"Rina musim budak cuti sekolah nanti kamu kelik deh..". Ibu memujukku dengan nada yang sangat lembut.
"Bakpo bu? Ada gapo-gapo ko ?". Aku bertanya dengan hairan, jarang ibu menyuruh aku balik kecuali ada hal. Selalunya dia hanya sekadar bertanya bila aku nak balik.
"Em...ada majlis arwah sikit..Rina balik deh....doh lama Rina tak kelik".Ibu masih lagi dalam nada memujuk. tak sampai hati pulak aku nak hampakan ibu.
"Emmm...tgk dulu gano bu....Rina try atur jadual Rina.....doh pasti nanti Rina royat.."Aku cuba berdiplomasi bagi mengelakkan hati seorang ibu kecewa. Nak bagi kata putus aku sendiri tak pasti.
"Emmm". Hanya itu jawapan yang keluar dari mulut ibu. Alamak rasa bersalahnya. Keadaan sunyi seketika. Hanya deru nafas yang kedengaran dari corong telepon tanpa wayar itu yang menghubungkan dua insan dari dua negeri yang terpisah beratus-ratus kilometer jauhnya.
"Bu! Brapa hari bulan ibu nak wak majlis tu?"
YOU ARE READING
Maafkan aku
RomanceAdi. ...kemunculan dirimu dalam hidupku amat meresahkan. kenapa engkau muncul? kehadiran mu menyakitiku.aku sakit melihat senyumanmu adalah kerana insan lain, aku sakit melihat tawamu di depanku adalah kerana dia. Adi sampai bila aku harus bertahan...