SHOPPING

4.9K 94 2
                                    

Seperti yang dijanjikan, Noah Iskandar membawa isterinya ke bandar untuk membeli-belah bersama. Sebenarnya dia kasihan juga melihat wanita itu asyik memakai baju yang berulang saja. Maklumlah, dia sempat belikan beberapa helai saja buat wanita itu. Takut pula jika tersalah saiz. Makanya, dia wanita itu ikut sekali.. tentu dia boleh memilih kesukaannya sendiri.

Tapi agenda hari ini diiringi dengan misinya sendiri. Misi untuk menguji kejujuran wanita itu, sama ada April Qaisara masih akan menurut arahannya atau cuba untuk melarikan diri lagi.

Macam-macam kedai telah dimasuki, beberapa beg kertas digenggam April Qaisara. Apabila dia merungut mahu balik, Noah Iskandar buat tak tahu saja. Dipaksa wanita itu untuk terus shopping. Apa dia mau? Nak suruh shopping satu mall ke?

Noah Iskandar sesungguhnya lelaki yang tidak berkira. Apabila jurujual mencadangkan baju keluaran terbaru, diarah saja isterinya untuk memilih warna dan saiz yang disukainya. Tak sah la kalau masuk kedai tak keluar dengan beg kertas pada tangan. Bukan setakat sehelai dua, tapi lebih!

Masa yang dinanti oleh Noah Iskandar tiba apabila April Qaisara meminta izin untuk ke tandas. Semua beg kertas di tangannya dihulurkan kepada suaminya. Lelaki itu tidak banyak bunyi. Dia hanya memerhati gerak isterinya yang sudah hilang dari pandangan. Dia hanya menunggu di bangku hadapan tandas, bersama dia pastinya Que dan seorang lagi anak buahnya.

Sementara di dalam tandas, April Qaisara sedang mencuci tangan usai melunaskan hajatnya. Seorang wanita muda di sebelahnya menarik perhatian. Cantik. Tinggi. Persis model. Wanita itu sedang bercakap melalui telefon bimbitnya. Apabila sedar April Qaisara memandangnya, dia melemparkan senyuman.

April Qaisara senang hati. Cantik plus baik hati, pujinya di dalam hati.

Usai wanita itu bercakap, dia meletakkan telefon bimbitnya ke dalam tas tangan. Dia ke cermin dan membelek wajahnya.

"Err.. maaf ye. Saya nak minta tolong sikit boleh?" soal April Qaisara. Namun dia seperti teragak-agak.

Wanita itu melemparkan senyuman lagi.

"Minta tolong apa cik? Kalau boleh saya tolong.. boleh je"

April Qaisara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia diam menekur lantai.

"Nak pinjam fon awak boleh? Saya punya tertinggal dalam beg kat luar"

Wanita itu mengangguk dan menyerahkan telefon bimbitnya tanpa sebarang rasa curiga. April Qaisara menggenggam telefon bimbit itu. Matanya dipejamkan.

Betul ke apa aku buat ni? Ya allah... Aku tak boleh buat macam ni. April, wake up! Kau tahu kan Noah tu boleh buat macam-macam pada kau dan anak kau!

Dia kembali sedar. Tidak seharusnya dia bertindak sedemikian rupa. Dia yakin ini dugaan Allah untuknya. Dia harus redha dengan semua ni. Lelaki itu suaminya. Tempat isteri adalah di sisi suami!

Telefon bimbit diserahkan kembali. Usai mengucapkan terima kasih, April Qaisara bergegas keluar dari tandas. Wanita itu tersenyum. Nombor seseorang didail.

"Your prediction is wrong this time. Dia ada minta pinjam telefon I, tapi dia pulangkan balik. So, kerja I dah selesai".

Talian dimatikan.

Memang semua ini rancangan Noah Iskandar. Sengaja dia mengupah wanita itu untuk membuka peluang kepada April Qaisara meloloskan diri. Dia jangka wanita itu akan mengingkarinya dan pastinya hukuman berat akan dikenakan. Tapi, terkuburlah hukuman itu begitu saja.

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now