ANGER

4.4K 76 7
                                    

Bunyi deruman kereta dari bawah menandakan Noah Iskandar sudah pulang. April Qaisara pula dari tadi sibuk dengan bunga-bunganya. Dari niat sekadar nak menghias bunga menjadi aktiviti mengemas ruang bilik. Bangga dengan sentuhan tangannya, dia menguntum senyuman manis.

Pintu bilik dikuak. Dia menoleh. Pandangan mata mereka bertemu namun kemudian Noah Iskandar mula memerhatikan suasana bilik yang lebih ceria. Riak wajahnya masih biasa sebelum matanya menangkap kewujudan bunga yang dihias cantik di dalam sebuah bekas kaca.

"Cantik tak? Saya bosan tadi sebab tu saya.."

Belum habis bicaranya, Noah Iskandar laju memotong. Langkah kakinya mendekati figura isterinya yang sedang duduk di meja soleknya.

"Aku tak suruh pun kau buat semua ni kan? Susah sangat ke nak duduk diam-diam je dalam bilik ni?" jerkah lelaki itu.

Noah Iskandar sudah mula menyinga. Namun, April Qaisara masih cuba menenangkan suaminya.

"Saya minta maaf. Awak tak suka ke saya hias bilik kita? Kalau awak tak suka.."

Noah Iskandar menepis bekas kaca berisi bunga yang dihias oleh isterinya. Bicara April Qaisara terhenti di situ. Masing-masing diam. Dada lelaki itu berombak, mungkin sedang mengawal marahnya yang sudah meledak bak gunung berapi.

April Qaisara menunduk dan memungut serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai. Masih menyangka bahawa suaminya tidak suka dia menghias kamar itu. Kesemua tangkai bunga itu digenggam. Masih elok, sayang kalau dibuang begitu saja.

Tanpa diduga, Noah Iskandar merampas bunga-bunga itu. Dihempas ke lantai dan dipijak dengan tapak kakinya. Entah mengapa hatinya pula yang sakit. Bagai bunga yang dipijak oleh lelaki itu.

"Aku tak suka kau memandai-mandai buat apa yang kau nak. Aku tak suka kau jejak kaki kat taman tu, apatah lagi kau petik bunga-bunga tu! Kau faham takkk?!" nadanya makin tinggi. Serasanya ini pertama kali lelaki itu memarahinya sedemikian rupa. Entah apa yang merasuknya kali ini.

"Faham" laju wanita itu menjawab.

"Lepas ni jangan sesekali kau jejak kaki kat taman tu! Aku nampak kau, siap!"

Noah Iskandar berlalu pergi. Hampir dia merempuh tubuh isterinya hingga wanita itu terpijak serpihan kaca. Tubuhnya dibongkokkan. Sakit. Tapi tidak sesakit hatinya.

*********

Noah Iskandar menghembus nafas panjang. Menyesal kerana bertindak memarahi isterinya yang tidak tahu apa-apa. Normal lah perempuan nak hias rumah, hias bilik! Kau tu je yang meroyan!

Sebuah album di ambil dari laci meja kerjanya. Sejuk mata memandang anak kecil yang tersenyum riang di sebelah ibunya, berlatarbelakangkan taman bunga. Ya, taman bunga di banglonya! Anak kecil bernama Irfan itu adalah anak sulungnya, hasil perkahwinan bersama seorang wanita bernama Irma.

Wajah manis Irma direnung lama. Kalau wanita itu tidak curang dengan lelaki lain, pasti dia masih bahagia dengan keluarga kecilnya. Taman bunga itu merupakan tempat Irma meluangkan masa lapangnya. Tapi entah di mana salahnya, dia bertindak melarikan diri bersama seorang lelaki yang dikatakan sudah lama dikenali. Tuntutan fasakh oleh si isteri membuatkan hatinya terus mati.

Namun, kasihnya buat anak tercinta tak pernah pudar. Hampir setiap hari dia menelefon anak kecil itu. Tambahan pula kebelakangan ini, Irma seperti mahu melepaskan tanggungjawabnya. Sudah banyak kali Irfan mengadu ibunya pulang lewat dan mula memarahinya.

Hati ayah mana yang tidak terusik apabila anaknya menelefon dengan tangisan yang lirih. Hari ini, dia keluar kerana ingin menyelesaikan tuntutan haknya. Dia pasti keadilan akan mengatasi segalanya.

Namun, dia bingung. Bagaimana caranya untuk memberitahu April Qaisara tentang segalanya. Adakah wanita itu bakal menerima semua itu dengan fikiran yang terbuka? Argh, kusut! Album itu kembali ditutup. Ditolak perlahan ke tepi. Esok adalah penentunya! Kalau dia menang dalam kes itu, dia nekad untuk membongkarkan segalanya secepat mungkin.

Irfan perlukan kasih sayang seorang ibu. Biarlah April yang menjadi pengganti kepada Irma.

Yakin betul kau, Noah!

*********

Malam itu April Qaisara sengaja merebahkan diri lebih awal. Takut untuk bersemuka dengan suaminya. Di meja makan sebentar tadi, mereka hanya membisu. Hanya bunyi bising dari sudu dan garpu yang berlaga dengan pinggan. Apabila pandangan mereka mahu berlaga, segera dilarikan pandangan.

Kecewa dan sedih apabila dia dimarahi tanpa sebab munasabah. Apa peranannya di dalam rumah besar itu? Sekadar patung? Pembantu rumah? Atau bukan siapa-siapa? Dia terlena dengan persoalan itu, dengan sisa air mata yang kering begitu saja.

Noah Iskandar masuk ke dalam bilik setelah puas mengambil angin di luar. Sengaja dia membuang masa, tidak mahu menganggu isterinya yang masih beremosi. Pintu dibuka perlahan, tidak mahu membuahkan sebarang bunyi bising. Wajah tenang isterinya dipandang lama.

Wajahnya diraup. Sungguh, dia tidak berniat memarahi wanita itu. Dia cuma beremosi kerana teringatkan bekas isterinya. Tubuh direbahkan. Bertahankah rumahtangga ini jika dia masih meninggikan egonya? Dia juga tidak yakin untuk memberitahu kebenaran kepada isterinya.

Dia tahu betapa sakitnya hati apabila hidup dalam sebuah penipuan yang dicipta oleh orang terdekat dengan dirinya. Kenapa tidak dari awal lagi dia memberitahu semua ini kepada isterinya? Dia tertidur tanpa menemui alasan yang kukuh terhadap tindakannya.

Mr. Devil's Love (ON HIATUS)Where stories live. Discover now