K 57 40
                                    

🌻🌻🌻

"Aif.. Aif tinggal kat rumah Babah beberapa hari tak apa, kan?"

Aif yang sedang makan itu mendongakkan kepalanya memandang ke arahku

"Kenapa babah? Kenapa papa tak ambil Aif?"

Rambut Aif aku usap perlahan.

"Papa ada urusan, sayang. Nanti kalau urusan papa dah selesai, nanti papa sendiri ambil Aif kat rumah babah ni. Boleh, kan?"

"Boleh. Babah makanlah.. Mesti babah lapar, kan? Babah makanlah."

Aku hanya menurut. Makananku terus aku makan. Lapar..

🌻🌻🌻

"Ad. Kenapa si Hanz tak ambil si Aif?"

Mummy terus bertanya kepadaku sebaik sahaja aku berjalan menuju ke ruang tamu. Aif sudah aku tidurkan di dalam bilikku.

"Dayana. Isterinya Hanz ditahan kat wad sebab condition baby diorang. Tambah-tambah lagi si Hanz tu taknak dilepaskan oleh wife dia. Tu yang dia minta tolong kat Ad dah alang-alang si Aif tu ada dengan Ad sekarang ni. Kenapa? Mummy tak suka ke?"

Aku berkata. Mendengarkan soalanku di hujung ayatku membuatkan mummy memandang aku tajam.

"Ke situ pula dia. Lagi mummy suka kalau ada si Aif tu. Dapatlah mummy feeling-feeling jadi nenek."

Aku menelan liurku. Tahulah mummy tu dah buka topik pasal kahwin.

"Ad bukan tak nak bagi mummy cucu. Masalahnya Ad masih belum jumpa seseoranglah.. InsyaAllah adalah tu nanti.. Mummy sabar jerlah.."

"Sabar.. Ingat. Mummy bagi Ad tempoh 2 bulan. Mummy tak nak Ad cari calon yang sembarangan. Siapa dia mummy tak kisah. Yang penting dia menutup aurat. Jaga diri, jaga ikhtilat, yang boleh jaga makan pakai Ad semua. Bukan yang pemalas. Faham tak, Faiq Adham?"

Aku hanya mengangguk tanda faham. Bila fikir pasal topik ni, otak aku sentiasa ligat memikirkan tentang wanita berpurdah yang aku tak sengaja terlanggar haritu. Aku harap sangat dapat jumpa dia lagi dan.. Perasaan aku kuat mengatakan hendak menjadikan dia sebagai isteriku. Entahlah.

🌻🌻🌻

"Babah.. Kita nak ke mana ni?"

Aku memandang ke arah Aif yang duduk di bahagian penumpang hadapan di sebelahku.

"Babah nak ke cafe. Boleh, kan? Babah teringin nak minum air kegemaran babahlah.. Boleh eah, Aif?"

"Boleh. Oh ya. Betul ke Babah belum khawin?"

Aku memandang ke arah Aif yang secara tiba-tiba menanyakan soalan itu.

"Belumlah, sayang.. Macam mana boleh dapat akal nak tanya soalan ni kat babah ni? Siapa ajar Aif ni?"

Aku terus bertanya kepadanya. Boleh bayangkan? Budak 2 tahun dah pandai tanya soalan macam tu kat aku yang berusia 27 tahun ni.

"Papa. Papa selalu cerita dengan mama yang babah tak khawin lagi. Babah bila nak khawin?"

Aku tersenyum.

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now