April Qaisara terjaga saat telinganya menangkap bunyi manusia bersembang. Mereka sedang bercakap mengenainya. Tapi tentang apa? Noah Iskandar mendapatkan wanita itu. Rasa bersalah membelenggunya. Kalau apa-apa terjadi terhadap wanita itu, dia tidak dapat memaafkan dirinya sendiri.
"Kau ok tak?"
April Qaisara mengangguk sambil tangannya meraba kepala yang terasa sedikit berdenyut.
"You gonna be alright. Tapi kemungkinan awak akan alami morning sickness. Alahan. Semua tu perkara biasa untuk wanita mengandung"
Terbuntang mata April Qaisara saat mendengar kata-kata Dr. Kevin. Dia mengusap perutnya. Bibir bawah digigit. Musnahlah harapan dia untuk meneruskan pelajaran. Semestinya dia harus terus terperuk di dalam rumah itu.
Que menghantar Dr. Kevin ke bawah, manakala Noah Iskandar masih setia di sisi isterinya.
"Puas hati awak?"
April Qaisara menundukkan wajahnya. Dia gembira dengan kehadiran janin di dalam perutnya, tetapi itu hasil dari lelaki yang tidak dicintainya. Rasa benci dan marah bercambah buat lelaki itu.
"Apa maksud kau?"
"Buat-buat tak tahu eh? Anak ni. Anak awak! Puas hati? Apa lagi awak nak buat lepas ni?"
Noah Iskandar mendengus kasar. Berita tentang kehadiran bayi di dalam perut April Qaisara cukup membuatkan dia bimbang. Dia belum cukup menyiksa wanita itu.
"There is so much more fun, April. Aku tak nak kau lahirkan anak dalam perut tu!"
Terbuntang mata April Qaisara. Biarpun dirinya belum bersedia menjadi seorang ibu, dia tetap menerima kehadiran anugerah itu. Bukan seperti Noah Iskandar yang terang-terang menolak anugerah itu. Dia rasa terhina. Rasa marah. Kecewa. Sedih. Anak di dalam perutnya perlu dipelihara, biarpun tanpa kemahuan seorang lelaki bergelar bapa.
"Awak boleh siksa saya, saya tak kisah dengan cara apa sekalipun. Tapi tolong! Jangan paksa saya gugurkan anak ni. Ni darah daging awak sendiri!" jerit April Qaisara dengan juraian air mata.
Hati mana yang tidak sakit diperlakukan sebegini. Dugaan ini terlalu besar buat dirinya yang lemah. Apakah ini balasan buat dirinya yang terlalu alpa dengan dunia hingga lupa pada yang Esa? Mungkin juga dugaan buat dirinya lebih kuat. Ya, satu lagi nyawa di dalam perut itu pasti bisa menguatkan dirinya.
"Oo.. kau boleh terima budak dalam perut tu? Kau tak terima aku? Sebab tu kau tak serik, nak jugak lari dari rumah ni. You are too eager to explore my other side, April. Kau patut menyesal dengan pilihan kau!"
April Qaisara cuba bangun dari pembaringannya, namun dirinya terlalu lemah kerana belum menjamah sebarang makanan. Noah Iskandar terlihat melemparkan senyuman sinis. Di matanya, wanita itu sangat lemah.
Sebab kau lemah, aku suka buli! Perempuan lemah tak layak jadi pendamping aku! Nanti kau akan sedar apa yang aku cuba lakukan untuk kau, April!
"Please.. saya nak lahirkan anak ni ke dunia. Saya merayu dengan awak. Saya sanggup buat apa saja.. apa saja!"
Noah Iskandar tersenyum senget. Bagus! Ini yang dia mahu dengar. Ini akan membuka peluang buatnya menentukan apa saja syarat supaya wanita itu terus berada di dalam genggamannya.
"Bagus.. kau yang offer aku semua ni. Syarat aku senang je. Kau kena dengar setiap arahan aku. Jangan cuba lari lagi dari rumah ni. Kau tahu kan, apa akibatnya kalau kau cuba buat macam tu lagi?" Noah Iskandar mencengkam perlahan dagu wanita itu sehingga dia terdongak.
YOU ARE READING
Mr. Devil's Love (ON HIATUS)
RomanceDia gadis biasa yang tiada apa-apa. Tiada istimewanya. Namun kenapa dia yang biasa-biasa itu diduga dengan dugaan luar biasa? Menjadi mangsa culik sesuatu yang tidak pernah dibayangkan oleh April Qaisara. Dia tidak punya musuh. Dia bukan anak bang...