Pembantu rumah bernama Yanti membuka pintu. Dulang yang berisi makanan di letakkan di atas meja.
"Non, makanannya saya letak atas meja ya. Non jangan lupa makan" ujar Yanti.
Tiada respon dari April Qaisara. Dia masih diam merenung luar tingkap. Bik Yanti tidak menunggu lama, dia terus beredar. Setelah selesai melaporkan kepada bossnya, dia kembali melakukan kerjanya.
April Qaisara memandang dulang makanan itu. Timbul idea di luar kewarasan manusia. Dia meneguk air di dalam gelas itu dengan rakus. Lalu gelas itu dihentak ke lantai. Serpihan gelas itu diambil. Ditoreh sedikit pada pergelangan tangannya. Darah pekat mengalir.
Serentak dengan itu, pintu dibuka. Wajah cemas Noah Iskandar menjengah. April Qaisara menoleh tanpa perasaan. Darah masih mengalir di pergelangan tangannya.
"Stop, April. You don't have to do this"
April Qaisara kembali merenung serpihan kaca di lantai. Tangan tangannya menggenggam kaca itu hingga darah mengalir lagi. Noah Iskandar segera bertindak. Dengan kudrat lelakinya, dia menepis tangan gadis itu.
Kedua-dua belah tangan April Qaisara direntap. Bik Yanti terkejut dan mati akal apabila melihat darah yang terlalu banyak mengalir.
"Call Dr. Kevin" arah Noah Iskandar.
April Qaisara meronta-ronta namun dengan tenaganya yang sedikit, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Tidak lama kemudian, dia rebah di pangkuan Noah Iskandar.
**********************************
"Jangan biarkan dia sendirian. Dia perlu pengawasan. Saya risau dia akan ulang benda yang sama. She's new here, maybe kehadiran semua orang buat dia trigger. Dia perlukan seseorang yang boleh dipercayai. Saya harap kamu, Noah.. I know you are not a bad guy. Kamu mampu jaga dia"
Kata-kata Dr. Kevin kembali bermain di fikiran Noah Iskandar.
"Kenapa kau ni lemah sangat, April" rasa bersalah dan simpati mula menguasainya.
Kalau konco-konconya tidak salah menculik orang, pastinya dia tidak akan rasa bersalah begini. Orang yang tiada kena mengena pula yang jadi mangsa.
April Qaisara bergerak sedikit. Matanya dibuka perlahan-lahan. Dia bergerak menjauhi Noah Iskandar. Comforter cuba ditarik ke paras dada namun gagal. Tapak tangannya sakit akibat kejadian sebentar tadi. Keningnya berkerut menahan sakit.
"Kau tak payah takut. Aku takkan apa-apakan kau. Sekarang, aku nak suap kau makan. Jangan melawan!"
April Qaisara menoleh ke arah lain tanda protes.
"Saya boleh makan sendiri" jawabnya.
Noah Iskandar menarik lengan April Qaisara.
"Kau tak payah nak belagak. Tengok tangan kau tu, boleh ke nak suap sendiri? Ke nak makan pakai straw?"
April Qaisara terdiam. Tiada niat untuk melawan lagi. Perutnya perlu diisi. Mulut dibuka apabila sudu berisi makanan disua ke arahnya. Benci dia melihat wajah Noah Iskandar, pandangan dilarikan. Saat itu Noah Iskandar mengambil kesempatan untuk meneroka wajah suci April Qaisara.
Makanan di dalam mangkuk sudah licin. Noah Iskandar masih leka memandang wajah April Qaisara. Gadis itu memandangnya.
"Air"
Noah Iskandar masih leka. April Qaisara cuba menggapai gelas air namun gagal. Wajahnya berkerut menahan sakit. Noah Iskandar tersedar.
"Eh, air" Noah Iskandar membantu April Qaisara meneguk air.
"Kan bagus kalau tak melawan. Senang je aku nak jaga. Kalau kau nak apa-apa bagitahu aku"
April Qaisara segera menoleh.
"Saya nak balik. Saya tak nak duduk sini. Please.. saya janji saya tak akan bagitahu sesiapa. Saya cakap lah, ada orang culik saya, tapi saya berjaya larikan diri. Tapi saya pura-pura lupa wajah penculik tu"
Noah Iskandar menggeleng perlahan.
