🌟20

673 37 10
                                    

🌻🌻🌻

"Aamiin.."

Adham bangun dari terus duduk di atas sejadah. Sejadah yang dia gunakan tadi dilipat lalu diletakkan di atas sofa yang ada disediakan. Lalu, dia berjalan mendekati Aisyah yang masih lena.

"Saya sayangkan awak. Tak kira apa yang berlaku." Tangan Adham mengusap pipi kanan Aisyah.

"Ad. Sorry if ganggu kau. Tapi ada orang nak jumpa kau."

Adham mengerutkan dahinya. Hanz yang sedang berdiri di pintu wad dipandangnya lama sebelum dia bangun dari duduknya. Selimut yang menyelimuti tubuh Aisyah dibetulkan sedikit sebelum dia melangkah keluar bersama Hanz.

Hanz dan Adham menuju ke lif yang sedikit jauh dari wad Aisyah. Setelah beberapa saat menunggu, akhirnya pintu lif terbuka. Mereka berdua melangkah masuk.

"Siapa yang nak jumpa aku ni?"

Adham bersuara memecahkan kesyunyian antara mereka. Hanz memandang Adham yang sama tinggi dengannya.

"Nanti kau tahulah. Tapi aku bagi kau amaran tau. Kau nampak dia, aku nak kau kawal diri kau. Jangan kau kerjakan dia pula." keras suaraHanz mengingatkan Adham.

"Ha.. Iyelah."

Ting!

Secara automatik, pintu lif terbuka. Adham dan Hanz berjalan menuju ke tengah-tengah ruang lobi hospital. Langkah Adham terhenti.

"Heh. Mamat khinzir terbang ni ke yang nak jumpa aku? Aku tak berminat, Hanz. Aku naik dulu."

"Lepaskan Aisyah."

Langkah Adham terhenti setelah mendengarkan apa yang dikatakan oleh lelaki itu.

"Khairul. Kau dah gila ke? Apa ni? Kau dah janji tak nak cakap benda ni."

Hanz bersuara. Ya. Dialah Khairul, merangkap kawan Adham dan Hanz ketika di kolej dan sahabat baik Azam juga merupakan lelaki yang ingin mendapatkan Aisyah.

"Aku nak kau ceraikan dia." Khairul langsung tidak mengendahkan Hanz yang memandangnya geran.

Adham menggenggam tangannya menjadi penumbuk. Urat-urat hijau mula kelihatan pada lengannya yang berotot. Dia mendekati Khairul lalu lengan lelaki itu ditariknya dibawa keluar dari bangunan hospital dan menuju ke tempat meletakkan kenderaan.

"Kau siapa nak suruh aku ceraikan isteri aku, ha!? Apa hak kau!?" Lantang dan keras suara Adham ketila menengking Khairul.

"Aku yang sepatutnya kahwin dengan Aisyah tapi kau rampas dia dari aku!" balas Khairul.

"Heh! Kenapa tak dari dulu lagi kau mulakan langkah pertama? Kenapa tak bertindak sebelum aku bertindak? Bodoh."

Tanpa rasa bersalah dan teragak-agak, dia memaki dan menghina Khairul kerana terlalu marah.

"Tch! Kau tak layak untuk dialah!!"

Lalu, satu penumbuk dilayangkan oleh Khairul dan tepat mengena pada pipi kiri Adham. Adham terkebelakang sedikit. Pipinya yang terasa kebas disentuhnya. Lalu, satu tumbukan tepat mengena pada pipi kiri Khairul.

"Ad! Khai! Dahlah tu! Jangan jadi macam budak-budaklah!" Hanz laju sahaja meleraikan mereka berdua.

"Jangan jadi bodohlah! Ini tempat awam! Korang berdua tu CEO syarikat! Buatnya ada orang rakam korang bergaduh tadi, tak ke benda tu bagi masalah kat syarikat?! Ada otak tapi letak kat lutut. Lembap!"

Sempat lagi Hanz mengutuk dua orang lelaki itu.

"Kau tak layak untuk dialah!"

"Heh! Jadi kau ingat kau layak sangat ke untuk dia!? Dia aku punya!" Adham berkata sebelum dia beredar untuk menuju ke wad Aisyah.

"Kau baliklah Khai. Terimalah hakikat yang Aisyah tu milik Ad, bukan kau. Aku gerak dulu."

