PERMULAAN

5.2K 116 2
                                    

Disclaimer:
SEBARANG PERSAMAAN DALAM KISAH INI HANYALAH KEBETULAN. TIADA KENA-MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAUPUN YANG SUDAH TIADA.

April Qaisara memandang wajah sahabat baiknya, Intan Nurjannah. Gadis itu sempurna. Cantik. Baik. Bijak. Dia menjadi rebutan hampir semua jejaka di universiti. Bertuah betul Hans kerana berjaya mencuri hati Intan.

Intan berhenti menaip. Pandangannya bertukar ke arah April Qaisara. Dia tersenyum.

"April.. menungkan siapa tu? Haaa, tulahh. Jual mahal sangat dengan Farhan, padahal suka" Intan mengusik sahabatnya.

April Qaisara mencubit lengan gadis itu.

"Ya allah, awak ni. Mana ada. Saya cuma pandang awak je... Cantik, untung si Hans tu" balasnya.

Intan Nurjannah mengemas semua barang di atas meja. Sudah hampir 4 jam mereka bertapa di library, perut masing-masing sudah mulai berkeroncong.

Sampai saja di cafe, terlihat Hans yang sudah menunggu di sebuah meja. Jejaka muda itu melemparkan senyuman ke arah mereka. Intan mengambil tempat di sebelah buah hatinya. April Qaisara duduk bertentangan dengan sahabatnya.

"You kalau berkepit dengan April.. sampai tak ingat dunia ehhh" Hans cuba melancarkan rajuknya.

Muncung sudah sedepa. Intan tersengih nakal.

"Alolo, dengan April pun you nak merajuk ke? Berkepit dengan April lain, dengan you lain.."

April Qaisara mengangguk seraya tersenyum. Hans memandangnya.

"April..April. Farhan tu syok kat you. Kesian pulak I tengok. You tak suka dia ke? Dah la kaya. Segak. Digilai gadis-gadis pulak tu" tempelak Hans secara tiba-tiba.

April Qaisara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Intan tergelak kecil.

"Tulah, sama macam I cakap kat dia tadi. Farhan tu baik.. sesuai sangat dengan April ni" tambah Intan pula.

Tidak lama kemudian, air dan makanan sampai ke meja mereka. April Qaisara menghirup air bagi menghilangkan rasa gementarnya.

"Bukan tak suka, tapi saya rasa.. saya belum bersedia nak ada boyfriend. Cukup lah ada korang as kawan-kawan saya".

April Qaisara terkejut apabila kerusi sebelahnya ditarik. Farhan duduk tanpa dipelawa. Lelaki itu sememangnya tidak lokek dengan senyuman.

"Then... saya bolehlah jadi kawan awak. Kan April?" ujar Farhan.

Hans dan Intan saling berpandangan. April Qaisara pula sudah kehilangan kata-kata.

"April?" panggil Farhan.

"Hah?" April Qaisara sudah menggelabah.

"Umm, boleh. Tapi maaflah, saya rasa kurang selesa dengan awak. Pandangan awak" April Qaisara cuba berterus-terang.

Ya, benar. Dia sukar untuk bergaul dengan yang lain kerana dia sukar untuk berasa selesa dengan mereka. Hans tidak pula begitu, lelaki itu punya auranya yang tersendiri. Jenis yang mesra alam. Tambahan pula lelaki itu adalah buah hati sahabat baiknya.

"Sorry, okay. You know what, sometimes... eyes can't lie" Farhan cuba menyampaikan maksud tersirat dalam bicaranya.

April Qaisara berpura-pura tidak faham. Dia hanya melemparkan senyuman nipis.

"I'm so sorry, but I got to go now. See you when I see you, April" Farhan bangun dari duduknya.

Hans menjerit dari jauh.

"April je?".

"You guys too".

Intan tersenyum lalu mencubit tangan April Qaisara.

"He likes you, April. Omg!"

"Eh ehh, you pulak yang excited eh?" Hans sengaja mengusik.

"Mesti laaa. April ni bukan tak laku tau, cuma dia yang jual mahal".

April Qaisara hanya mendengar. Tiada niat untuk membalas. Dia takut. Takut tersalah langkah dalam mengenal mana-mana insan bergelar lelaki.

"April.. jom ikut saya malam ni. Nak pergi tengok wayang, ada movie best malam ni" Intan bersuara lagi apabila melihat April Qaisara yang hanya membisu.

"Aaa.. wajib ikut ke?"

"Wajib and please...."

April Qaisara kalah jika dipujuk Intan. Mana mungkin dia menolak. Sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga gadis itu. Jasa Dato Bakri tidak mampu dibayarnya. Hanya itu dapat dia lakukan bagi mengenang jasa lelaki itu.

***********************************

Filem polis evo 2 yang baru sahaja selesai ditonton itu agak memberangsangkan. Aksi pelakon-pelakon hebat seperti Shaheizy Sam dan Zizan Razak sememangnya tidak membazirkan wang dan masa buat penonton.

April Qaisara, Intan Nurjannah dan Hans jalan bersama ke arah kereta. Suasana di parkir kereta agak sunyi kerana jam sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Alamak, I terlupa nak beli something lah. I naik kejap ye" ujar Intan.

"Eh, jom I temankan" pelawa Hans.

April Qaisara tahu sahabatnya sedang memandang.

"Takpe. April tunggu dekat dalam kereta je".

"Kunci kereta tau. Call saya kalau ada apa-apa".

April Qaisara mengangguk. Dia berjalan hingga ke kereta. Kunci kereta dikeluarkan dari beg tangannya. Pintu kereta dibuka dan ketika dia mahu masuk ke dalam perut kereta, mulutnya tiba-tiba dipekup sehelai kain.

Belum sempat dia menjerit, tubuhnya sudah melayang. Lelaki bertubuh besar itu mengangkatnya dan dimasukkan ke dalam kereta Pajero berwarna hitam.

10 minit kemudian, Hans dan Intan kembali ke parkir kereta. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat pintu kereta yang terbuka luas tanpa pemandu di dalam.

"April?!" jerit Intan.

.
.

Maaplah... Watak Farhan yang sis keluarkan dulu. Next chapter, sis kasi up watak Mr. Devil kita 😈😈

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now