"Kau ni belajar tinggi, tapi bercakap tu..boleh tak pakai otak? Dah, kau jangan banyak songeh. Duduk je sini diam-diam"
April Qaisara kembali muram. Seolah-olah merajuk, dia menyembamkan muka ke lutut.
**********************************
"Boss nak simpan ke perempuan tu?" soal salah seorang konco Noah Iskandar.
Noah Iskandar diam. Fikirannya bercelaru. Tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Kalau dia lepaskan gadis itu, pastinya dia akan ditangkap. Tapi untuk apa pula dia menyimpan gadis itu? Bukan mendatangkan apa-apa faedah.
Siapa cakap tak ada faedah? Faedahnya, kau tak ditangkap polis. Author mentertawakan Noah Iskandar (k gurauuuu 😂😂😂)
"Aku rasa lebih selamat kalau dia ada. Misi kita belum selesai ni. Aku tak nak dia rosakkan semuanya. Ni kira dah hampir rosak. Salah korang lah, aku suruh culik orang lain. Ni korang culik orang lain" bebel Noah Iskandar.
Anak buahnya terus terdiam.
*********************************
April Qaisara terjaga dari tidurnya yang panjang. Hari sudah hampir gelap. Lama juga dia tidur. Matanya digosok perlahan. Terkejut apabila melihat Noah Iskandar yang sedang duduk di atas sofa sambil merenungnya.
"Eh dah bangun princess kita. Nyenyak betul kau tidur"
April Qaisara malas membalas. Buang air liur saja.
"Aku nak bagitahu kau ni. Malam ni... aku temankan kau tidur. Aku tak nak kau buat benda bukan-bukan lagi"
April Qaisara terus memandang wajah Noah Iskandar. Gila apa? Temankan tidur? Kang jadi macam semalam, sapa nak tanggung?
"Awak ingat saya apa? Pelacur? Kalau macam ni lah layanan awak, lebih baik... awak bunuh je saya" April Qaisara menggenggam penumbuk. Geram dengan keputusan Noah Iskandar. Lelaki itu tidak tahu menghormati wanita.
"Kau jangan nak mention pasal bunuh eh. Bersyukur sikit aku dah bagi kau makan minum. Kalau aku tak berhati perut, aku dah biar kau mati kebulur. Tak pun aku buang kau dalam hutan tu, biar mati kena baham harimau" bentak Noah Iskandar.
"Kenapa eh? Awak tau saya tak salah. Awak rosakkan saya. Then kurung saya dekat sini. Apa lagi awak nak buat? Tak cukup lagi ke semua ni? Cuba awak bayangkan kalau saya adik awak. Adik awak kena culik, kena rogol, kena kurung dengan orang yang dia tak kenal. And now.. awak masih anggap diri awak berhati perut?" April Qaisara memulangkan paku buah keras.
Giliran Noah Iskandar pula terdiam. Kata-kata gadis itu benar-benar membuatkan dia terpukul.
"Kau tak faham rasa sakit kehilangan satu-satunya orang yang kau ada. Kalau tak sebab Dato Bakri tu, ayah aku masih sihat sekarang"
April Qaisara agak terkejut. Jadi, lelaki itu sebenarnya berdendam dengan bapa angkatnya.
"Saya tak tahu apa yang jadi antara keluarga awak dan papa. Tapi, sejak dia jadikan saya anak angkat.. belum pernah saya tengok dia buat benda-benda tak elok. Naik tangan pada anak dia pun tak pernah. And one more, saya rasa tak adil bila awak cakap saya tak faham rasa sakit awak tu. Saya hilang dua orang tua saya masa saya masih kecil. Bukan kejadian biasa, tapi kes langgar lari. Tapi, tak pernah pun saya simpan dendam terhadap orang tu. Sebab apa? Sebab saya tahu, Allah ada untuk adili dia nanti. Saya bukan nak tunjuk alim, tapi seorang lelaki seperti awak sepatutnya lebih tabah dan kuat berbanding saya. Bukannya simpan dendam dan cuba rosakkan anak dara orang"
Fuh, kali ini lebih padu. Kata-kata itu bagaikan peluru yang menembak tepat pada jantung Noah Iskandar.
"Sudah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Aku simpan kau bukan nak dengar kau kasi nasihat"
Noah Iskandar berlalu keluar. Panas telinganya mendengar apa yang dibicarakan April Qaisara.
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...