🌻🌻🌻
"Alaaaa... Nak pergi jugalah.."
Aisyah menggelengkan kepalanya mendegarkan rengekan Adham yang persis anak kecil.
"Okay.. Kita pergi sekarang ya. Mari Saya tolong Awak."
Aisyah segera memapah Adham, membantu Adham duduk di kerusi rodanya. Aisyah menolak kerusi roda itu keluar dari wad yang menempatkan Adham.
🌻🌻🌻
"Abang Ad.." Adham membongkokkan sedikit badannya memandang seorang anak kecil yang menepuk pehanya tadi.
"Ya, Haziq?" Wajah polos anak kecil yang bernama Haziq itu dipandang Adham.
"Ehm.. Tak lama lagi, birthday kak Aisyah.. Ehm.. Boleh tak kalau-
"Kalau Abang buat kat sini?"
Laju sahaja Adham memintas percakapan Haziq dan dia mendapat anggukan dari si kecil itu. Kepala Haziq digosok perlahan oleh Adham.
"Boleh sangat. Nanti kita bincang sama-sama."
Haziq hanya tersenyum sehingga menampakkan barisan giginya.
(Faiq Adham POV)
Aku memandang Aisyah yang sedang gelak gembira bersama-sama anak-anak kecil di sekelilingnya. Cantik. Manis. Sopan. Baik. Ciri-ciri wanita idamanku, semuanya ada pada Aisyah. Aku terlalu sayangkan dia. Tak dapat aku bayangkan andai suatu hari nanti kami berpisah. Mungkin gila aku jadinya. Haha..
"Awak.. Awak okay je, kan?"
Aku memandang wajah Aisyah yang kini berada di hadapanku. Lambat-lambat aku menganggukkan kepalaku.
"Awak nak apa-apa tak? Saya boleh pergi belikan apa-apa yang Awak nak."
"Tak. Saya tak nak apa-apa. Awak ada dekat dengan Saya dalam keadaan yang baik pun dah cukup."
Aisyah tersenyum. Cair aku..
"Kak Aisyah! Iman!"
Aku dan Aisyah serentak memandang ke arah Yuna.
"Iman!"
Aku bangun dari dudukku dan segera mendekati Aisyah yang sudah duduk di sebelah Iman. Rasa sakitku aku biarkan sahaja.
"Sini Ad angkat."
Tubuh kecil Iman aku angkat lalu aku bawa masuk kembali ke dalam wadnya. Serentak itu, beberapa orang jururawat dan seorang doktor masuk ke dalam mendekati Iman. Aku pula terus melangkah keluar dari wad itu setelah meletakkan Iman di atas katilnya. Keluar sahaja aku dari wad itu, Aisyah yang kelihatannya begitu risau, segera aku peluk tubuhnya.
"Shhh.. InsyaAllah Iman tak apa-apa.. Dah. I'm here.."
Kepalanya yang berlapikkan tudungnya aku cium lama, cuba untuk menenangkannya.
"Auch! Sakitnya belakang.."
Berkerut-kerut dahiku menahan rasa sakit di belakangku.
"Awak.. Kenapa berdiri? Duduk jelah."
"Saya tak apa-apalah.." Aisyah mengecilkan matanya,memandang aku tajam.
"Tak payah nak menipu. Duduk diam-diam." Aku hanya menurut. Aku duduk kembali di atas kerusi roda yang aku gunakan.
Agak-agaknya.. Nanti kalau kami dah ada anak sendiri.. Dia mesti jadi dua kali ganda lebih risau dari sekarang ni.. I love you, Honey.. Forever. Don't leave me.
🌻🌻🌻
(Faizah Aisyah POV)
Adham yang sedang terlena aku pandang. Comel je aku nampak.
"Dik. Abang nak Adik setuju untuk buat pembedahan. Demi Adham."
Aku menggelengkan kepalaku.
"Adik tak nak.. Apa nak jadi pun,jadilah.. Kalau betullah jodoh Adik dan Ad tak panjang, jagakan Ad untuk Adik. Pastikan dia cari pengganti Adik."
"Kenapa cakap macam ni? Abang tak sukalah.."
"Ajal, jodoh kita semuanya di tangan Allah, bang. Manalah tahu esok Adik dah tak ada. Jadi, Adik pesanlah kat Abang awal-awal. Umur Adik dah tak panjang dah, Abang. Bila-bila masa ja, Abang."
Perbualan aku dan Abang Azam petang tadi di dalam biliknya bermain-main di fikiranku. Ya.. Penyakitku semakin bertambah teruk.
"Awak.. Kalau satu hari nanti.. Saya pergi dulu sebelum Awak.. Janji dengan Saya yang Awak akan cari pengganti Saya.."
Aku terus bangun dari dudukku dan masuk ke dalam tandas. Lama aku merenung wajahku yang terpantul pada cermin yang disediakan di dalam tandas itu.
Pucat. Sangat-sangat pucat.
"Saya tak kisah macam mana rupa awak. Sebab, hanya wajah ini sahaja yang terlakar di dalam hati Saya. I love you, Honey.."
Kata-kata Adham sebelum dia terlena tadi berlegar-legar di fikiranku. Haih.. Awak buat saya bertambah rasa beratlah.
Apa nak jadi pun, jadilah..
🌻🌻🌻
YOU ARE READING
[C]Mrs. Faiq
Fanfiction(awal-awal saya nak beritahu ni .. buku ni was written by me years ago macam tu.. penulisan dia sangatlah.... childish i guess and typo everywhere since I'm not be able to edit this book lagi .. nnt kalau i dah selesai ngan my 2 books tu, saya urus...