Hanz terus berlalu pergi mendekati keretanya yang tidak jauh dari situ.

(Faiq Adham's POV)

Pipiku yang terasa kebas dan berdenyut-denyut aku sentuh.

Pedih. Sakit.

Mamat tu dah gila dah agaknya. Keluar sahaja aku dari lif, aku mempercepatkan langkahku menuju ke wad Aisyah.

"Weyh pipi kau tu kenapa?" Kedengaran suara Azam menegur. Dia mendekatiku. Lebam pada pipiku dibeleknya.

"Siapa yang buat kau macam ni?" dia bertanya. Dari riak mukanya sudah jelas bahawa dia sedang risau akan keadaanku.

"Khairul yang buat aku macam ni."

Langkahnya untuk pergi mengambil ais batu terhenti setelah mendengar apa yang dikatakn olehku. Dia berpusing memandang aku.

"Kau seriuslah?" soalnya padaku.

"Ada nampak aku main-main? Aku seriuslah."

Dia meneruskan langkahnya untuk mengambil ais batu. Aku hanya melihat setiap pergerakannya sampailah dia datang mendekatiku. Tuala kecil dia serahkan padaku. Lalu aku tekupkan pada wajahku.

"Apa kau buat sampai dia tumbuk kau?" Wajah Azam berubah menjadi serius.

"Dia suruh aku ceraikan Aisyah. Aku masih waras. Aku tak akan ceraikan Aisyah." balasku sambil tanganku menekup tuala ke pipiku.

"Aku gerak dulu."

Azam hanya mengangguk. Aku berlalu pergi meninggalkan Azam dan menuju ke wad Aisyah.

Masuk sahaja aku ke dalam, serentak itu Aisyah keluar dari bilik air. Lebam di pipiku dia nampak.

"Kenapa pipi tu?" Aku menggelengkan kepalaku.

"Tak ada apa-apa." Dia mendekatiku tetapi aku lari.

"Tak ada apalah.."

Belum sempat aku larikan diri, Aisyah terlebih dahulu menarik lengan kananku. Wajahku dibeleknya. Lebamku disentuhnya.

"Auch!"

Aku mengaduh kesakitan. Berkerut-kerut dahiku menahan kesakitan.

"Siapa tumbuk hubby ni?"

Aku menggelengkan kepalaku lalu menunduk memandang lantai. Sebab, Aisyah boleh tahu sama ada aku menipu ataupun tak melalui mata aku.

"Dah tu? Hantu ke yang tumbuk hubby? Ke lebam ni tiba-tiba ada. Macam tu?"

"I'm sorry. Khai tumbuk hubby tadi." Aku mengangkat sedikit kepalaku memandang Aisyah. Dia kelihatan terkejut.

"Kenapa pula dia tumbuk hubby?" Kakiku menguis-nguis lantai.

"Dia. Suruh hubby ceraikan honey. Hubby waras lagilah. Gila ke nak ceraikan honey?"

"Dia suruh hubby ceraikan honey? Tapi kenapa?"

"Dia suka honey. Nasib saja hubby berfikiran waras tadi. Kalau tak dah arwah agaknya dia tadi." Telingaku ditarik oleh Aisyah.

"Aaah! Sakit honey! Sakit!" Aku menjerit kesakitan .

"Apa fikir macam tu?" Aidyah menjengilkan matanya memandangku.

"Siapa suruh dia. Khinzir terbang betul." Aku mencebikkan bibirku.

"Hubby panggil dia khinzir? Eh.. Apa mulut tu macam tu? Tak eloklah." Dadaku dipukul perlahan.

"Biarlah. Sesuai sangat dengan dia. Ikutkan hubby, nak aja langgar dia dengan kereta." Aisyah menepuk dahinya. Aku hanya tersengih.

"Dah. Lupakan pasal mamat tu. Honey jangan banyak bergerak. Nanti penat." Aku menolak tubhhnya lalu menyuruh dia berbaring di atas katil dan aku turut berbaring di sisinya dan kami terlena bersama.

Aku tak akan ceraikan isteri aku. Dia segala-galanya bagi aku. Aku sayangkan dia. Aku cintakan dia. Selamanya.

🌟🌟🌟

Yeay!! New chapter dah selesaiii.. Wuhuuu!!!

Vote+comment

Sorrylah chapter ni bosan😣

[C]Mrs. FaiqWhere stories live. Discover now