Noah Iskandar merenung telefon bimbit milik wanita yang diculiknya, April Qaisara. Dia menghidupkan telefon itu. Matanya meneliti setiap nama yang membuat panggilan terhadap nombor itu.
Intan.
Hans.Paling latest, Farhan. 105 missed calls!
Pastinya lelaki itu ada kena mengena dengan April Qaisara. Kalau tidak dia tidak akan call sebanyak itu. Noah Iskandar menggepal penumbuk. Timbul sedikit rasa cemburu. Tapi kenapa? Mungkin kerana takut wanita itu hilang dari genggamannya.
Dia segera mendapatkan April Qaisara untuk mendapatkan kepastian. Pintu dibuka. Dia melihat wanita itu sedang memandang ke arah luar tingkap. Entah apa yang dimenungkan sampai tidak sedar pintu dibuka.
April Qaisara menghembus nafas pendek. Bukan dia tidak sedar pintu dibuka, tetapi dia tahu siapa yang membuka pintu itu. Dia tidak berminat untuk menoleh dan berbual buat masa ini. Dia mahukan ketenangan.
Noah Iskandar melabuhkan duduk di atas katil.
"Siapa Hans? Siapa Farhan? Orang yang sama ke?"
April Qaisara segera menoleh. Terkejut! Bagaimana lelaki itu tahu nama-nama jejaka kolejnya.
"Macam mana awak.." soalannya tidak dihabiskan apabila matanya menangkap telefon bimbit yang berada di tangan Noah Iskandar. Itu telefon bimbit dia!
Noah Iskandar tersenyum sinis.
"Aku tanya.. jawablah! Kau nak telefon ni balik, memang tak dapatlah!" nadanya naik satu oktaf. Dia perasan perubahan wajah wanita itu apabila dua nama itu disebut. Api cemburunya semakin membuak.
"Hans.. dia boyfriend Intan. Farhan.. dia.."
"Dia siapa?" Noah Iskandar mencantas bicara April Qaisara.
"Dia kawan kolej saya"
Noah Iskandar tersenyum sinis. Dia berjalan ke hulu ke hilir sebelum meneruskan ayatnya. Cuba membuang jauh perasaan itu. Takut jikalau dia menggila lagi.
"Kawan? Aku on telefon kau. Tiga nama tu je call. Intan. Hans. Farhan. Missed calls Farhan paling banyak. Dia kawan kau atau boyfriend kau, hah?"
April Qaisara terdiam. Sayu perasaannya apabila mengenangkan sikap gentleman Farhan. Farhan saja lelaki yang berjaya mencuri hatinya selama berada di kolej. Bukan kerana hartanya, tapi kerana lelaki itu satu dalam seribu.
"April! Aku tanya kau ni! Kau teringatkan jantan tu kan?" bentak Noah Iskandar.
"Farhan cuma kawan saya. Saya tak banyak kawan kat kolej"
"Kau suka dia kan? Kau tak payah tipu aku lah, April"
April Qaisara mengangkat wajahnya. Untuk apa dia menyembunyikan kebenaran? Lelaki itu berhak tahu bahawa wanita seperti dia juga punya perasaan!
"Ya, saya suka dia"
Noah Iskandar tidak menyangka wanita itu berani menjawab. Menyesal pula soalan itu yang ditanya.
"Kau akan jadi milik aku, April. Jadi, baik kau tanam je perasaan kau tu"
"Saya tak nampak apa masalahnya kalau saya suka dia. Kan awak sendiri yang cakap, awak nak kahwin dengan saya sebab awak nak bertanggungjawab kalau saya mengandung. Bukan sebab cinta! Bukan sebab sayang! So, salah ke kalau saya nak simpan perasaan tu untuk orang lain?" kali ini April Qaisara lebih berani.
"Berani kau melawan eh sekarang? Semua sebab jantan tu kan? Aku boleh hantar anak buah aku untuk kerjakan dia bila-bila masa je kau tau?!"
"Jangan! Jangan libatkan sesiapa lagi dalam hal ni"
Noah Iskandar tersenyum puas. Dia tahu wanita itu pasti kalah kalau berbahas dengannya.
"Bergantung kepada sikap kau, April. Be a good girl, then I wont hurt them"
"Saya sanggup buat apa saja. So please.. don't touch them, Noah" April Qaisara sudah berani menyebut nama lelaki itu. Semuanya kerana kejadian semalam.
Noah Iskandar tersenyum senget.
"Hmm, sejuk telinga aku dengar kau sebut nama aku. Such a pleasure. Go on dengan panggilan tu sebab lepas kahwin aku dah tak benarkan kau panggil macam tu lagi. Kena la sweet sikit, my babyboo" sengaja dia mengusik wanita itu.
"Tapi, saya belum kenal awak. Siapa sebenarnya awak, Noah?"
Wajah polos April Qaisara membuatkan Noah Iskandar rasa seperti mau terkam wanita itu sekarang juga.
"I'm your future husband. Kau tak perlu tahu selebihnya. Nanti lepas kahwin, aku cerita. Kan orang selalu cakap.. there is no secret between husband and wife" Noah Iskandar tersenyum nakal.
April Qaisara kembali memandang permandangan di luar tingkap. Dua hari lagi dia akan berkahwin dengan Noah Iskandar. Semuanya akan diaturkan oleh lelaki itu. Dia hanya perlu hadir sebagai pengantin perempuan.
Dengan itu, bermakna waktunya bergelar wanita bujang juga semakin singkat. Kebebasannya juga pasti disekat. Adakah dia akan dikurung seperti sekarang? Namun apa bezanya? Dia tidak akan bebas selagi berada di dalam genggaman Noah Iskandar!
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...